Wednesday, March 21, 2012

Pelangi petang.

Bismillahirrahmanirrahim.


Pelangi petang di Muadzam.

''......Kadang-kadang..
Allah sembunyikan matahari.. 
Allah turunkan hujan dan kilat... 
kita tertanya tanya..
ke mana perginya matahari.. 
rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi......''
 
Beberapa hari di Muadzam kini ditemani cuaca panas terik walaupun langit selalu mendung bagai mahu mencurahkan hujan. Tiap hari langkah masih diatur walau peluh membasahi diri. Jendela bilik dibuka seluas mungkin bagi membenarkan angin masuk. Sejam mungkin, langit semakin gelap. Angin kuat menempiaskan percik-percik hujan ke dalam bilik.

Dia yang pegun di hadapan laptop kini bangun untuk menutup jendela. Kaku! Subhanallah cantiknya ciptaan Allah. Tiada cacat cela nya. Hati kecil berbisik. Ke mana menghilang semangat diri? Langit yang gelap pun mampu menjadi cerah. Bahkan muncul pelangi indah. Kenapa makin hari makin berat nafas yg dihembus. Makin kosong rasanya jiwa ini. Bersangka baiklah dengan Allah wahai diri. Allah beri ujian tanda Allah sayang. Mungkin ada salah silap yang sendiri tak pasti.


Teringat nasihat dari sahabat baik. Apa pun kerja kita mesti mulakan dengan niat. Kalau baik niat kita di awalnya, insyaAllah hasilnya pun baik. Jaga niat dan usaha kita. Hasilnya serah pada Allah. Kalau di tengah-tengah kerja kita ada rasa down dan serabut mungkin ada yang tak kena dengan niat kita. Dan kena selalu ingat, Allah sentiasa letak kita dalam situasi atau keadaan yang paling baik. Tinggal kita untuk menilainya macam mana.


Ya! Cukuplah berkata-kata memujuk. Jangan teggelam dalam usaha menghidup. Gerakkan langkah. Baiki kelemahan. Ya Allah berikan aku kekuatan.. Dengan rahmatMu aku memohon. Tunjukkan aku jalan kebenaran. Pinjamkan aku sedikit dari kekuatanMu moga aku mampu harungi hari-hari ku dengan baik. Tunjukkan aku jalan terbaik. Bantulah aku untuk jadi hambaMu yang sentiasa bersyukur. Aminn..



Thursday, March 15, 2012

Sweet 21 : 13 March 1991 _ 13 March 2012 =')



Assalamualaikum =)


Syukur Alhamdulillah, saya masih diberikan kesempatan untuk hidup atas bumi Allah ni. Tak terhitung nikmatNya oleh diri saya yang serba kekurangan ni. Terima Kasih Allah untuk segala nikmat yang Kau berikan. Syukur sangat *oh nak menangis rasa =')


Buat mak abah dan keluarga tercinta =')

Terima kasih sebab melahirkan org dan susah payah mendidik, jaga, sayang org selama ni. Terima kasih semua sebab sanggup layan perangai org yang kadang kadang pelik ni. hehe. Terima kasih mak, kak timah, abg topet, kak balqies, kak ct, hid sebab wish birthday. Comel je! before pukul 12 mesej dengan mak tapi mak tak wish pun. Boleh plak mak lupa. Awal awal pagi baru wish ^^


Buat kawan-kawan tersayang =')

Terima kasih untuk semua ucapan dan doa di FB, Twitter, phone. Terima kasih Ain Chin sebab call & nyanyi lagu birthday *oh rindunya kat awak. Terima kasih roommate untuk video birthday tu *menangis aku tengok. Buat Azza & Ain Chuk : sedih sangat kamu berdua tak wish.


Buat kesayangan saya <3

Terima kasih awak sebab call saya for 2 hours 20 minutes *sorry sebab mahal. Terima kasih sebab at the end of my birthday pun awak call for 2 hours *walaupun skype tapi saya happy. hehe siap ada background music lagu Kiri. Terima kasih sebab 2 kali nyanyikan lagu birthday sambil main piano *ruginya tak boleh record. Terima kasih luangkan masa untuk saya. Terima kasih sebab tahan dengan perangai saya. Agak sedih bila awak lambat wish. 12.39am baru awak call. Sedih sebab awak tak buat video tu *busy nya awak. Thanks for the call n thanks sebab sayang saya.


Buat diri sendiri <3

Terima kasih sebab belanja diri sendiri *oh makan aiskrim 2 kali. Semoga diberikan kesihatan yang baik, hidup yang diberkatiNya, dipermudahkan segala urusan, berjaya dunia akhirat, dapat result yang cemerlang, dikurniakan jodoh yang soleh..dapat membimbing dan membahagiakan dunia akhirat..yang memahami dan terima baik buruk diri ini. Jangan sedih sedih ye. Untuk dapat yang soleh kena berusaha jadi solehah.


S E L A M A T H A R I L A H I R F A R A H I N.


Sunday, March 11, 2012

Indahnya jika cinta itu milik kita selamanya =)



Saya happy hari ni <3

Thanks sebab tegur saya. Thanks sebab call saya.
Ni kali ke 3 awak call saya. Ni yang paling lama awak call.
Berbeza kan? Berbeza masa first time n the third time. Kita lain sangat.
Thanks sebab accept my request. Walaupun dah tak surprise tapi saya happy.
Kelakar bila awak gelabah pasal tarikh tu. Takde niat nak kenakan awak.

Tapi dalam happy2 tu saya sedih ='(

Walaupun saya tau hakikat yang both of us can't meet for 3 years maybe.
Tapi bila kita cakap pasal tu saya sedih. Still tak boleh jumpa walaupun awak cuti.
3 years. Lama kan? sanggup ke tunggu lama macam tu. Macam macam boleh jadi ='(
Saya sedih sebab saya request benda tu kat awak. Macam paksa pun ada.
Betul betul taktahu yang awak memang ada niat nak buat surprise dekat saya.
Saya just takut awak lupa birthday saya. Takut awak tak buat apa apa.
Sebab saya mengharap sangat awak ingat birthday saya.
Sedih kan bila dapat tahu saya ada exam on my birthday.
Tak boleh nak spend time sama sama ='(

Saya nervous!

Takut nak jawab exam on my birthday.
Nervous sangat bila ingat apa yang saya request dekat awak.
Nervous bila fikir apa yang akan saya dengar n tengok for the request.
Apa yang awak akan cakap dekat saya? Apa yang awak akan buat? oh nervousss.

Saya kesian..='(

Saya kesian dekat awak.
Kesian awak sebab kena call saya. Lama pulak tu.
Kesian sebab awak tak tahu nak buat apa masa saya menangis.
Sorry sebab request macam macam except for birthday present.
As for me, apa yang saya request tu dah lebih dari cukup. Kan?
Saya tak suka terhutang budi dengan orang dengan mintak macam macam.
Sebab tu saya tak mintak hadiah. Ni pun dah menyusahkan awak.
Kesian awak. Time birthday awak saya tak buat apa apa pun.
Memang saya niat nak buat something untuk birthday awak.
Tapi keadaan masa tu tak mengizinkan.
Awak pun tahu kan sebab apa.

Terima kasih =')

Terima kasih sebab layan perangai saya yang tak matang ni.
Terima kasih sebab sanggup layan saya yang banyak cakap ni.
Terima kasih sebab nyanyi lagu birthday in advance. Kan best kalau boleh record =P
Terima kasih untuk segalanya.

sayang awak <3