Tuesday, May 29, 2012

Final Year Student

Assalamualaikum.



Ahad, 27 Mei 2012 *happy birthday kak fairooz*

Dengan hati yang berat dan air mata yang ditahan *tunggu masa je nak mengalir*, kaki mengatur langkah pulang ke kampus tercinta ditemani kakak dan abah. Sedih! Mak ada hal so tak boleh nak hantar balik U. Hmm ramai kawan-kawan yang masih bercuti *sambung cuti sendiri*. Biasa lah, first week macam ni still minggu add and drop dan selalunya lecturer just bagi course outline in first class. Tapi still ada lecturer yang terus mengajar masa first class *U lain sy tak tahu*.

Tak expect pun akan tinggal sorang kat rumah. Housemates yang 3 org tu semua plan balik next week. Diorang ponteng kelas nampaknya. Kebetulan ada kawan yang senasib, dia pun kena tinggal sorang. Hehe..so dah 2 malam dia tumpang tidur sekali. Oh! btw, sy pulang ke kampus tercinta tanpa tau result sem lepas *takut nak check*. Dah sampai kat U, baru check.


Isnin, 28 Mei 2012.

Bermulalah sem baru sebagai FINAL YEAR STUDENT. Sedar tak sedar, dah 3 tahun belajar di Uniten Muadzam. Perasaan bercampur baur. Takut, sedih, gembira semua ada. Rasanya untuk HR student, HR Research + Applied HR adalah subjek yang paling menakutkan. SM pun susah -.- Kalau course lain ada yang kena buat event semua tu. So same goes to HR student. Nak kena present sorang-sorang depan lecturer. Kalau tak silap around 3-5 lecturers kot *memang ketar lutut la*. Sy harap sy boleh buat yang terbaik untuk final year ni.


Ya Allah permudahkanlah segala urusanku.


Nota Hin : Sy harap sy kuat :'( Doakan sy..





Friday, May 4, 2012

Bittaufiq wannajah fil imtihan =)

Jadual final exam. Tak faham? hehe tak perlu cuba utk memahami


Assalamualaikum.


Lama rasanya tak update blog. Mungkin terkejar-kejar nak siapkan assignment semua tu. Alhamdulillah assignment, presentation, quiz semua dah selesai *walaupun result macam hampeh -.- Ok fine... nak kena bertempur untuk FINAL exam pulak.


Sepatutnya 4 May start final tapi sy start lambat sikit. Paper sy start 9 May. Oh ramai jugak kawan yang jealous sebab sy start lambat tapi habis awal. Serious sy cakap, kamu semua lagi untung lah! Sy sangat menderita #..# Start 9 May, habis 13 May. Dah la takde gap...first day exam kena jawab 2 paper pulak tu. Memang menangis tak berlagu la.


Ok. Nama pun student so dah jadi tanggungjawab untuk belajar + jawab exam la kan. Hopefully sy dapat jawab dengan cemerlang. Yeah! good luck untuk kawan-kawan jugak ^_^ Tak sampai setahun pun lagi nak habis belajar. Sila buat yang terbaik Farahin!


Btw, buat sementara waktu ni sy deactivate fb. Ya! Dah berapa hari tak bukak laptop. Online lagi la tak. Tengok cerita dekat laptop roommate je. Sebab? Final exam? hmm tak jugak.. Banyak benda yang mengganggu fikiran sekarang ni..


Biarlah diri ini mencari ketenangan buat sementara waktu..
Andai masih ada jodoh antara kita..
Pasti kita akan bersatu jua..

*hahaha kalau roommate terbaca pecah perut kena gelak ni.
*ok fine. atas tu saje buang tebiat. jangan ambil kisah.

BITTAUFIQ WANNAJAH Farahin =)



Nota Hin : Awak tak ingat sy langsung? Ok fine lah -.-




Sunday, April 1, 2012

Program Penghijauan Sekolah Lestari SK Merchong Jaya, Pekan Pahang.

Assalamualaikum..

That girl is Shitah ^^


Alhamdulillah kerjasama antara PRS Uniten dan SK Merchong Jaya *dahulunya dikenali sebagai SK Bebar* dalam Program Penghijauan Sekolah Lestari telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Khamis, 29 Mac 2012 baru-baru ni. Hehe program yang best tapi memenatkan. Serious penat!


