Tuesday, February 28, 2012

Saya SUKA pergi library sebab .......

Assalamualaikum.

Dah lama tak jenguk blog ni. Sibuk dengan urusan dunia mungkin. Biasa lah, makin meningkat umur makin banyak perkara nak kena fikir. Belum cakap pasal hati perasaan lagi. Confirm-confirm sampai bila pun tak habis.

Hmm currently sy ada di library Uniten. Stress mencari journal yg tak muncul-muncul. Tiba-tiba rasa macam nak update blog. Perlu ke letak tajuk 'saya SUKA pergi library sebab ....' ? dan perlu ke ada sebab untuk pergi library? Dah nama pun student. Memang dah jadi lumrah dan kewajipan untuk menjejakkan kaki di library. TAPI.. itu bukan lumrah dan kewajipan untuk sy. haha sebab nya, sy memang tak suka pergi library. Suasana library senyap sangat. Baru sebelah kaki masuk pintu library dah rasa mengantuk. *over sangat lah kan*.

Saya SUKA pergi library sebab ... ? hmm rasanya kena tukar jadi 'saya PERLU/KENA pergi library sebab'

1. Sebab ada group assignment so senang sikit nak jumpa dengan group members yg lain.
2. Sebab ada buku yg sy kena pinjam as one of my task in assignment.
3. Sebab kena cari journal =.=' *ni lah yg sy tengah buat sekarang*
4. Sebab nak print/photostate assignment yg belambak. Photostate kat library murah sikit.
5. Sebab nak habiskan waktu yg ada. haha ni bukan alasan sy. Sometime bila ada gap antara kelas pagi dan petang, student akan jejak kan kaki ke library. At least ada tempat nak lepak-lepak.
6. Sebab nak jumpa gf/bf. Okay ni pun bukan alasan sy. Ramai couple yg suka dating dalam library dengan alasan nak bincang pasal tutorial, assignment dan macam-macam lagi. *Buat sakit mata je tengok korang dating* hehe jeles!




Alasan yg sy tengah guna sekarang ialah alasan no 3. YA! sy pergi librari sebab nak cari journal. Kenapa tak cari  kat rumah je? hmm bagi sy macam senang sikit nak concentrate cari journal kat library berbanding kat rumah. Kalau kat rumah banyak sangat halangan dan rintangan. Kang tak pasal-pasal stuck kat FACEBOOK, TWITTER, SKYPE n bla bla bla..


Agak stress sekarang ni. Untuk subjek ODC, draft assignment sy dah diterima. Alhamdulillah. Punya lah susah nak cari 5 journal tu. 5 journal? haha mungkin ada kat luar sana yg akan cakap 'setakat 5 journal pun susah nak cari ke?' Bagi sy memang susah okay! Draft journal ODC dah boleh letak tepi. Tak payah nak fikir.


Tapi sekarang ni rasa macam nak pecah kepala mencari journal untuk subjek BE. Kali ni 10 journal pulak. Tajuk yg sy dapat = The impact/influence of employee avoidant thinking style on job performance. Oh sedih nya ='( sy dah download around 60+ journal but macam takde je tajuk yg berkait dengan tajuk yg sy dapat tu. Tak tahu lah apa akan jadi esok.


Okay lah. Rasanya ni je yg sy nak story kan. Got to go. Nak balik rumah dan sambung STRESS kan diri mencari journal plus siapkan report untuk submit esok pagi. Lagipun langit macam gelap semacam je. Takut stuck kat library pulak.


Nota Hin: Sy harap kerja sy dan kawan-kawan sy dipermudahkan. Aminnn.
                Sy sayang awak! jangan lah merajuk lama-lama ='(