Sunday, December 4, 2011

Kursus Asas Fasa 1 PRS KSHAS 25--->27.11.2011

Assalamualaikum :)



Berkenaan tajuk di atas, sebenarnya seminggu dah berlalu. BTW, dekat kem sy menang game I LOVE YOU, I HATE YOU. Yes! bangga jap bila menang antara 30 org peserta tu. Okay baca kat bawah plak. heeee



Firstly kena pergi interview dulu, then siapa yang  bernasib baik akan terpilih utk join kem PRS tu. Hanya 30 terpilih utk join. Lokasi : Kem Desa Cempaka, Pantai Sepat Kuantan. Sy dah pernah pergi sekali masa akhir form 4 sempena majlis khatam al-Quran. Alhamdulillah sy terpilih akhirnya =) Thanks Shitah sebab bagitau pasal interview tu ^^ Teringat masa sy bersembang dgn dia awal sem dulu tu.


Hin : Shitah, nanti kalau ada apa-apa program kau bagitau la kat aku. Aku cadang nak try join la.
Shitah : Rasanya nanti kitorang nak buat program. Tak sure lagi la. Nanti apa-apa hal aku bagitau kau. Tapi kan, apsal kau takde join apa-apa aktiviti?
Hin : Entah. Start masuk Uniten je aku dah tak aktif. Lagipun aku takde geng la nak join semua benda ni.
Shitah : Lahh. Apsal la kau tak cakap awal-awal. Takpe-takpe. Nanti aku bagitau kau ye.



Haaaa, ni la permulaan bagi semua yg sy nak cerita kat bawah ni. Before masuk Uniten ni pun, kakak-kakak sy ada cakap, 'Senang la hang nak join aktiviti nanti. Rumah dekat jadi takyah balik selalu pun takpe. Join je semua benda kat U tu nanti'. Hah! ambek kau. Masuk U je terus senyap. Entah apa yang sy buat pun sy taktahu.



Back to the topic, hmmm agak terkilan sebenarnya. Masa pergi interview tu, kitorang pergi berlima. Yang sorang tu memang datang teman je. So 4 org la yg di interview. Nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas interview kami semua dapat tau keputusannya. Hanya 3 org je yg terpilih. Dah la kawan yg tak dapat tu interview sekali dgn sy. Yg lagi 2 org tu di interview secara berseorangan. Bila dah jadi macam ni sape tak rasa bersalah kan? Nasib baik kawan yg tak dapat ni jenis happy go lucky + open minded. Dia tak kisah pun tak dapat [dalam hati tak tahu la macam mana kan]



Actually nervous bila dapat tau terpilih pergi kem tu. Mana tak nervous nya. Last join camping-camping ni masa form 5 (2008). Sekarang dah tahun 2011. Lebih kurang dah 3 tahun. So memang risau la. Disebabkan nak mula aktif terpaksa la start semula camping segala bagai ni.




Kalau nak bercerita memang sampai bila pun tak habis. So tengok jela gambar-gambar sekitar kem PRS ni ye. [sy letak gambar sy dan group je, yg lain boleh tengok di FB chupaa chupp]





Group sy selama 3 hari 2 malam : BUNTAL : kami menang tempat ke 2 ^^
Hin, wani, syimir, eka, nad, sally
credit to : handphone sy yg murah =)


Yeay! itu sy. Yang depan sy tu Stunky @ Amir Imran.
Ni bulatan ukhuwah ke apa tah. Yg pasti kena pusing bulatan sambil peluk-peluk arab. Yg berlainan jantina cukuplah sekadar letak tangan kat dada okay =)
credit to : taken from FB chupaa chupp


Masa ni activiti by couple dalam group. Pasangan sy ialah Nad [student foundi].
Just kena cerita pasal diri sendiri kat pasangan kita.
credit to : chupaa chupp lagi


Wani n Nad tengah buat topi utk group kami.
credit to : chupaa chupp lagi dan lagi


Eka n Syimir [our leader] tengah siapkan puzzle.
credit to : chupaa chupp lagi lagi lagi


Sally n Hin siapkan logo, sorakan. Gambar sy takde sebab sy je yg sibuk dok snap gambar org.
credit to : handphone sy lagi =)


Ambik gambar sendiri la jawabnya. Disebabkan gambar sendiri so sy dah edit. haha
credit to : handphone sy yg byk berjasa =)


Ini hasil lukisan Human Resources student. Walaupun tak cantik tapi sy paling suka bila lukis bola-bola kat roundabout Uniten tu ^^
credit to : handphone sendiri dan hasil lukisan sendiri =)


Perbincangan before nak present.
credit to : handphone sy


Syimir sedang menerangkan logo group kitorang. Group kitorang je yg ada visi misi okay. Ni semua pasal abg fasi tu suruh buat. Dah tak ingat nama abg tu.
credit to : chupaa chupp


Hmm tenet problem so tak boleh nak upload sampai habis. Nanti bila free sy upload lagi.



Nota Hin : Dipendekkan cerita, ex-classmate sy masa di SMART pun ada join kem di sebelah kem sy.
                 Sy di Kem Desa Cempaka dan dia di Amansari. Sebelah je pun.
                 Tapi sepanjang 3 hari kami di kem memang tak pernah terserempak.
                 Padahal ada je aktiviti yg buat kat luar. Dah takdir kan. So macam tu lah.
                 Agak sedihhh =( rinduuu kat kau Amar [xyah nak rindu sgt lah >.<]
                 To haziq _ sorry dh 2 kali aku ada hal so tak boleh nak msg kau. sorry!

Friday, November 11, 2011

Lelah kaki ini melangkah

Assalamualaikum.


Beberapa minit yang lepas ialah hari Khamis, 10/11/11. Hari Khamis yg memenatkan. Disebabkan semalam tidur sekitar jam 4 pagi, badan sy menjadi letih. Di saat diri mencari posisi yg terbaik utk merehatkan badan, sy dikejutkan dgn suara org memberi salam.


Arghhh! ingatkan mimpi. Bunyi bising org menyelongkar sesuatu menyebabkan sy terjaga dari tidur. Tiba-tiba sesusuk tubuh wanita memasuki bilik sy sambil berkata 'Assalamualaikum, nak buat spotcheck kejap ye'



Spotcheck? lantas sy menggagahkan diri utk bangun dari tidur. Sambil duduk di atas katil dgn mata yg tertutup dan kaki yg dilunjurkan, tangan meraba-raba sekeliling katil utk mencari handphone. Jam di handphone menunjukkan pukul 6.30 pagi.



Sy sekadar memerhati gelagat wanita yg membuat spotcheck dari atas katil. Kawan di katil sebelah menyambung tidur dengan nyenyak nya. Pelbagai soalan terlintas difikiran.