Just a simple tentative :

7pagi - 9pagi           : Berkumpul dan bertolak ke SK Merchong Jaya menaiki bas.
9pagi - 10pagi         : Sarapan, briefing, pembahagian tugas dan kumpulan.
10pagi - 1tghhari     : Menyiapkan tugasan mengikut kumpulan.
1tghhari - 2ptg         : Makan, majlis penutup.
2petang                  : Bertolak balik ke Uniten Muadzam.


Actually dalam bas lagi dah bagi kumpulan dan sy dapat group 1. Group 1 : Sally, Hin, Shitah, Opie, Sasa, Mima. FYI, kitorang yg dalam group 1 ni semua ahli PRS yg lama. Group lain campur dengan student yg bukan ahli PRS. Rasanya group 1 paling best sebab semua ahli yg lama & Sir Hafiz *penasihat PRS* pun join group kitorang. Tugasan group 1 : Barang kitar semula. Kalau tak silap ada 4 group dan setiap group lain tugasan. Tugasan group lain : cat sampan, bancuh simen utk buat apa tah *hehe tak ingat* dan cat batu bata. Dengar macam simple kn? tapi bila buat kerja tengah-tengah panas terik memang benda simple pun jadi susah.


Barang kitar semula? Ok utk tugasan group 1, kitorang kena buat something yg boleh digunakan dari barang kitar semula. Hasilnya kitorang buat Pokok Harapan =) Kitorang just perlukan botol-botol air mineral utk buat batang pokok, batu utk isi dalam botol, ranting-ranting kayu, benang/tali, kertas warna, solitip, gunting. Ok malas nak cerita banyak-banyak. Scroll down je la sampai habis k =)



Sasa, Opie, Mima, Shitah


Sasa, Opie, Mima, Shitah


Tudung rosak =(


Tudung rosak lagi =(


Love <3


Heeee =D


Eka Shah tengah tekun menulis harapan =)


Sally n Shitah



Adik-adik berebut nak tulis.







Adik-adik sedia ye, akak nak ambil gambar ni >.<



Sebelum : Baru tinggal kejap dah kena serbu



Selepas : Tak sampai berapa saat dah jadi macam ni. Harapan ku musnah =(



Ok rasanya sampai sini je. Cikgu-cikgu ensem dan cantik, tolong la jaga pokok kami tu elok-elok ye. Semoga ukhwah yg terbina ni takkan putus sampai bila-bila. Adik- adik SK Merchong Jaya sila belajar rajin-rajin!





Nota Hin : Sorry awak, kalau sy terlalu memaksa ='(






Wednesday, March 21, 2012

Pelangi petang.

Bismillahirrahmanirrahim.


Pelangi petang di Muadzam.

''......Kadang-kadang..
Allah sembunyikan matahari.. 
Allah turunkan hujan dan kilat... 
kita tertanya tanya..
ke mana perginya matahari.. 
rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi......''
 
Beberapa hari di Muadzam kini ditemani cuaca panas terik walaupun langit selalu mendung bagai mahu mencurahkan hujan. Tiap hari langkah masih diatur walau peluh membasahi diri. Jendela bilik dibuka seluas mungkin bagi membenarkan angin masuk. Sejam mungkin, langit semakin gelap. Angin kuat menempiaskan percik-percik hujan ke dalam bilik.

Dia yang pegun di hadapan laptop kini bangun untuk menutup jendela. Kaku! Subhanallah cantiknya ciptaan Allah. Tiada cacat cela nya. Hati kecil berbisik. Ke mana menghilang semangat diri? Langit yang gelap pun mampu menjadi cerah. Bahkan muncul pelangi indah. Kenapa makin hari makin berat nafas yg dihembus. Makin kosong rasanya jiwa ini. Bersangka baiklah dengan Allah wahai diri. Allah beri ujian tanda Allah sayang. Mungkin ada salah silap yang sendiri tak pasti.


Teringat nasihat dari sahabat baik. Apa pun kerja kita mesti mulakan dengan niat. Kalau baik niat kita di awalnya, insyaAllah hasilnya pun baik. Jaga niat dan usaha kita. Hasilnya serah pada Allah. Kalau di tengah-tengah kerja kita ada rasa down dan serabut mungkin ada yang tak kena dengan niat kita. Dan kena selalu ingat, Allah sentiasa letak kita dalam situasi atau keadaan yang paling baik. Tinggal kita untuk menilainya macam mana.


Ya! Cukuplah berkata-kata memujuk. Jangan teggelam dalam usaha menghidup. Gerakkan langkah. Baiki kelemahan. Ya Allah berikan aku kekuatan.. Dengan rahmatMu aku memohon. Tunjukkan aku jalan kebenaran. Pinjamkan aku sedikit dari kekuatanMu moga aku mampu harungi hari-hari ku dengan baik. Tunjukkan aku jalan terbaik. Bantulah aku untuk jadi hambaMu yang sentiasa bersyukur. Aminn..



