Friday, January 4, 2013

InsyaAllah the last final exam ever

Assalamualaikum.
 
 

 
InsyaAllah 7 haribulan ni bermula lah the last final exam ever. Sem ni ambil 4 subject only: 1 untuk thesis & 3 paper untuk final. Awal-awal degree pergi bantai ambil sampai 6 or 7 subject. Last-last tinggal sikit. Hmmm. Out of topic kejap. Tarik nafas..lepas...tarik..lepas.. Fuhh! penat! Penat buat corrections untuk thesis. Penat nak menjawab soalan kawan.
 
2am: Tengah stress betulkan thesis, ada kawan tegur di fb. Lepas 1 soalan, tanya lagi 1 soalan. Makin lama makin banyak soalan. Soalan yg sy tak tahu nak jawab plak tu. Ayat macam paksa-paksa suruh bagi jawapan. Ya Allah Ya Rabbi. Sabar je lah. Dah la stress buat thesis, dia plak tanya pasal thesis. Boleh sakit jiwa tau tak? -.- Sedaya upaya jawab elok-elok. Tapi sy still manusia biasa. Sabar tu ada had nya. Oh kawan tu perasan jugak. At last kawan tanya, ''Kau okay tak? Aku annoying sangat ye. haha.'' Hmm bukan niat di hati taknak tolong tapi..sy sendiri pun tak tahu nak buat macam mana. Maaf kawan.
 
Back to the topic. Final. 7 jan, 10 jan, 16 jan 2013. Roommate habis paper 15 jan. Hmm barang nak bawak balik tersangat lah banyak. Dah 3 tahun kat Uniten. Barang-barang pun bertimbun. Kereta abah rosak plak time-time ni. Solution: angkut sikit-sikit guna kereta kakak yg comel. Yg comel tu kereta, bukan kakak :P *jahat gila *
 
Bila cakap pasal final sem ni, macam-macam benda dah jadi. Ulang-alik Muadzam-Segamat, Muadzam-KL hari-hari. Semata-mata untuk siapkan group assignment, interview company, hantar questionnaire, mintak cop bank. Pergi bank dekat Segamat, certain bank taknak layan. Pergi KL pun ada yg tak layan.
 
Cerita 1
 
Dekat KL sesat. Nak cari company Mitrajaya kat Puchong. On the way nak pergi, salah masuk jalan. Pusing-pusing dalam 1/2 jam baru jumpa jalan yg betul. Tak bawak cenderamata utk Mitrajaya. Before balik kitorg yg dapat cenderamata *malu* On the way nak balik, salah masuk jalan lagi. Sesat lagi. Buang tebiat masuk mall baru, Paradigm Mall. Parking kereta, jalan-jalan dalam mall. Nak balik tak jumpa kereta kat parking =.= Pusing parking macam org gila. Terserempak dgn guard.
 
Guard: Cari apa kak?
Kami be4: Cari kereta.
Guard: Parking kat mana? no plat kereta?
Kami be3: ..................
Owner kereta: Savvy warna merah. errr no plat tak ingat.
Guard: =.=
 
Semua sengal. Actually kawan bawak kereta baru kakak dia. Sebab tu tak ingat langsung no plat. Bagus gila bila semua turun dari kereta tapi tak tengok nombor tiang -.-
 
Cerita 2
 
Gerak dari Muadzam 4 orang area 7.30 or 8.30am. Tujuan: interview Malaysia Airports. Sepatutnya interview dalam pukul 10 or 10.30am. Kawan dah biasa turun KL so dia memang dah bajet sampai pukul berapa. Area Ulu Bendul jam. Lori banyak gila. Jalan rosak. Sampai Malaysia Airports pukul 11am. Interview kena tunda pukul 2.15pm. Takut terlepas interview so ambil keputusan pusing-pusing KLIA. First time sy pergi KLIA -.- Nak keluar dari KLIA --> after bayar parking then sesat nak cari tempat parking. Dalam kereta baru perasan salah bayar parking. Kawan bayar yg mahal punya. Solat zohor then pergi interview. Hmm ramai tak tau kat Muadzam ada Uniten. Apa-apa hal je mesti ingat kami ni Uniten Bangi. After interview bagi cenderamata. Okay kali ni dah tak malu.
 
Cerita 3
 
Pergi KL lagi. Accident dgn motor. Sport rim kereta kawan pecah. Time accident, motor tu betul-betul belah tempat duduk sy. Kalau dua-dua bawak laju mesti muka sy dah teruk kena kaca tingkap sebab sy bersandar kat pintu kereta sambil pandang luar. Alhamdulillah, aturan Allah . Semua okay sebab time langgar tak kuat sangat.
 
Cerita 4
 
Ikut roommate balik JB hari Jumaat. Kakak dia bertunang. Hari ahad pagi, roommate balik Uniten Muadzam and sy beli tiket pergi KL. *KL lagi* -.- Bawak haluan masing-masing. Macam blog punya title : a girl without a plan. Semua tak rancang. Ikut roommate balik last minute jugak lah. Pergi KL lagi super duper last minute. Memang buat-buat berani pergi KL sorang. Pergi KL nak mintak cop bank. Dipendekkan cerita: Sampai KL then jumpa kawan. Tumpang tidur rumah kawan kat Tanjung Malim *jauh kot dari KL* then pagi Isnin naik train pergi KL semula. Jumpa abg then abg bawak pergi bank. Agak pelik, 3 bank tu sangat bertimbang rasa utk jawab questionnaire & bagi cop. *Allah permudahkan^^* After ambil 3 cop, makan jap. Then beli tiket terus balik Uniten Muadzam.
 
Hectic gila nak mampus! fuhhh! Dalam 24 jam lebih sikit tu, Allah bagi kekuatan utk gerak dari Johor-->KL-->Tanjung Malim-->KL-->Muadzam. As for me, mak dan abah sgt open minded. Diorg tau anak-anak diorg pandai jaga diri. Ayat mak yg sy dengar dari sy kecik, ''Pergi lah mana-mana. Kalau sesat pun dalam Malaysia je''. Terima kasih mak abah, roommate and kawan yg teman pergi KL :D Terima kasih diri sendiri sebab buat-buat berani :P Alhamdulillah Allah bagi tenaga utk semua tu. Alhamdulillah :)
 
 
Nota Hin: After final 2 sem lepas (may)- Awak tinggal sy.
                 After final sem lepas (sept)- Awak mesej sy.
                 After final sem ni (jan)- ??? oh dah dekat birthday awak.