Kenapa buat spotcheck pukul 6.30 pagi?
Sape gerangan yg buat spotcheck ni? bilik gelap sangat, tak sure lecturer atau student.
Dia nak cari apa sebenarnya ni? barang terlarang ke apa.



Selepas beberapa minit, keadaan kembali tenang. Mata dipejamkan rapat. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Sy terjaga disebabkan alarm handphone kawan di katil sebelah. Mengikut niat asal, cadang nak skip kelas hari ni sebab tak larat. [serious tak larat] Tapi digagahkan juga melangkah pergi ke kelas.




Sebelum melepasi gate penginapan, sekali lagi spotcheck dibuat kepada semua student yg nak keluar dari kawasan apartment. Rupa-rupanya ada kes kecurian berlaku malam semalam di blok sy. 4 laptop dan 6 handphone dicuri. Sy hanya boleh bersimpati kepada mangsa kecurian. Harap tabah la ye. Nak tolong ganti kan memang tak mampu la. [gila apa nak ganti 9 barang tu]





Basic harga laptop dlm RM 2000, so 4 laptop=RM8000. Handphone dlm RM500 [ni paling basic la sebabnya student uniten ni overall kaya-kaya. Sy terkecuali^^] so, 6=RM3000. Semua dalam RM11,000 plus minus. Kalau laptop yg kena curi tu jenama mahal punya or handphone tu blackberry so tak mustahil semua RM15,000. Hah! ambik nak. Dengar cerita, ada seorang mangsa kecurian baru je beli laptop tu. Kalau tak silap jenama Toshiba. Kesian betul. Berjaga-jaga la. Kunci semua pintu rumah dgn bilik okay. [peringatan utk diri sendiri jugak]



9 pagi-12 tengahari : kelas International business. Hari ni hari last madam mengajar sebab mulai minggu depan madam cuti bersalin. 12 tengahari-1 petang : kelas tutorial Macro. Sama! hari ni juga hari terakhir buat madam sebelum cuti bersalin. [Patut la rasa macam nak juga pergi kelas walaupun badan tak larat. Rupanya mungkin disebabkan hari ni agak special] Kepada madam kelas Macro, thanks sebab ingat nama sy, walaupun sy bukan student yg aktif dalam kelas. Terharu! =)





Lupa plak. Sebelum kelas Macro, ada seorang kawan call, tanya kalau-kalau sy nak join program PRS. Tapi kena jalani sesi interview dulu samada hari ni atau esok. Lepas berbincang dengan roommate, kami pun pergi interview tu. Interview kami mula pukul 3 petang. Semuanya selesai sekitar jam 4.45 petang. Disebabkan madam dah kenal kami semua, interview jadi sekejap je ^_^ Thanks jugak buat madam Psycho [yg meng-interview kami] sebab masih ingat nama sy walaupun mengajar sy 1 sem je.



Jam 5.30 petang, selesai membersihkan diri. Tiba-tiba seorang kawan bertanya mengenai kelas ganti melalui SMS. Eh, ada kelas ganti ke? disebabkan sy tak ingat, sy bertanya kpd kawan yg lain. Arghhhh! ada kelas ganti rupanya.




Sekitar 5.55 petang, sy dan roommate bergerak menuju ke kelas. Nasi yg dibeli roommate pagi tadi belum dijamah. Perut memulas-mulas meminta di isi. Kelas ganti hanya mengambil masa selama sejam, 6 petang-7petang. 7 petang, menuju ke foodcourt membeli makanan utk di makan pada waktu malam. [nafsu, nafsu. Padahal nasi pagi tadi belum makan lagi] Pada waktu malam, diadakan bacaan Yasin di blok B. Ni mungkin disebabkan kes kecurian tu. Semua penghuni penginapan Ilmiah jugak diberi minun air Yasin. [ada student yg incharge utk dtg tiap rumah bagi minun air Yasin].





Hari ini memenatkan. Asyik berjalan dan berjalan. Bergerak dan bergerak. Bercakap dan bercakap. Niat utk skip kelas tidak menjadi. Allah sebaik-baik perancang =) Banyak benda yg dipelajari disebabkan hadir ke kelas. Syukur walaupun badan tak berapa sihat.







Biar penat kaki melangkah, agar detik bermakna kini kau miliki.
Biar mata terpejam rapat, agar sekeping hati puas kini.
Biar longlai sekujur badan, agar kau hargai nikmat diberi.
Biar tak cukup waktu diberi, agar diri tak pernah menyesali.



Nota Hin : ~Maaf sebab ayat lintang pukang.
                ~Hehe sy dah hantar borang kursus kahwin yg dianjurkan oleh pihak U.
                  InsyaAllah 19, 20 akan hadir ke kursus kahwin tu =)
                ~Dah masuk 11.11.11. Tarikh yg cantik!

Thursday, November 10, 2011

Kekasih hati saya orang Sabah!

Assalamualaikum.


Dah lama rasanya tak update blog. Banyak benda nak cerita tapi malas malas malassss nak menaip. Firstly, nak ucap terima kasih dekat my ex-housemate, Sha [org Sabah^^] , sbb tolong buatkan header baru utk blog ni. Sebenarnya mmg nak tukar header lama tu tp asyik lupa. Thanks sangat-sangat Sha! tiba-tiba je tegur kat facebook, cakap nak tukarkan header. At last, sekali dengan background aku, kau tukar ye :P




Back to the point.




Kekasih hati saya orang Sabah. Perhatian! Tajuk ni utk mengedik semata-mata. Tak payah nak perasan sangat Farahin. Takde siapa nak kau okay.



Tajuk sebenar : Kakak sy dirisik. [betul ke ayat ni?]


Tak banyak benda nak cerita. Selepas pelbagai rintangan yg dilalui, alhamdulillah dah dapat kata sepakat dari kedua-dua belah keluarga. InsyaAllah tahun depan kak Fairooz [gambar yg bawah ni] akan melangsungkan perkahwinan. Doa-doa la semua berjalan dengan lancar. Aminnn



Currently umur kak Fairooz 24, sy 20 dan adik Farid 19. haha tapi rasa-rasa nya sy adalah org last yg akan berkahwin [kalau ada jodoh]. Sebabnya? sebabnya adik sy yg 19 tu dah ada buah hati. Dah 7 tahun kot diorang kenal. Start dari form 1 sampai la sekarang.




Farahin? haha selama 20 tahun sy hidup ni, sy tak pernah ada buah hati pengarang jantung okay. Bila masuk bab hati perasaan ni susah sikit. Mungkin belum masanya kot.



