Thursday, August 9, 2012

Ramadhan Terakhir

Salam Ramadhan ke 20 buat semua :')


Ramadhan 19 : 8.30 malam

Dalam kesamaran cahaya malam dan lampu jalan...

Farah: Kereta madam takde lagi. Fuhh.. nasib baik. Sempat masuk kelas before madam. *senyum*

Atiqah: Takde lagi? ohh bagus bagus. Jom lintas jalan!

Di hadapan kawasan kelas..tiba-tiba Farah memperlahankan langkah sambil memandang langit..

Farah: ..*senyum*.. kau tau tak... Ramadhan ni... Ramadhan terakhir aku..

Sebaris ayat itu membuatkan Atiqah mematikan langkah, lalu memandang Farah dengan penuh tanda tanya.

Atiqah: ..*sepi tanpa bicara*..

Farah: Ramadhan ni.. Ramadhan terakhir aku kat sini. InsyaAllah sem depan, sem terakhir.

Atiqah: Ah kau ni! belum tentu sem depan, sem last. Mana tau nanti kau jadi lecturer kat sini plak. Sambung semula Ramadhan kat sini. So tak pasti lagi Ramadhan ni yang terakhir. *senyuman hambar diberikan utk menutup perasaan terkejut*

Farah: ..*hanya mampu tersenyum*..






Hmm... bagaimana dengan kamu?

Pernah terlintas kat fikiran tak yang Ramadhan tahun ni adalah Ramadhan terakhir?

Jawapan sy, sy memang selalu terfikir tentang Ramadhan terakhir. Apa perlu sy buat? Kalau nak diikutkan memang amalan sekarang pun belum tentu cukup dan belum tentu diterima. Cuma mampu buat yang terbaik dan doa untuk yang terbaik. Kalau nak cakap pasal wishlist pun terlalu banyak yang belum tertunai. Mahu tak cukup kertas untuk tulis segala impian dan harapan yang belum tercapai. Impian di dunia dan impian di akhirat.

Oh ya! dah setahun since post pertama sy pada Ramadhan tahun lepas. Macam-macam perkara dah berlaku. Sedih mahupun gembira. Banyak sangat! Tersungkur disebabkan beberapa perkara yang tak patut dan kembali berdiri setelah berjaya mencari kekuatan dengan pertolongan orang sekeliling. Alhamdulillah Allah sentiasa ada. Jatuh bangun tu boleh mematangkan seseorang kan? *oh senyum lagi*

Bulan Ramadhan pun boleh mematangkan seseorang. Bagaimana? Bagaimana kita letak 'Ramadhan' tu dalam hidup kita, macam tu la yang akan terzahir dengan perlakuan setiap hari. Ada yang sedaya upaya kejar solat terawih tapi solat 5 waktu dilambat-lambatkan. Ada yang sedaya upaya nak khatam al-Quran tapi sepatah ayat pun tak cuba untuk fahamkan. Ada yang berniaga di bazaar tapi harga makanan yang diletak tak setimpal dengan apa yang diberi. Banyak perkara yang tak selari kan? Kalau diperhatikan dengan mata hati, insyaAllah banyak tauladan yang boleh diambil *semua ni nasihat untuk diri sendiri juga*

Tapi apa pun yang kita buat sebenarnya berkait dengan niat. Ingat! Niat tak menghalalkan cara. Niat nak bersedekah tapi akhirnya sedekah kan harta orang lain yang dicuri. Salah kan? Sepatutnya niat dan cara perlu selari. Niat untuk buat perkara baik dan laksanakan perkara baik tu dengan betul. InsyaAllah tenang dan mudah segalanya. Kalau ada kesulitan mungkin ada yang salah pada niat dan mungkin juga Allah nak uji kita. Bak kata orang... nak buat benda baik memang susah, nak buat benda jahat senang sangat.

Tau kenapa susah nak buat perkara baik? Kalau buat perkara baik semestinya ganjaran yang diterima dariNYA berlipat kali ganda. Kalau tak dapat kat dunia, insyaAllah akhirat masih ada. Sebab tu susah nak buat perkara baik. Tapi Allah tu Maha Pemurah kan =) Kalau kita ikhlas niat nak buat benda baik pun dah dapat pahala. Belum buat lagi tu! Dah buat benda baik, lagi banyak la yang Allah bagi.

InsyaAllah sama-sama lah kita buat perkara yang baik di bulan yang mulia ni. Biar sikit-sikit, asalkan selalu. Perkara baik yang dibuat secara istiqamah lebih baik kan? =)


Nota Hin: Awak dah nak balik? Semoga Allah permudahkan perjalanan awak. Aminn