Thursday, March 15, 2012

Sweet 21 : 13 March 1991 _ 13 March 2012 =')



Assalamualaikum =)


Syukur Alhamdulillah, saya masih diberikan kesempatan untuk hidup atas bumi Allah ni. Tak terhitung nikmatNya oleh diri saya yang serba kekurangan ni. Terima Kasih Allah untuk segala nikmat yang Kau berikan. Syukur sangat *oh nak menangis rasa =')


Buat mak abah dan keluarga tercinta =')

Terima kasih sebab melahirkan org dan susah payah mendidik, jaga, sayang org selama ni. Terima kasih semua sebab sanggup layan perangai org yang kadang kadang pelik ni. hehe. Terima kasih mak, kak timah, abg topet, kak balqies, kak ct, hid sebab wish birthday. Comel je! before pukul 12 mesej dengan mak tapi mak tak wish pun. Boleh plak mak lupa. Awal awal pagi baru wish ^^


Buat kawan-kawan tersayang =')

Terima kasih untuk semua ucapan dan doa di FB, Twitter, phone. Terima kasih Ain Chin sebab call & nyanyi lagu birthday *oh rindunya kat awak. Terima kasih roommate untuk video birthday tu *menangis aku tengok. Buat Azza & Ain Chuk : sedih sangat kamu berdua tak wish.


Buat kesayangan saya <3

Terima kasih awak sebab call saya for 2 hours 20 minutes *sorry sebab mahal. Terima kasih sebab at the end of my birthday pun awak call for 2 hours *walaupun skype tapi saya happy. hehe siap ada background music lagu Kiri. Terima kasih sebab 2 kali nyanyikan lagu birthday sambil main piano *ruginya tak boleh record. Terima kasih luangkan masa untuk saya. Terima kasih sebab tahan dengan perangai saya. Agak sedih bila awak lambat wish. 12.39am baru awak call. Sedih sebab awak tak buat video tu *busy nya awak. Thanks for the call n thanks sebab sayang saya.


Buat diri sendiri <3

Terima kasih sebab belanja diri sendiri *oh makan aiskrim 2 kali. Semoga diberikan kesihatan yang baik, hidup yang diberkatiNya, dipermudahkan segala urusan, berjaya dunia akhirat, dapat result yang cemerlang, dikurniakan jodoh yang soleh..dapat membimbing dan membahagiakan dunia akhirat..yang memahami dan terima baik buruk diri ini. Jangan sedih sedih ye. Untuk dapat yang soleh kena berusaha jadi solehah.


S E L A M A T H A R I L A H I R F A R A H I N.


Sunday, March 11, 2012

Indahnya jika cinta itu milik kita selamanya =)



Saya happy hari ni <3

Thanks sebab tegur saya. Thanks sebab call saya.
Ni kali ke 3 awak call saya. Ni yang paling lama awak call.
Berbeza kan? Berbeza masa first time n the third time. Kita lain sangat.
Thanks sebab accept my request. Walaupun dah tak surprise tapi saya happy.
Kelakar bila awak gelabah pasal tarikh tu. Takde niat nak kenakan awak.

Tapi dalam happy2 tu saya sedih ='(

Walaupun saya tau hakikat yang both of us can't meet for 3 years maybe.
Tapi bila kita cakap pasal tu saya sedih. Still tak boleh jumpa walaupun awak cuti.
3 years. Lama kan? sanggup ke tunggu lama macam tu. Macam macam boleh jadi ='(
Saya sedih sebab saya request benda tu kat awak. Macam paksa pun ada.
Betul betul taktahu yang awak memang ada niat nak buat surprise dekat saya.
Saya just takut awak lupa birthday saya. Takut awak tak buat apa apa.
Sebab saya mengharap sangat awak ingat birthday saya.
Sedih kan bila dapat tahu saya ada exam on my birthday.
Tak boleh nak spend time sama sama ='(

Saya nervous!

Takut nak jawab exam on my birthday.
Nervous sangat bila ingat apa yang saya request dekat awak.
Nervous bila fikir apa yang akan saya dengar n tengok for the request.
Apa yang awak akan cakap dekat saya? Apa yang awak akan buat? oh nervousss.

