Friday, November 11, 2011

Lelah kaki ini melangkah

Assalamualaikum.


Beberapa minit yang lepas ialah hari Khamis, 10/11/11. Hari Khamis yg memenatkan. Disebabkan semalam tidur sekitar jam 4 pagi, badan sy menjadi letih. Di saat diri mencari posisi yg terbaik utk merehatkan badan, sy dikejutkan dgn suara org memberi salam.


Arghhh! ingatkan mimpi. Bunyi bising org menyelongkar sesuatu menyebabkan sy terjaga dari tidur. Tiba-tiba sesusuk tubuh wanita memasuki bilik sy sambil berkata 'Assalamualaikum, nak buat spotcheck kejap ye'



Spotcheck? lantas sy menggagahkan diri utk bangun dari tidur. Sambil duduk di atas katil dgn mata yg tertutup dan kaki yg dilunjurkan, tangan meraba-raba sekeliling katil utk mencari handphone. Jam di handphone menunjukkan pukul 6.30 pagi.



Sy sekadar memerhati gelagat wanita yg membuat spotcheck dari atas katil. Kawan di katil sebelah menyambung tidur dengan nyenyak nya. Pelbagai soalan terlintas difikiran.



Kenapa buat spotcheck pukul 6.30 pagi?
Sape gerangan yg buat spotcheck ni? bilik gelap sangat, tak sure lecturer atau student.
Dia nak cari apa sebenarnya ni? barang terlarang ke apa.



Selepas beberapa minit, keadaan kembali tenang. Mata dipejamkan rapat. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Sy terjaga disebabkan alarm handphone kawan di katil sebelah. Mengikut niat asal, cadang nak skip kelas hari ni sebab tak larat. [serious tak larat] Tapi digagahkan juga melangkah pergi ke kelas.




Sebelum melepasi gate penginapan, sekali lagi spotcheck dibuat kepada semua student yg nak keluar dari kawasan apartment. Rupa-rupanya ada kes kecurian berlaku malam semalam di blok sy. 4 laptop dan 6 handphone dicuri. Sy hanya boleh bersimpati kepada mangsa kecurian. Harap tabah la ye. Nak tolong ganti kan memang tak mampu la. [gila apa nak ganti 9 barang tu]





Basic harga laptop dlm RM 2000, so 4 laptop=RM8000. Handphone dlm RM500 [ni paling basic la sebabnya student uniten ni overall kaya-kaya. Sy terkecuali^^] so, 6=RM3000. Semua dalam RM11,000 plus minus. Kalau laptop yg kena curi tu jenama mahal punya or handphone tu blackberry so tak mustahil semua RM15,000. Hah! ambik nak. Dengar cerita, ada seorang mangsa kecurian baru je beli laptop tu. Kalau tak silap jenama Toshiba. Kesian betul. Berjaga-jaga la. Kunci semua pintu rumah dgn bilik okay. [peringatan utk diri sendiri jugak]



9 pagi-12 tengahari : kelas International business. Hari ni hari last madam mengajar sebab mulai minggu depan madam cuti bersalin. 12 tengahari-1 petang : kelas tutorial Macro. Sama! hari ni juga hari terakhir buat madam sebelum cuti bersalin. [Patut la rasa macam nak juga pergi kelas walaupun badan tak larat. Rupanya mungkin disebabkan hari ni agak special] Kepada madam kelas Macro, thanks sebab ingat nama sy, walaupun sy bukan student yg aktif dalam kelas. Terharu! =)





Lupa plak. Sebelum kelas Macro, ada seorang kawan call, tanya kalau-kalau sy nak join program PRS. Tapi kena jalani sesi interview dulu samada hari ni atau esok. Lepas berbincang dengan roommate, kami pun pergi interview tu. Interview kami mula pukul 3 petang. Semuanya selesai sekitar jam 4.45 petang. Disebabkan madam dah kenal kami semua, interview jadi sekejap je ^_^ Thanks jugak buat madam Psycho [yg meng-interview kami] sebab masih ingat nama sy walaupun mengajar sy 1 sem je.



Jam 5.30 petang, selesai membersihkan diri. Tiba-tiba seorang kawan bertanya mengenai kelas ganti melalui SMS. Eh, ada kelas ganti ke? disebabkan sy tak ingat, sy bertanya kpd kawan yg lain. Arghhhh! ada kelas ganti rupanya.




Sekitar 5.55 petang, sy dan roommate bergerak menuju ke kelas. Nasi yg dibeli roommate pagi tadi belum dijamah. Perut memulas-mulas meminta di isi. Kelas ganti hanya mengambil masa selama sejam, 6 petang-7petang. 7 petang, menuju ke foodcourt membeli makanan utk di makan pada waktu malam. [nafsu, nafsu. Padahal nasi pagi tadi belum makan lagi] Pada waktu malam, diadakan bacaan Yasin di blok B. Ni mungkin disebabkan kes kecurian tu. Semua penghuni penginapan Ilmiah jugak diberi minun air Yasin. [ada student yg incharge utk dtg tiap rumah bagi minun air Yasin].





Hari ini memenatkan. Asyik berjalan dan berjalan. Bergerak dan bergerak. Bercakap dan bercakap. Niat utk skip kelas tidak menjadi. Allah sebaik-baik perancang =) Banyak benda yg dipelajari disebabkan hadir ke kelas. Syukur walaupun badan tak berapa sihat.







