Tuesday, October 2, 2012

Final sem : Super senior!

Assalamualaikum.


Roundabout Uniten Muadzam 



Alhamdulillah semalam berakhir sudah cuti sem selama 2 minggu. This week dah start sem baru. Ya! Sem terakhir before intern. Terasa senior sangat. Hehe bukan selalu dapat rasa jadi senior. Terasa senior : Terasa sangatlah tua ^_^ This sem insyaAllah ambil 4 subjek je. Compensation, Osha, IR n Applied. Awal-awal degree dulu asyik ambil banyak subjek tu yg last-last tinggal 4. Result? *benda yg lepas usah dikenang. huuu *


Sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak habis degree. Dah 3 tahun lebih belajar kat Muadzam tercinta ni. Start dari foundation 2009 sampai lah habis degree 2013 nanti. Ikutkan angan-angan Mat Jenin time kecik memang la teringin nak study overseas, tak pun U local macam UKM, UM or UTP. Hah! malas sangat belajar, kan dah dapat kat Muadzam je *tak keluar Pahang pun. haish * 

Bila dah nak dekat habis belajar ni, teringat semula kenangan time foundi dulu tu. Masuk Uniten Muadzam ni pun boleh dikategorikan dalam keadaan 'paksa rela'. Although Gambang-Muadzam dalam 2 jam je, tapi rasa sedih sangat nak belajar jauh dari rumah *-.- jauh ke? * Time orientasi memang tak suka gila lah dengan senior-senior yg jadi fasi. Setakat kena marah dgn tengking tu benda biasa lah kot. Tapi dapat plak denda-denda yg mengarut & memalukan. Jangan harap la junior nak suka.


Cakap pasal junior, semalam bila pergi mana-mana pun mesti terserempak dgn junior. Merata-rata ada junior. Senang sangat nak beza kan junior n senior. Cara dress up pun dah lain. Pakai kasut tutup warna hitam siap dgn stokin lagi *nampak sangat baru lepas minggu orientasi.*/ baju biasa-biasa je *tak pandai melawa lagi*/ tali id formal *hee guna tali id uniten*/ balik weekend bawak beg sebesar-besar nya / pergi mana-mana mesti pakai id *gi kelas malam, bandar, pasar, makan kat highway* kalau boleh 24 jam nak pakai id / pergi kelas malam pakai formal *kemeja, baju kurung*. hehe banyak ragam kot.


Sesekali tengok junior ni tersenyum jugak sendiri. Dalam hati, 'Good luck lah adik-adik semua study 3-4 tahun kat Uniten Muadzam ni. Semoga boleh bertahan!' Kalau terlampau 'bandar' sangat maybe lambat kot boleh sesuaikan diri dgn Muadzam ni. Silap hari bulan tak sampai 1 sem dah keluar. Hmm ramai org cakap life as a student tu lah yg paling best. Time jadi student la nak dapat ramai kawan, nak join segala aktiviti kat U, nak kenal dunia luar & dalam masa yg sama mula kenal diri sendiri. Tak kisah lah belajar kat mana pun, asalkan pandai bawak diri pun dah kira okay.


Doa / kata-kata semangat untuk diri sendiri :
-Good luck untuk sem terakhir ni Farahin. Chaiyok!
-Hargai setiap detik dalam sem ni.
-Jangan tangguh kerja! heee
-Senyum Farahin!



Nota Hin : Sy harap awak sihat kat sana. Belajar elok-elok. Jangan stress-stress buat plan. Good luck!





Surat Cinta Untuk Farahin

Post a Comment