Bawah ni ada beberapa gambar yang sy snap. Guna handphone murah je so kualiti gambar tak memuaskan. Tak mampu nak ada DSLR segala bagai ^^




Cool-cool. Nak sarung cincin dah tu >.<




Hehe sy yang tengok ni pun dah berdebar-debar. Baru merisik, belum bertunang dgn kahwin lagi :D




Lap cawan tu bersih-bersih ye wahai adik dan abang ipar ku =)





Simple but nice ^^ kak Fairooz saja pilih kek yg simple macam ni sebab dia tak suka kek yg ada icing sugar banyak-banyak tu.




Sebenarnya ada lagi gambar yg nak diupload tapi bluetooth lappy ni buat hal. So gambar berbalas-balas dulang tu tak boleh nak tunjuk. Nanti bila bluetooth ni dah okay, sy akan edit semula this post.





Lepas semua tetamu pulang, tibalah masa utk kami sekeluarga pulak menjamu selera. hehe penat masak, kemas semua tu [macam lah kau yg masak Farahin =.=]. Masa makan ramai-ramai tu, macam-macam benda yg disembangkan. Pasal bertunang, cincin, tarikh bertunang dgn kahwin. Ahhh! banyak lagi lah.




Macam biasa, bila cakap pasal kahwin semua ni memang tak sah kalau sy tak kena usik. Disebabkan sy turn seterusnya dan family semua tau yg sy belum berpunya so lagi suka la diorang nak kacau.




Antara soalan-soalan dan ayat yg diajukan kepada sy:



@Hin bila lagi?
@Hin buat majlis sekali dengan kakak lah. Kita buat bulan 1, 2012. [giler awal!]
@Makin lama semua pilih calon yg makin dekat. Abang yg first dengan org Kedah. Lepas tu Gombak, Kelantan, Kuantan, Kuantan, Kuantan. Entah-entah nanti Hin kahwin dengan jiran kita je. [tolong lah! kalau boleh nak cari org yg jauh sikit]
@Hin kena cari org Sabah. Ni amanah. Abah nak sangat menantu org sana. Kakak dgn Hid dah ada. Tinggal hang sorang je nak tunaikan hajat abah. [Perghh! ingat senang ke nak cari calon org Sabah. Ingat boleh kutip tepi jalan ke apa? ] [Lagipun, kebetulan kawan adik yg asal dari Sabah tumpang tidur kat rumah, tu yg abah asyik sebut nak menantu org Sabah]



Nota Hin : ~Hopefully semua berjalan lancar utk majlis kak Fairooz =)
                ~Kalau la hajat abah tu senang utk ditunaikan, dah lama sy buat.
                  Tapi rasanya abah main-main je tu. kan abah kan???
                ~Thanks zati sebab tanya soalan tu kat aku semalam.
                   Kalau tak, aku tak tau FB dia ada lagi.
                ~Thanks sebab kamu muncul kembali =)
                ~Naz sangat comel bila pakai tudung. Teruskan!







Thursday, October 27, 2011

Wish sekarang boleh?

Selamat pagi ^_^


Deepavali semalam kan? huhu agak sibuk kebelakangan ni [sibuk tengok tv je] wink~* wink~* so di kesempatan ni sy nak wish HAPPY DEEPAVALI kepada semua penganut agama Hindu. Terutama nya kepada kawan-kawan sy kat luar sana [heeee macam ramai kawan India je] =)


Jumaat yg lepas sy mula bercuti selama seminggu bersempena dengan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang (24.10.2011) & Hari Deepavali (26.10.2011). Sepatutnya dapat cuti utk hari Isnin dan Rabu je tapi bila dalam kelas, lecturer sibuk bincang pasal kelas ganti. Lecturer faham sendiri la yg hari Selasa tu confirm confirm takde student nak datang kelas. 


Haha takde kerja apa nak balik semata-mata utk kelas hari Selasa then hari Rabu terperuk dalam bilik. Kalau Uniten Bangi takpe lah. Ni tak, Uniten Muadzam [sila dtg Muadzam baru tau keadaannya macam mana ok] huhu sebenarnya takde la teruk mana belajar dekat Muadzam ni, cuma....cuma kat Muadzam tak ada KFC, McD, bowling, cinema semua tu [untunglah takde, kalau tak memang habislah duit PT aku >.< ]


Okay! sepatutnya dah dapat cuti sampai Rabu la kan? hehe tapi student-student zaman sekarang ni kalau boleh nak cuti memanjang [lagi-lagi student Uniten. Dalam kamus hidup kitorg hanya ada CUTI SEM 2 MINGGU] universiti lain cuti sem 3 4 bulan kan? Dah lah cuti sem 2 minggu je, cuti midsem memang dah dihapuskan [ahh! touching tiba-tiba] so ramai la student yg mintak kat lecturer utk ganti sekali kelas yg hari Khamis dgn Jumaat. Akhirnya dpt la cuti seminggu. Lagipun Uniten memang ada send email pasal diorg bagi cuti seminggu tu.



Tapi kan, ada la jugak kawan-kawan sy yg tak sempat beli tiket. Tak sempat sebab tiket dah habis, ramai yg dah beli awal. Disebabkan rumah sy dekat Gambang je, so sy lah yg paling COOL. ooooyeahhhh! 

#seminggu sebelum cuti
Kawan 1 : Kau balik bila Farahin?
Hin : Entah
Kawan 1 : Entah? Kelas kau sampai hari apa?
Hin : Entah la. Tak sure

#3 hari sebelum cuti
Kawan 2 : Alaaa tiket bas dah habis la. Mcm mana aku nak balik ni? hmmm tiket kau hari apa?
Hin : Aku tak beli pun tiket [muka takde perasaan]
Kawan 2 : Haa! kau tak beli tiket? dah nak cuti la wei

#sehari sebelum cuti
Kawan 3 : Esok kau balik pukul berapa?
Hin : Tak tahu la [serious tak tau nak balik pukul berapa]
Kawan 3 : Kau biar betul?
Hin : Rumah aku kat Gambang je [entah dia tau ke tak Gambang tu dekat mana]
Kawan 3 : ooo dekat ye? ayah kau ambik?
Hin : Takde masa ayah aku nak ambik
Kawan 3 : Hah? dah tu macam mana nak balik?
Hin : Naik bas ting tong [bas henti-henti] kot. Err kot la
Kawan 3 : Bas ting tong pukul berapa punya?
Hin : [apsal byk sgt soalan kau ni -.-' ] Entah la
Kawan 3 : Lah. Takkan tak tahu bila nak balik?
Hin : Dah lama tak balik so aku tak ingat

#malam sebelum cuti
Roommate : Wei, kau balik esok pukul berapa?
Hin : Bas aku ada pukul berapa ye? [elok sgt la, sape yg nak balik sebenarnya ni. Dah la roommate org JB]
Roommate : Kalau tak silap 12.30 ada kot. Balik petang sama waktu dgn bas aku je la. 
Hin : Petang ramai budak sekolah. Aku balik pagi, sekali dgn angah kot.
Roommate : oo ok.