Biar penat kaki melangkah, agar detik bermakna kini kau miliki.
Biar mata terpejam rapat, agar sekeping hati puas kini.
Biar longlai sekujur badan, agar kau hargai nikmat diberi.
Biar tak cukup waktu diberi, agar diri tak pernah menyesali.



Nota Hin : ~Maaf sebab ayat lintang pukang.
                ~Hehe sy dah hantar borang kursus kahwin yg dianjurkan oleh pihak U.
                  InsyaAllah 19, 20 akan hadir ke kursus kahwin tu =)
                ~Dah masuk 11.11.11. Tarikh yg cantik!

Thursday, November 10, 2011

Kekasih hati saya orang Sabah!

Assalamualaikum.


Dah lama rasanya tak update blog. Banyak benda nak cerita tapi malas malas malassss nak menaip. Firstly, nak ucap terima kasih dekat my ex-housemate, Sha [org Sabah^^] , sbb tolong buatkan header baru utk blog ni. Sebenarnya mmg nak tukar header lama tu tp asyik lupa. Thanks sangat-sangat Sha! tiba-tiba je tegur kat facebook, cakap nak tukarkan header. At last, sekali dengan background aku, kau tukar ye :P




Back to the point.




Kekasih hati saya orang Sabah. Perhatian! Tajuk ni utk mengedik semata-mata. Tak payah nak perasan sangat Farahin. Takde siapa nak kau okay.



Tajuk sebenar : Kakak sy dirisik. [betul ke ayat ni?]


Tak banyak benda nak cerita. Selepas pelbagai rintangan yg dilalui, alhamdulillah dah dapat kata sepakat dari kedua-dua belah keluarga. InsyaAllah tahun depan kak Fairooz [gambar yg bawah ni] akan melangsungkan perkahwinan. Doa-doa la semua berjalan dengan lancar. Aminnn



Currently umur kak Fairooz 24, sy 20 dan adik Farid 19. haha tapi rasa-rasa nya sy adalah org last yg akan berkahwin [kalau ada jodoh]. Sebabnya? sebabnya adik sy yg 19 tu dah ada buah hati. Dah 7 tahun kot diorang kenal. Start dari form 1 sampai la sekarang.




Farahin? haha selama 20 tahun sy hidup ni, sy tak pernah ada buah hati pengarang jantung okay. Bila masuk bab hati perasaan ni susah sikit. Mungkin belum masanya kot.



Bawah ni ada beberapa gambar yang sy snap. Guna handphone murah je so kualiti gambar tak memuaskan. Tak mampu nak ada DSLR segala bagai ^^




Cool-cool. Nak sarung cincin dah tu >.<




Hehe sy yang tengok ni pun dah berdebar-debar. Baru merisik, belum bertunang dgn kahwin lagi :D




Lap cawan tu bersih-bersih ye wahai adik dan abang ipar ku =)





Simple but nice ^^ kak Fairooz saja pilih kek yg simple macam ni sebab dia tak suka kek yg ada icing sugar banyak-banyak tu.




Sebenarnya ada lagi gambar yg nak diupload tapi bluetooth lappy ni buat hal. So gambar berbalas-balas dulang tu tak boleh nak tunjuk. Nanti bila bluetooth ni dah okay, sy akan edit semula this post.





Lepas semua tetamu pulang, tibalah masa utk kami sekeluarga pulak menjamu selera. hehe penat masak, kemas semua tu [macam lah kau yg masak Farahin =.=]. Masa makan ramai-ramai tu, macam-macam benda yg disembangkan. Pasal bertunang, cincin, tarikh bertunang dgn kahwin. Ahhh! banyak lagi lah.




Macam biasa, bila cakap pasal kahwin semua ni memang tak sah kalau sy tak kena usik. Disebabkan sy turn seterusnya dan family semua tau yg sy belum berpunya so lagi suka la diorang nak kacau.




Antara soalan-soalan dan ayat yg diajukan kepada sy:



@Hin bila lagi?
@Hin buat majlis sekali dengan kakak lah. Kita buat bulan 1, 2012. [giler awal!]
@Makin lama semua pilih calon yg makin dekat. Abang yg first dengan org Kedah. Lepas tu Gombak, Kelantan, Kuantan, Kuantan, Kuantan. Entah-entah nanti Hin kahwin dengan jiran kita je. [tolong lah! kalau boleh nak cari org yg jauh sikit]
@Hin kena cari org Sabah. Ni amanah. Abah nak sangat menantu org sana. Kakak dgn Hid dah ada. Tinggal hang sorang je nak tunaikan hajat abah. [Perghh! ingat senang ke nak cari calon org Sabah. Ingat boleh kutip tepi jalan ke apa? ] [Lagipun, kebetulan kawan adik yg asal dari Sabah tumpang tidur kat rumah, tu yg abah asyik sebut nak menantu org Sabah]



Nota Hin : ~Hopefully semua berjalan lancar utk majlis kak Fairooz =)
                ~Kalau la hajat abah tu senang utk ditunaikan, dah lama sy buat.
                  Tapi rasanya abah main-main je tu. kan abah kan???
                ~Thanks zati sebab tanya soalan tu kat aku semalam.
                   Kalau tak, aku tak tau FB dia ada lagi.
                ~Thanks sebab kamu muncul kembali =)
                ~Naz sangat comel bila pakai tudung. Teruskan!