Monday, August 1, 2011

Post pertama! 1 Ramadhan 1432H : 1 Ogos 2011


BARU
Assalamualaikum.. Firstly, nak ucap Selamat Berpuasa untuk semua umat Islam di mana jua anda berada. cheewwah! hehe ni post pertama jd berdebar-debar sikit. Nak edit-edit pun tak berapa nak reti lagi. Haaa! Back to the topic. Nampak kan gambar kat atas ni. Gambar yang ke-2 Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini. Just in case ada yang tak tahu, beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah (gambar pertama), yang bersara hari ini selepas berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.

Lebih kurang pukul 8.15 PM saya turun gi foodcourt. Tengah pilih-pilih nak beli makanan ada pengumuman puasa. OMG! Terkejut eden! *okay ni over sangat la kan >.< Sebenarnya roommate ada cakap yang tahun ni orang lain yang jadi Penyimpan Mohor Besar tapi tu la..dari kecik kot dok melangut depan tv tengok Engku Tan Sri Ibrahim buat pengumuman puasa dengan raya. Ohoii excited giler. kalau masa berita konpem berebut-rebut dok depan tv nak tengok pengumuman. Padahal entah berapa saat je pun pengumuman tu. Tiba-tiba nampak muka baru kat tv kedai Kak Liza. Sobsob sedih rasa. Tapi tak kan nak buat pengumuman puasa dengan raya seumur hidup kan. Melampau pulak camtu. So this is the right time for new person to take place.

>Sedikit tazkirah dari kawan baik saya dari sekolah rendah (Izzati) untuk permulaan berpuasa *ni request dari saya kat dia*: Bulan Ramadhan hadir hanya sekali setiap tahun namun ia merupakan bulan yang dinanti-nanti oleh umat Islam. Ia adalah latihan untuk memantapkan diri agar BERTAQWA, BERSYUKUR dan MENDAPAT PETUNJUK. Yakinkah kita bahawa Ramadhan kali ini bukan Ramadhan yang terakhir bagi kita? Aturlah perancangan Ramadhan kali ini supaya JIKA ia adalah Ramadhan terakhir, ia akan menjadi bekal apabila kita menemui Allah nanti. 

From bottom of my heart : Selamat bersara buat Engku Tan Sri Ibrahim & Selamat menjalankan tugas buat Datuk Syed Danial Syed Ahmad dannnnnnnnnnnnnnnn SELAMAT BERPUASA untuk semua umat Islam seluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan lalu. InsyaAllah sama-sama kita berdoa dan berusaha ke arah itu okay =)

Nota Hin: Tiada yang lama tiada yang baru =) oyeaaahhh! first post from me.