Muadzam--->Gambang dalam sejam setengah je ^_^ [tapi sy balik sebulan sekali. haha] Akhirnya sy ambil keputusan utk naik bas pukul 8 pagi [mengantuk gila!] 



Sampai di Kuantan 10.15 pagi. Stay kat Megamall dgn Kak Fairooz around pukul 12 sampai 6 petang. Makan nasi ayam depan cinema, tengok gelagat org ramai yg sibuk membeli belah [terutama nya perempuan], pusing Megamall sampai nak tercabut kaki, terserempak dgn kawan lama, tengok wayang cerita 'The Thing' [target nak balik pukul 6 so ni je cerita yg ada utk masa tu], duduk depan Pizza Hut sambil melalak [dah sebulan tak jumpa kakak, jumpa-jumpa je dia sembang pasal cerita sedih so melalak la.Org yg lalu lalang pun pandang pelik tengok ada org menangis kat ruang legar tu]



Pukul 6 petang, Kak Balqies datang ambik sy dgn Kak Fairooz dekat Megamall. heee pukul 12.30 pagi kami berdua keluar utk hantar Kak Balqies naik bas pukul 1 dekat terminal. Pagi-pagi buta macam tu sangat lapar okay. So kami pergi Teluk Cempedak (TC) kejap untuk isi perut yg berbunyi ni. Ya Allah! punya la ramai orang. Confuse kejap. Diorang ni tak reti tidur ke apa? Tak tau ke jam dah menunjukkan pukul 2 .30 pagi? Kami berdua ni lain la. Kami ada tujuan [hehe dah alang-alang keluar, perut pulak lapar] 
Lepas subuh kami bertolak pulang ke teratak bonda [Gambang]. Haaa! lama tak lama sy kat Kuantan. Punya la sakit kaki dgn pinggang. 2 jam berdiri atas bas sambil menggalas beg yg macam batu, jalan kaki pergi Mega, beratur panjang utk cucuk duit [ramai gila cucuk duit sbb gaji baru keluar], beratur beli tiket wayang [ok ni tipu. haha takde org pun masa kami beli tiket tu], pusing Mega utk cari kerusi [nasib baik tau malu lagi, kalau tak memang nak duduk atas lantai je], beratur beli McD [hehe ni pun tipu. Kak Fairooz yg beratur]. Alhamdulillah masih ada kaki. Bersyukur Farahin ^_^




Erk! Lupa something la. Haha niat asal nak tunjuk beberapa gambar yg sy snap kat Mega hari tu. Tak pasal melalut ke lain pulak. Jap ye =)




Heeee cantik tak? Ni gambar dekat Megamall. Diorang dah ada space masing-masing utk buat benda ni [selamba je panggil benda ni -.- sorry tak tau nama dia apa]



Masa ni tak siap lagi diorang buat bunga guna beras tu. Kalau dah siap mesti lagi cantik.







Burung merak plus kat keliling dia beras yg dihancurkan. Ok dah tau corak dekat atas lantai yg guna beras ni nama dia Kolam [baru search.hehe]



Ni paling simple. Sebenarnya segan nak snap tp tengok ramai yg keluarkan enset so buat muka tak tau malu je la kan. Hehe the end~



Nota Hin : Haha lumrah la kan. Kalau dah nama Farahin tu memang suka cakap lari dari topik >_<

Tuesday, October 18, 2011

Mati itu PASTI.

Assalamualaikum.


Boleh Jadi Perkara Yang Kita Tidak Suka Itu Baik Untuk Kita,
Dan Boleh Jadi Perkara Yang Kita Suka Itu Tidak Baik Untuk Kita.





Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang"



Seperti biasa, malam adalah masa untuk sy online selain dari menyiapkan tutorial dan assignment yg tertangguh. Tapi sejak 2 3 hari ni sy lebih suka blogwalking dari membuka facebook. Banyak info dan cerita bloggers lain yg sy dapat jadi kan pengajaran untuk diri sendiri.


Dilahirkan sebagai seorang anak perempuan yg terlalu mudah tersentuh dengan percakapan dan perlakuan orang,  membuatkan sy lebih suka untuk menyendiri lebih-lebih lagi di malam hari. Tidak byk perkara yg sy lakukan. Cukup lah sekadar duduk termenung seorang diri di dalam kegelapan bilik. Memikirkan perkara-perkara yg sy dah lakukan sepanjang hari atau mengimbau perjalanan hidup yg menjadi kan siapa sy hari ini. Dan mungkin juga mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa.


Hati seorang Farahin terlalu ego dan sukar untuk meluahkan perkataan sayang walaupun kepada keluarga sendiri. Satu-satu nya jalan yg diambil adalah pendam dan mendiam kan diri. Sayang nya seorang Farahin kepada sesiapa pun hanya disimpan kemas di dalam hati. Hari-hari nya cukup sekadar memerhatikan tingkah manusia di sekitar ruang hidup.


Malam adalah masa yg paling sesuai untuk duduk bersendiri sambil meluahkan segala rasa kepada Maha Pencipta. Sunyi di malam hari sebegini membuatkan hati sangat terkesan apabila mendengar beberapa buah lagu sedih mahupun lagu nasyid. Lagu seperti UNIC-lafaz yg tersimpan, Devotees-ku damba redhaMu, Devotees-kekasih dan DeHearty-pasrah segalanya menjadi halwa telinga untuk setiap malam seorang Farahin. Suasana sunyi tiba-tiba mengamit rasa rindu terhadap ibu bapa tercinta. Lalu, handphone dicapai dan gambar-gambar mak dan abah ditelek satu persatu. Sesekali air jernih mengalir lesu di pipi dikesat. Tangan ditekup di muka menahan sebak dan esakan dari terlepas.



Tiba-tiba teringat akan blog kawan yg baru dikunjungi. Antara post yg terbaru berkait dgn kematian. Secara kebetulan juga ada dua blog yg menceritakan tentang ajal. Apabila duduk berseorangan, macam-macam perkara yg difikir. Terfikir juga bagaimana kalau sy pergi dulu dari mak dan abah. Apa yg akan jadi? Dan kalau mak dan abah dijemput dulu, apa pula yg akan terjadi pada sy? Makin difikir makin laju air jernih yg mengalir. Sejenak kisah-kisah lalu terimbas kembali.