Saya kesian..='(

Saya kesian dekat awak.
Kesian awak sebab kena call saya. Lama pulak tu.
Kesian sebab awak tak tahu nak buat apa masa saya menangis.
Sorry sebab request macam macam except for birthday present.
As for me, apa yang saya request tu dah lebih dari cukup. Kan?
Saya tak suka terhutang budi dengan orang dengan mintak macam macam.
Sebab tu saya tak mintak hadiah. Ni pun dah menyusahkan awak.
Kesian awak. Time birthday awak saya tak buat apa apa pun.
Memang saya niat nak buat something untuk birthday awak.
Tapi keadaan masa tu tak mengizinkan.
Awak pun tahu kan sebab apa.

Terima kasih =')

Terima kasih sebab layan perangai saya yang tak matang ni.
Terima kasih sebab sanggup layan saya yang banyak cakap ni.
Terima kasih sebab nyanyi lagu birthday in advance. Kan best kalau boleh record =P
Terima kasih untuk segalanya.

sayang awak <3



Tuesday, February 28, 2012

Saya SUKA pergi library sebab .......

Assalamualaikum.

Dah lama tak jenguk blog ni. Sibuk dengan urusan dunia mungkin. Biasa lah, makin meningkat umur makin banyak perkara nak kena fikir. Belum cakap pasal hati perasaan lagi. Confirm-confirm sampai bila pun tak habis.

Hmm currently sy ada di library Uniten. Stress mencari journal yg tak muncul-muncul. Tiba-tiba rasa macam nak update blog. Perlu ke letak tajuk 'saya SUKA pergi library sebab ....' ? dan perlu ke ada sebab untuk pergi library? Dah nama pun student. Memang dah jadi lumrah dan kewajipan untuk menjejakkan kaki di library. TAPI.. itu bukan lumrah dan kewajipan untuk sy. haha sebab nya, sy memang tak suka pergi library. Suasana library senyap sangat. Baru sebelah kaki masuk pintu library dah rasa mengantuk. *over sangat lah kan*.

Saya SUKA pergi library sebab ... ? hmm rasanya kena tukar jadi 'saya PERLU/KENA pergi library sebab'

1. Sebab ada group assignment so senang sikit nak jumpa dengan group members yg lain.
2. Sebab ada buku yg sy kena pinjam as one of my task in assignment.
3. Sebab kena cari journal =.=' *ni lah yg sy tengah buat sekarang*
4. Sebab nak print/photostate assignment yg belambak. Photostate kat library murah sikit.
5. Sebab nak habiskan waktu yg ada. haha ni bukan alasan sy. Sometime bila ada gap antara kelas pagi dan petang, student akan jejak kan kaki ke library. At least ada tempat nak lepak-lepak.
6. Sebab nak jumpa gf/bf. Okay ni pun bukan alasan sy. Ramai couple yg suka dating dalam library dengan alasan nak bincang pasal tutorial, assignment dan macam-macam lagi. *Buat sakit mata je tengok korang dating* hehe jeles!




Alasan yg sy tengah guna sekarang ialah alasan no 3. YA! sy pergi librari sebab nak cari journal. Kenapa tak cari  kat rumah je? hmm bagi sy macam senang sikit nak concentrate cari journal kat library berbanding kat rumah. Kalau kat rumah banyak sangat halangan dan rintangan. Kang tak pasal-pasal stuck kat FACEBOOK, TWITTER, SKYPE n bla bla bla..


Agak stress sekarang ni. Untuk subjek ODC, draft assignment sy dah diterima. Alhamdulillah. Punya lah susah nak cari 5 journal tu. 5 journal? haha mungkin ada kat luar sana yg akan cakap 'setakat 5 journal pun susah nak cari ke?' Bagi sy memang susah okay! Draft journal ODC dah boleh letak tepi. Tak payah nak fikir.


Tapi sekarang ni rasa macam nak pecah kepala mencari journal untuk subjek BE. Kali ni 10 journal pulak. Tajuk yg sy dapat = The impact/influence of employee avoidant thinking style on job performance. Oh sedih nya ='( sy dah download around 60+ journal but macam takde je tajuk yg berkait dengan tajuk yg sy dapat tu. Tak tahu lah apa akan jadi esok.


Okay lah. Rasanya ni je yg sy nak story kan. Got to go. Nak balik rumah dan sambung STRESS kan diri mencari journal plus siapkan report untuk submit esok pagi. Lagipun langit macam gelap semacam je. Takut stuck kat library pulak.


Nota Hin: Sy harap kerja sy dan kawan-kawan sy dipermudahkan. Aminnn.
                Sy sayang awak! jangan lah merajuk lama-lama ='(