Thursday, November 10, 2011

Kekasih hati saya orang Sabah!

Assalamualaikum.


Dah lama rasanya tak update blog. Banyak benda nak cerita tapi malas malas malassss nak menaip. Firstly, nak ucap terima kasih dekat my ex-housemate, Sha [org Sabah^^] , sbb tolong buatkan header baru utk blog ni. Sebenarnya mmg nak tukar header lama tu tp asyik lupa. Thanks sangat-sangat Sha! tiba-tiba je tegur kat facebook, cakap nak tukarkan header. At last, sekali dengan background aku, kau tukar ye :P




Back to the point.




Kekasih hati saya orang Sabah. Perhatian! Tajuk ni utk mengedik semata-mata. Tak payah nak perasan sangat Farahin. Takde siapa nak kau okay.



Tajuk sebenar : Kakak sy dirisik. [betul ke ayat ni?]


Tak banyak benda nak cerita. Selepas pelbagai rintangan yg dilalui, alhamdulillah dah dapat kata sepakat dari kedua-dua belah keluarga. InsyaAllah tahun depan kak Fairooz [gambar yg bawah ni] akan melangsungkan perkahwinan. Doa-doa la semua berjalan dengan lancar. Aminnn



Currently umur kak Fairooz 24, sy 20 dan adik Farid 19. haha tapi rasa-rasa nya sy adalah org last yg akan berkahwin [kalau ada jodoh]. Sebabnya? sebabnya adik sy yg 19 tu dah ada buah hati. Dah 7 tahun kot diorang kenal. Start dari form 1 sampai la sekarang.




Farahin? haha selama 20 tahun sy hidup ni, sy tak pernah ada buah hati pengarang jantung okay. Bila masuk bab hati perasaan ni susah sikit. Mungkin belum masanya kot.



Bawah ni ada beberapa gambar yang sy snap. Guna handphone murah je so kualiti gambar tak memuaskan. Tak mampu nak ada DSLR segala bagai ^^




Cool-cool. Nak sarung cincin dah tu >.<




Hehe sy yang tengok ni pun dah berdebar-debar. Baru merisik, belum bertunang dgn kahwin lagi :D




Lap cawan tu bersih-bersih ye wahai adik dan abang ipar ku =)





Simple but nice ^^ kak Fairooz saja pilih kek yg simple macam ni sebab dia tak suka kek yg ada icing sugar banyak-banyak tu.




Sebenarnya ada lagi gambar yg nak diupload tapi bluetooth lappy ni buat hal. So gambar berbalas-balas dulang tu tak boleh nak tunjuk. Nanti bila bluetooth ni dah okay, sy akan edit semula this post.





Lepas semua tetamu pulang, tibalah masa utk kami sekeluarga pulak menjamu selera. hehe penat masak, kemas semua tu [macam lah kau yg masak Farahin =.=]. Masa makan ramai-ramai tu, macam-macam benda yg disembangkan. Pasal bertunang, cincin, tarikh bertunang dgn kahwin. Ahhh! banyak lagi lah.




Macam biasa, bila cakap pasal kahwin semua ni memang tak sah kalau sy tak kena usik. Disebabkan sy turn seterusnya dan family semua tau yg sy belum berpunya so lagi suka la diorang nak kacau.




Antara soalan-soalan dan ayat yg diajukan kepada sy:



@Hin bila lagi?
@Hin buat majlis sekali dengan kakak lah. Kita buat bulan 1, 2012. [giler awal!]
@Makin lama semua pilih calon yg makin dekat. Abang yg first dengan org Kedah. Lepas tu Gombak, Kelantan, Kuantan, Kuantan, Kuantan. Entah-entah nanti Hin kahwin dengan jiran kita je. [tolong lah! kalau boleh nak cari org yg jauh sikit]
@Hin kena cari org Sabah. Ni amanah. Abah nak sangat menantu org sana. Kakak dgn Hid dah ada. Tinggal hang sorang je nak tunaikan hajat abah. [Perghh! ingat senang ke nak cari calon org Sabah. Ingat boleh kutip tepi jalan ke apa? ] [Lagipun, kebetulan kawan adik yg asal dari Sabah tumpang tidur kat rumah, tu yg abah asyik sebut nak menantu org Sabah]



Nota Hin : ~Hopefully semua berjalan lancar utk majlis kak Fairooz =)
                ~Kalau la hajat abah tu senang utk ditunaikan, dah lama sy buat.
                  Tapi rasanya abah main-main je tu. kan abah kan???
                ~Thanks zati sebab tanya soalan tu kat aku semalam.
                   Kalau tak, aku tak tau FB dia ada lagi.
                ~Thanks sebab kamu muncul kembali =)
                ~Naz sangat comel bila pakai tudung. Teruskan!







Surat Cinta Untuk Farahin

Post a Comment