1 #
Saya : Mak, kenapa banyak sangat kain batik mak simpan? Kain batik lepas/panjang pulak tu. Nak buat apa dengan kain batik lepas/panjang ni banyak-banyak? Kenapa mak tak jahit je? *byk soalan yg terlintas di fikiran disebabkan tak tahu mengenai kain batik lepas/panjang tu*
Mak : Laaa kain batik lepas/panjang tu untuk org mati. Kalau mak mati nanti senang, tak payah nak susah-susah cari kain batik panjang dah.
Saya : *terkedu dengan jawapan yg diberi*


Tak terfikir pun mak akan cakap macam tu. Sy mintak 1 kain batik lepas/panjang dari mak dan sy simpan buat simpanan sendiri. Ya! kadang-kadang perangai sy agak pelik. Biar sy selalu ingat mati. Sebab tu sy simpan 1 kain batik lepas/panjang mak. Tengok kain batik tu pun dah rasa sebak. Tertanya jugak bila sy akan menghadap Illahi. Tapi semua tu bukan urusan kita untuk tahu kan. Jadi perlu banyak bertaubat dan beramal sebelum di jemput.



2 #
Saya : Mak dgn abah pergi mana? Org call tak dapat pun.
Kakak : Kakak on the way pergi hospital ni. Tengah follow ambulance. Abah sakit. Mak ada dgn abah.
Saya : Abah sakit? sakit apa? org nak ikut jugak
Kakak: Hari ni tak payah la. Esok kakak ambik hang kat hostel.
Saya : ok ok.

Hari tu sy tak senang duduk. Asyik-asyik menangis. Takut-takut perkara buruk terjadi. Esok nya lepas habis meeting biro asrama, kakak datang jemput sy. Abah dah keluar dari ICU dan ditempatkan di wad biasa. Sampai je kat hospital, semua adik beradik dah berkumpul. Abah kurus sangat! Alhamdulillah lepas beberapa minggu abah dah boleh balik rumah. Sama-sama lah kita beringat. Sihat sebelum sakit. Kesihatan perlu dijaga dengan sebaiknya.



Tinggal sebentar kisah di atas dan balik kepada cerita di blog yg dikunjungi tadi. Entry mengisahkan bahawa si dia rindu dgn arwah mak. Apabila selesai membaca baru tau kisah sebenar si dia. Si dia menyambung pelajaran di Bali dan terpaksa meninggalkan keluarga di Kota Bharu demi cita-cita yg ingin digapai. Di satu ketika selepas 5 bulan pulang ke Bali, si dia mendapat panggilan dari kakak di tanah air. Berita mengenai kematian mak disampaikan dengan tangisan yg bertalu-talu. Mujur tiket masih ada, mujur harga tiket kapal terbang tak terlalu mahal dan mujur juga perjalanan tidak mengambil masa yg lama. Di akhir entry, si dia meletak kan satu gambar bersama keluarga di airport dan itulah kali terakhir si dia memandang wajah ibu tercinta iaitu 5 bulan yg lalu. Sebak sy membacanya. Tak dapat sy bayangkan kalau perkara sebegitu terjadi pada diri sendiri. Mungkin sy tak boleh terima kenyataan.



Sy terfikir sejenak tentang aturan hidup sy yg Allah sudah aturkan. Dilahirkan di Pahang, bersekolah rendah dekat dgn rumah, meneruskan pelajaran selama 5 tahun di hostel di kuantan dan kini belajar di Uniten Muadzam. Ya! hanya sy di dalam family yg tak pernah keluar dari kawasan Pahang. Agak cemburu dgn adik-beradik yg meneruskan pelajaran di negeri-negeri lain sekitar Malaysia. Seketika tersedar sy dari lamunan yang entah ke mana. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang, Farahin! Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah. Bersyukur dgn aturan  hidup yg telah ditentukan.


'Mungkin dgn perangai dan sifat pemendam perasaan seperti kau, lebih baik belajar berdekatan dgn keluarga. Apa kau nak buat kalau belajar kat negara org macam kisah kat atas tu? belajar jauh-jauh pulak tu. Meraung kau sorang-sorang! Buatnya tiket takde, atau perjalanan terlalu jauh, tak sempat nak tengok jenazah buat terakhir kali nya..mungkin hidup kau akan jadi tak tentu hala lepas tu' *hati berbicara sendiri*

'Mungkin jugak aku yg akan pergi dulu. Kalau itu yg dah tertulis, aku redha. Sesungguhnya aku lahir dengan Islam, semoga mati juga dengan Islam dan Iman. Ampunkan segala dosaku Ya Allah. Kau lah Maha Pengampun dosa-dosa hambaMu. Andai ditakdirkan aku pergi dulu, Kau kasihani lah mak dan abah. Jagalah mereka, ringan kan lah beban mereka Ya Allah. Amin Ya Rabb '





Mak Abah tersayang! <3<3


Nota Hin : Sesungguhnya Allah saja yg tahu apa yg terbuku di hati.
                Saya sekadar berkongsi sedikit cerita.
                Usah biar kehilangan menggantikan lafaz yg tersimpan, Farahin!
                Sayang mak dgn abah!









Saturday, October 15, 2011

Kamu kawan baik saya :)

Assalamualaikum.


Sebenarnya dah lama bersiap nak tidur plus dah siap lipat semua baju yang berlonggok atas katil tu. Tapi bila duduk semula depan laptop tersayang ni, jari jemari terasa nak menaip pulak.


So, entry kali ni sy buat khas untuk kawan baik sy.



Izzati + Farahin



Rindu kau Zati! Kenal dari kecik lagi. Kami berdua ni jiran so secara tak langsung Zati la kawan baik sy masa zaman sekolah rendah dulu. Selang 3 buah rumah je pun dari rumah dia. Then, kami berdua sama kelas dari darjah 1 sampai darjah 6. Start form 1 kami dah terpisah. Kami dapat dua tawaran sekolah yg sama tapi family Zati ni agak alim so diorg lagi prefer sekolah aliran agama. Sy pulak tercampak ke sekolah aliran sains.



Seingat sy kami berdua pernah sekali je bergaduh. haha tapi dah tak ingat pasal apa. Tak sampai berapa hari dah okay. Nama pun kawan baik plus jiran. Takde nya nak bergaduh lama-lama. Dulu masa kecik-kecik, dgn dia ni la main masak-masak sama-sama. Jatuh basikal sama-sama. Main galah panjang, galah pendek, tuju selipar segala bagai tu semua pun dgn dia.


Perkara yg sy betul-betul tak boleh lupa pasal Zati ni :


1. Parents Zati ni asal dari Terengganu. hehe so dulu-dulu kalau sy datang atau lalu depan rumah dia je, mak dia mesti tegur sy. 'Farahinggg, bla bla bla..' hehe comel je mak dia sebut nama sy. Slang Terengganu la kata kan. Tapi dah lama tak dengar mak dia panggil macam tu. Zati study kat USIM, sy UNITEN. Cuti tak sama. Kalau raya, family dia suka balik kampung. So agak susah nak jumpa atau duduk bersembang. Nama je kawan baik + jiran tapi dah berapa bulan/tahun tak jumpa dgn dia.


2. Sampai sekarang, bila teringat satu kisah ni mesti rasa bersalah dgn dia. Masa tu kami berdua darjah 5 atau 6 kot. Satu hari masa baru habis rehat kalau tak silap. Kami semua masuk kelas macam biasa. Tiba-tiba Zati perasan yang beg sekolah dia koyak. Banyak ok! Apa lagi, Zati ni menangis tak berhenti la. Nak dipendek kan cerita, beg Zati ni kena toreh/koyak guna pisau lipat. Kenapa sy yg rasa bersalah? kitorg sekelas dapat tau ada sorg kawan sekelas kami yg buat semua ni, lelaki. Dan budak lelaki tu sebenarnya dah aim beg sy. beg sy okay! tapi tak tau kenapa last-last dia buat kat beg Zati ni. Kesian kau Zati. SORRY sangat-sangat.




Farahin + Azza Adwa


Okay. Ni Azza. HAPPY BIRTHDAY dear! hehe baru-baru ni, 13 Oct adalah tarikh lahir si kecil molek ni. Kebetulan sy tengah takde kredit so hanya boleh hantar msg kat enset dia je. Nak call tapi sy lupa nak topup :( Back to the topic. Azza ni sopan santun + gedik org nya. Lah, dah sopan tapi gedik? haha dia ni sopan santun plus manja sebenarnya. Tapi sy lebih suka cakap dia gedik. Serious! memang kalah perempuan-perempuan kat luar sana. hehe kami berdua start kenal masa form 1. Satu sekolah, satu hostel. Dari A sampai Z memang sy cerita kat Azza. She knows everything about me!



Habis je form 5, Azza masuk UIA dan sy UNITEN. Tapi tak sampai berapa bulan kat UIA, Azza dapat nursing under SPA. So sekarang dia kat Johor okay. Sangat busy! Dalam 2 3 bulan ada la sekali kot kami contact each other. haha itu pun sebab sy ni selalu buat masalah. Sikit-sikit menangis so kat dia la sy mengadu. Tapi selagi sy boleh tahan, sy memang tak kacau dia. Azza betul-betul faham perangai sy yg macam budak-budak ni. Kalau sy text atau misscall dia je, mesti ada something wrong. Ye lah kan. Bila dah tak boleh cope sangat dgn problem sy, baru sy tegur dia yg busy macam isteri PM ni. So memang ada something wrong lah.


Perkara yg sy tak boleh lupa pasal awak :


1. Sy memang tak kan boleh lupa kisah sy kacau abang awak tu, Azza. hehe mesti senyum sorang-sorang bila teringat pasal abang Azza ni. SORRY abang Azza! Masa baru habis PMR dulu tu, memang musim kebosanan tahap cipan. Entah macam mana sy gatal sangat nak kacau abang Azza ni. Azza ni pun satu. Senang-senang je bagi nombor abang dia dekat sy. Apa lagi, sy buat-buat salah hantar msg then kacau abang dia. Seriously, bila fikir balik sy tak sangka sy ni nakal masa habis PMR tu. For your information, beberapa bulan lepas, sy baru buat account Twitter. haha yg kelakar nya dalam 2 3 minggu lepas buat tu, abang Azza follow sy! huhu behave Farahin. LOL sebenarnya sy buat saja-saja. Tak reti guna pun. Serious tak reti. Btw, thanks abang sebab follow sy. *eeuuww! abang kandung sendiri pun panggil nama je kot*



2. Sudoku + Mathematic. Azza ni pandai maths dan sy ni pulak sangat la teruk bila sampai bab-bab mengira ni. Sampai sekarang sy tak berapa okay kalau ada subjek mengira. *elok sangat la ambik bisnes tapi tak suka mengira* Bila tak faham pasal math je mesti tanya dia. Cute je, Azza ni suka bawak buku sudoku dia pergi mana-mana tau. Bila prep kat hostel, kalau dia bosan atau ada masa terluang je mesti dia buat sudoku  tu. Sy kenal dan reti nak main sudoku ni pun sebab dia la. Tapi takde sampai nak beli buku sudoku macam Azza. Main game sudoku dalam enset sudah. Jimat. huhu



Google


Nota Hin : Hargai lah kawan-kawan yg ada dengan kita masa susah dan senang :)
                Thanks for being my friend :D Sayang kamu lah! muah muahhh!
                Happy birthday Azza. Sorry sebab tak dapat nak call + tak prepare hadiah pun lagi.









Wednesday, October 12, 2011

Kamu, kamu tahu tak?

Selamat pagi.

PENDAM. PENDAM. PENDAM.


Kenapa? kenapa kamu yang deactivate tapi saya yang rasa bersalah? Rasa bersalah kalau-kalau kamu terasa dengan saya? Padahal saya yang paling susah untuk buat keputusan mungkin. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. YA atau TIDAK, dua-dua jawapan bagi kesan besar dekat saya.


Betul! kamu pun terkesan dengan jawapan tu. Tapi pernah tak kamu fikir apa kamu akan buat kalau kamu ada dekat tempat saya? Pernah tak? Thanks kalau kamu pernah letak diri kamu dekat tempat saya.


Kamu, kamu tahu tak? Kamu tahu tak yang saya rasa bersalah. TERLAMPAU.


Cukup lah kamu buat saya rasa bersalah sebab kamu dah lama tak tegur, jadi saya rasa kamu terasa sangat-sangat dengan saya. Saya rasa bersalah.


Cukup lah kamu buat saya rasa bersalah bila saya baru online tiba-tiba nampak kamu offline, mungkin kamu tak selesa bila saya pun online. Saya rasa bersalah.


Cukup lah kamu buat saya rasa bersalah bila saya nampak kamu offline tapi ada aktiviti dekat wall kamu, mungkin untuk ke sekian kali kamu tak selesa dengan kehadiran saya. Saya rasa bersalah.


Cukup lah kamu buat saya rasa bersalah bila kamu hide kan kawan-kawan dari menge-post dekat wall kamu, padahal kamu tahu kan saya tak pernah post apa-apa dan saya takkan post. Saya rasa bersalah.


Cukup lah kamu buat saya rasa bersalah sebab baca entry terbaru dekat blog kamu yang sedih tu, mungkin sedih bagi saya. Saya rasa bersalah.


Cukup lah kamu buat saya rasa bersalah bila dua-dua buat aktiviti yang sama. Bila seorang hide post, seorang lagi pun buat. Saya rasa bersalah.


Cukup lah kamu buat saya rasa bersalah bila dua-dua buat aktiviti yang sama. Bila seorang deactivate, seorang lagi pun deactivate. Saya rasa bersalah.


Cukup lah tu. Cukup lah dengan semua ni. Cukup lah kamu dan kamu buat saya macam ni, buat saya berada di tengah-tengah persimpangan. Baik dan buruk, kesan dan risiko semua balik kepada saya.


Kalau cakap YA, saya bersalah. Kalau cakap TIDAK, saya tetap bersalah. Akhirnya, semua yang jahat jatuh pada saya jugak. Jadi....kamu tak perlu risau


Tak perlu lah kamu deactivate, hide post mahupun offline. Sebab nya.. saya tak akan tegur kamu pun. Dan sebenarnya kamu tahu hakikat tu jadi kenapa perlu buat semua tu.



Cukup lah kamu buat saya rasa bersalah selama ni.



Sekali saya cakap kamu kawan saya, sampai akhir hayat pun kamu tetap kawan saya. Itu yang kamu perlu tahu! Mungkin semuanya takkan sama seperti dulu tapi saya harap paling kurang pun saya perlu tahu keadaan kamu dekat sana. Saya tak mintak kamu tegur, cukup lah saya tahu kamu ada.



Saya tak kuat. Bila saya berada di tengah-tengah persimpangan, saya cuma terfikir untuk ambil risiko yang boleh buat kamu tak terasa. SEBAIK MUNGKIN TAK NAK BAGI KAMU TERASA. Akhirnya takde apa pun yang membuatkan saya fikir, tindakan saya betul. Semua saya rasa salah! Semua perkara buat saya sedih! Semua saya PENDAM.


# penat menangis. semoga saya ceria esok, lusa, tulat, sampai hujung nyawa yang Allah dah pinjam kan ni.

Terhenti Di Sini.

ASFAN-terhenti di sini

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
Kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta.

Nota Hin : # Saya takde mood lah.

Saturday, October 8, 2011

Sekeping hati

CINTA~


Pernahkah korang berada dalam situasi yang mana cinta menjadi isu utamanya? Disaat dimana kau perlu menjawab soalan dimana kau hanya mempunyai 2 pilihan jawapan iaitu ya atau tidak. Disaat dimana tidak kira mana satu pilihan jawapan yang kau pilih, keduanya akan mengubah hidup kau dan sudah pasti akan meninggalkan satu kesan yang mendalam didalam hati yang mampu diingati sehingga ke hari tua. Ya, tak lain tak bukan, " Bolehkah awak jadi teman istimewa saya?".


Pelik bukan hidup ni? Kadang-kala ketika kita sedang terdesak mencari cinta, cinta tu hilang umpama kita telah ditakdirkan dilahirkan ke dunia tanpa mempunyai cinta hati kita. Sehingga membuatkan diri tertanya-tanya kemana perginya cinta didalam dunia ni.. Tetapi ketika hati sedang gembira dengan hidup yang sedia ada dan tidak lagi mengharapkan cinta di hati, saat itulah cinta merosakkan suasana. Kerana jawapan yang diberikan tetap memberi impak yang sama. Impak yang membuatkan kita jadi janggal. Walaupun dalam hati gembira kerana masih ada insan yang sanggup untuk berkongsikan cinta mereka, tetapi hati tetap mengeluh kerana beratnya ingin menjaga hati orang lain.

Sekiranya jawapannya tidak, sudah pasti keadaan akan jadi lebih janggal kerana sudah pasti si dia yang mengungkapkan pertanyaan tu adalah seseorang yang rapat dengan kita. Sudah pasti setiap kali berjumpa akan mengundang rasa malu, benci dan tidak kurang juga rasa bersalah. Kemudian akan membuatkan suasana sekeliling seolah-olah kekurangan udara hingga membuatkan dada sesak rasa seolah-olah ingin berlari dari situ.

Namun sekiranya jawapan yang diberi ya, keadaan akan berubah. Tapi adakah hati benar-benar cinta? Setahun ada 365 hari, setiap hari ada 24 jam, sejam ada 60 minit, seminit ada 60 saat. Mampukah setiap sel didalam tubuh memendam rasa setiap saat untuk 365 hari semata-mata menjaga hati si dia sedangkan hati sendiri menjerit-jerit dan meronta-ronta minta ingin dilepaskan? Atau bercinta hanya menanti saat untuk meminta perpisahan? Bukankah itu lebih kejam??? Termenung...
Dalam hal ini hati siapakah yang patut merasa pedih dan kecewa? Kuatkah hati kau untuk menolak cinta si dia? Lebih-lebih lagi sekiranya si dia adalah seseorang yang kita hormati dan seringkali menjadi teman berbicara...Kemudian bertanya kepada diri lagi..."Mengapakah berat sungguh dugaan Maha Kuasa ni? mengapa aku jadi pilihanNya? Kusut.....".


"Kau tak boleh ubah orang disekeliling kau. Tetapi kau boleh ubah diri kau. Apabila kau mengubah diri kau, nescaya orang lain akan turut berubah."-anonymous


Memendam rasa itu umpama barah yang makin disimpan makin memakan diri sendiri.


Taken from : http://www.akalemosi.com/2011/04/cinta-tak-diundang-terima-atau-tidak.html

Nota Hin : ~ Saya blogwalking dekat blog awak (J). Today's post dari awak, buat saya sedih. Sampai sekarang rasa bersalah. Tak tahu rasa bersalah untuk apa. Ya atau Tidak memberikan kesan yang besar untuk hidup kita kan? Macam tu la jugak susahnya saya nak buat keputusan. Saya harap semuanya akan pulih macam dulu. Kita tetap kawan sampai bila-bila.

Jumaat di Muadzam

Selamat pagi :) Post ni untuk siang tadi punya sebenarnya.




Pagi Jumaat yang sunyi. Kaki melangkah laju menuruni anak-anak tangga blok C untuk ke foodcourt Ilmiah. Tujuan utama adalah untuk membeli nasi bagi mengisi perut yang sudah berkeroncong. Sesudah sampai di depan foodcourt, kaki terhenti buat beberapa ketika. Otak ligat mencerna segala maklumat yang ada. Kedai yang mana satu saya nak pergi ni?



Dengan keputusan yang singkat kaki kembali melangkah laju ke kedai seorang pakcik yang teramat jarang saya kunjungi. Disebabkan anak lelaki pakcik tu yang menjaga kedai, saya dan roommate lebih gemar membeli dari kedai lain. Kalau boleh biar kedai tu jadi pilihan terakhir. Tekak terasa ingin mencuba masakan lain. Itu yang buat saya memberanikan diri pergi ke kedai yang terlalu asing. Kedai pakcik agak lengang. Cuma saya dan dua orang senior yang ada di depan kedai.


Disebabkan saya mengambil masa yang terlalu lama untuk memilih apa yang nak dibeli, dengan sekelip mata kedai sudah dipenuhi dengan penghuni Ilmiah yang lain. Ah, tak boleh jadi ni! saya melangkah masuk ke dalam kedai dan beratur untuk membayar nasi yang sudah dibungkus. Nak buat macam mana. Sendiri yang lambat. Si abang yang sedang sibuk membancuh air yang dipesan lalu menyuruh si kakak untuk menguruskan hal pembayaran.

Kakak : Nak kira yang mana satu ni?
Abang : Yang baju hitam tu dulu. *Sambil jari menunjuk ke arah barisan*

Dengan keadaan yang sesak, otak saya hanya hanya dapat menangkap perkataan 'hitam'. Okay, girl yang pertama dalam barisan pakai tudung hitam. Tapi si kakak tak berapa pasti apa yang di dengar lalu bertanya kembali.

Kakak : Nak kira yang mana satu ni?
Abang : Yang baju hitam. *Jari tepat menunjuk ke arah saya.*

Lah. Tak perasan pula yang saya pakai baju hitam. Paling BEST nya, semua mata memandang ke arah saya. Saya orang ke-3 dalam barisan jadi semua pelik kenapa kena kira saya punya dulu. Terima kasih lah dekat abang tu sebab perasan saya dah lama ada kat kedai tu. Dari takde orang sampai pack la saya cakap.

Okay stop sampai situ je. Sekarang masuk part 2. Part untuk petang.

Area pukul 3 petang, saya dan roommate keluar menuju ke Wisma Uniten untuk membayar topup elektrik yang dah tinggal dalam RM15. Selepas selesai urusan di Wisma kami menuju ke stesen Petronas untuk mengisi minyak kereta. Punya la lama menunggu. Entah ke mana pakcik depan kami tu pergi. Bila nak masuk kereta pun dia tak senyum. Dah la buat orang lama menunggu. Lepas tu pandang kami macam kami yang bersalah. Takde adab ke apa pakcik ni. Tau la dia orang tempatan. Tak yah la nak buat muka samseng sangat.


Destinasi seterusnya ialah Tunas Manja Muadzam. Ni lah life kami sebagai pelajar Uniten Muadzam. Kalau tak Abadi, kedai 2 ringgit. Tak pun Pantai Selamat atau Tunas Manja. Pusing dekat kedai yang sama je. Memang salute la sape-sape yang berjaya buka KFC atau McD kat Muadzam ni.



Nak tau budak perempuan macam kami ni shopping apa dekat Tunas Manja? jeng jeng jeng!






Ni yang agak luar biasa. Kami beli pencuci seat kereta. Disebabkan saya pernah kotorkan seat kereta roommate so lega sikit hati kalau dapat hilangkan segala kotoran yang ditinggalkan. huhu


Berbelah bahagi sebenarnya. Tak sure nak beli pencuci seat kereta atau sabun cuci kereta. Ikut plan nak cuci kereta lepas balik shopping. Tapi last-last yang ni yang kami beli. Sabun cuci kereta? haha kami mintak dekat kawan yang lain.



Disebabkan nak mintak sabun cuci kereta tu kat kawan, kena la bergerak pergi Desa Teratai pula. Kawan saya tu sewa rumah dekat luar. Nak jimat katanya.



Mengedik kejap dengan kasut kawan saya.


Haha susah untuk saya jumpa kawan perempuan yang sama saiz kasut dengan saya. Sebabnya? Saiz kasut saya besar! Tu yang sampai-sampai je terus try kasut dia ni.


Kami bersembang beberapa minit sebelum beransur pulang. Sepatutnya nak cuci kereta tapi langit dah semakin gelap. Jadi hajat tu ditangguhkan. Sampai je dekat Ilmiah, saya dan roommate ambil keputusan untuk terus makan kat foodcourt sebab malam dah malas nak turun.


Satu perkara saya nak bagitau sebelum saya stop menaip. Adik yang kerja dekat satu kedai kat foodcourt tu panggil saya kakak masa saya order makanan. Normal la sebab saya lagi tua. TAPI, dekat seorang senior tu boleh pula dia panggil senior tu adik. Kalau tengok gambar saya kat atas tu pun memang nampak tua dari umur kan. haha kesian betul


Bila keluar dengan kakak-kakak saya, ramai yang cakap saya kakak.
1. Sebab saya agak besar dari diorang. Diorang ni badan kecik dan kurus je so nampak macam budak-budak. Plus saya lagi tinggi dari kakak-kakak saya.
2. Sebab dress up saya. haha ramai yang cakap dress up saya macam orang tua. Plus taste saya pun macam orang tua. so what? badan saya. suka hati saya la nak dress up macam mana pun kan.


Last but not least. Inilah Jumaat saya di Muadzam!


Nota Hin : ~ Saya tak kisah apa orang nak cakap asalkan saya tau apa saya buat tak salah.
                 ~ I DON'T CARE
                 ~ Cukup lah saya dan dunia saya :)




Majlis Perwakilan Pelajar 11/12 Uniten

Selamat malam & selamat pagi :)

There's not much to say right now. Sebab terlalu banyak nak cerita lah, saya tak sanggup nak cerita. Haha kang sampai esok pun tak habis menaip. So just scroll down and enjoy all the pictures. *guna handphone murah je so gambar tak berapa clear okay*

Blok AA & AB dah macam tadika. Colourful!




Blok penginapan : Ilmiah




Blok penginapan : Foodcourt Bestari : Pidato umum : Malam


3 daripada 6 calon MPP. Result pun dah keluar & mereka bertiga ni antara calon yang dah menang. Tahniah!


Blok penginapan : Foodcourt Harmoni : Pidato umum : Malam


Blok penginapan : Foodcourt Ilmiah : Pidato umum : Malam


My housemate. Bukan rezeki dia nak menang. Sabar ye housemate! Kau dah buat yang terbaik.


Sebenarnya terlampau banyak gambar yang saya ambil tapi rasanya cukup lah ni je jadi tatapan semua. Lagi 2 calon ialah Indian student. Ni first time saya join konvoi MPP. Serius best! Cuma....penat! haha kalah orang yang bertanding. Balik apartment je terus solat then saya baring nak tidur. Padahal housemate yang penat bagi pidato umum.


Konvoi dekat 3 penginapan, saya memang join tapi untuk pidato umum saya dengar yang dekat Bestari dan Harmoni je. Dekat Ilmiah dah tak larat nak dengar. Kebetulan saya tinggal dekat Ilmiah so dengar dari bilik je. Huhu dengar la juga kan.

Nota Hin : Tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita :)