Monday, December 3, 2012

Kosong

Assalamualaikum.
 
Read this post with background music : Firman -Kehilangan. hmm macam sesuai. Lagu untuk awak. Bukan untuk sy.
 

 
 

29nov. Terkejut. Sedih. Pelik. Kenapa tegur? Ada masalah? Tak sihat? Bosan? *sigh* Mungkin dia bosan. Ada certain thing yg sy tak boleh nak cakap straight forward bila chat. So untuk dia:
 
Plus minus dah 6 bulan since bulan mei haritu. Awak tanya sy pasal blog. Serious sy tak tau nak update apa kat blog. Firstly, sy nak awak senyum :) sebab.... sebab sy memang tak stalk awak dah. Dah lama. Fb, twitter or even blog awak. Bagus kan sy? So haritu bila awak tanya pasal blog, on the spot sy bukak awak punya blog. Baru sy tau awak dah private kan. Tapi post awak yg keluar kat home fb memang sy tak boleh nak buat apa. Yup. Sy tak tau apa apa pasal awak dah.
 
'xde penganti ke?' Sy tak sangka awak sanggup tanya sy soalan tu. Mungkin awak expect sy nak tanya something kan? Dalam 6 bulan ni sy cuma nak tau 2 benda. Kalau awak belum delete mesej sy 6 bulan lepas, so awak akan tau soalan apa sy nak tanya awak. On that day, sy boleh cakap yg awak jawab 1 soalan je. Soalan ke 2 awak mengelak. Kalau nak tinggalkan sy, tu hak awak. BUT don't make me look pitiful by asking that question. Susah sangat ke nak jawab? Tinggalkan sy elok elok tak boleh ke? Dengan kredit sy yg cukup untuk send 1 mesej kat awak, sampai kena 'i beg you please' baru awak nak jawab? Jawapan awak pun memang tak kena. Awak tak rasa awak kejam sangat ke dekat sy?
 
*sigh* Sy cuma nak tau jawapan tu je. Enough. Dulu boleh call. Nak tinggal tak boleh call and cakap baik baik dengan sy? Sy tak benci awak. Sy cuma terkilan sebab cara awak tu and awak tak explain langsung dekat sy. Nak mintak awak faham sy, mungkin tak. At least cuba letak diri awak dekat tempat sy sekejap. Apa awak rasa kalau sy yg buat awak macam tu. hmm kalau awak perasan, ada satu benda sy tak cakap dekat awak dalam 6 bulan ni. Sy tak pernah mintak maaf pun kat awak and one thing i've never told you. Ayah sy tau pasal awak.
 
Fuhhh. Refresh semula mood. Sila faham. Sy cuma nak awak tau. Tu je. Sy still sama macam dulu. Awak boleh share problem dengan sy kalau awak nak. hmm and kalau awak berani nak tegur lepas ni. Cuaca kat sana tak menentu, so jaga diri. Minum air banyak banyak. Jaga kucing awak tu *yg ni keluar dekat home fb sy okay*. Nasihat sy as a friend: kalau ada org mesej awak, reply laa. tak baik buat org macam tu.
 
 
Nota Hin: Doakan sy bahagia :) Sy harap awak faham kalau sy tak wish birthday awak bulan 1 nanti.
 
 
 
 

Thursday, October 18, 2012

Engagement Nik & Raffy

Assalamualaikum.


16.9.2012 (Ahad). Dah sebulan since ex-roommate/ex-classmate bertunang. Hari ni baru berkesempatan nak post something about the engagement.


Buat Nik Fairuz Puteri,

Tahniah for the engagement! Sy betul-betul terkejut. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam kita masuk SMART, jadi classmate n roommate. Awak tau..sy menangis bila dapat berita awak nak bertunang. Rindu awak. Rindu kenangan time sekolah dulu tu. Tak sangka kawan katil sebelah sy kat hostel dah bertunang. Bertunang di umur 21 tahun. Next year awak dah nak kahwin :') Sy tumpang gembira untuk awak. Semoga dipermudahkan segala urusan awak. Aminn..


Hmm..banyak benda sy nak cerita sebenarnya. Tapi makin banyak sy bercerita, makin banyak sy mengarut nanti. So, lets the picture talk.



Sy paling suka gambar ni! Classmates 5sj. El, Me, Nik, Azza, Zati.



Me, Zati, Nik, El. Kebetulan pakai sama tema dgn org yg nak bertunang. PINK!



Kawan-kawan yg lain. Sanggup turun Kuantan from KL walaupun ada kelas.



^_^



Najmah, Ety, Dila, Nik, Azza, El, Zati, Me.



Banyak sangat camera kat depan. Tak tau nak pandang mana :O


Act, banyak lagi gambar tapi semua kat camera kawan-kawan. Ikutkan hati  memang nak cerita A-Z tapi in short, sy n Azza datang paling awal dan kami balik paling lambat. Siap print google map lagi sebab tak tau rumah kat mana. Padahal Kuantan je pun. Btw, happy sangat sebab dapat jumpa kawan-kawan lama. Hopefully boleh jumpa lagi lain kali :)


Nota Hin : 13sep. Awak msg sbb nak tau sy delete no. awk ke?
                 Sy memang tak delete apa-apa pun pasal awak. hmm..






Tuesday, October 2, 2012

Final sem : Super senior!

Assalamualaikum.


Roundabout Uniten Muadzam 



Alhamdulillah semalam berakhir sudah cuti sem selama 2 minggu. This week dah start sem baru. Ya! Sem terakhir before intern. Terasa senior sangat. Hehe bukan selalu dapat rasa jadi senior. Terasa senior : Terasa sangatlah tua ^_^ This sem insyaAllah ambil 4 subjek je. Compensation, Osha, IR n Applied. Awal-awal degree dulu asyik ambil banyak subjek tu yg last-last tinggal 4. Result? *benda yg lepas usah dikenang. huuu *


Sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak habis degree. Dah 3 tahun lebih belajar kat Muadzam tercinta ni. Start dari foundation 2009 sampai lah habis degree 2013 nanti. Ikutkan angan-angan Mat Jenin time kecik memang la teringin nak study overseas, tak pun U local macam UKM, UM or UTP. Hah! malas sangat belajar, kan dah dapat kat Muadzam je *tak keluar Pahang pun. haish * 

Bila dah nak dekat habis belajar ni, teringat semula kenangan time foundi dulu tu. Masuk Uniten Muadzam ni pun boleh dikategorikan dalam keadaan 'paksa rela'. Although Gambang-Muadzam dalam 2 jam je, tapi rasa sedih sangat nak belajar jauh dari rumah *-.- jauh ke? * Time orientasi memang tak suka gila lah dengan senior-senior yg jadi fasi. Setakat kena marah dgn tengking tu benda biasa lah kot. Tapi dapat plak denda-denda yg mengarut & memalukan. Jangan harap la junior nak suka.


Cakap pasal junior, semalam bila pergi mana-mana pun mesti terserempak dgn junior. Merata-rata ada junior. Senang sangat nak beza kan junior n senior. Cara dress up pun dah lain. Pakai kasut tutup warna hitam siap dgn stokin lagi *nampak sangat baru lepas minggu orientasi.*/ baju biasa-biasa je *tak pandai melawa lagi*/ tali id formal *hee guna tali id uniten*/ balik weekend bawak beg sebesar-besar nya / pergi mana-mana mesti pakai id *gi kelas malam, bandar, pasar, makan kat highway* kalau boleh 24 jam nak pakai id / pergi kelas malam pakai formal *kemeja, baju kurung*. hehe banyak ragam kot.


Sesekali tengok junior ni tersenyum jugak sendiri. Dalam hati, 'Good luck lah adik-adik semua study 3-4 tahun kat Uniten Muadzam ni. Semoga boleh bertahan!' Kalau terlampau 'bandar' sangat maybe lambat kot boleh sesuaikan diri dgn Muadzam ni. Silap hari bulan tak sampai 1 sem dah keluar. Hmm ramai org cakap life as a student tu lah yg paling best. Time jadi student la nak dapat ramai kawan, nak join segala aktiviti kat U, nak kenal dunia luar & dalam masa yg sama mula kenal diri sendiri. Tak kisah lah belajar kat mana pun, asalkan pandai bawak diri pun dah kira okay.


Doa / kata-kata semangat untuk diri sendiri :
-Good luck untuk sem terakhir ni Farahin. Chaiyok!
-Hargai setiap detik dalam sem ni.
-Jangan tangguh kerja! heee
-Senyum Farahin!



Nota Hin : Sy harap awak sihat kat sana. Belajar elok-elok. Jangan stress-stress buat plan. Good luck!





Thursday, August 9, 2012

Ramadhan Terakhir

Salam Ramadhan ke 20 buat semua :')


Ramadhan 19 : 8.30 malam

Dalam kesamaran cahaya malam dan lampu jalan...

Farah: Kereta madam takde lagi. Fuhh.. nasib baik. Sempat masuk kelas before madam. *senyum*

Atiqah: Takde lagi? ohh bagus bagus. Jom lintas jalan!

Di hadapan kawasan kelas..tiba-tiba Farah memperlahankan langkah sambil memandang langit..

Farah: ..*senyum*.. kau tau tak... Ramadhan ni... Ramadhan terakhir aku..

Sebaris ayat itu membuatkan Atiqah mematikan langkah, lalu memandang Farah dengan penuh tanda tanya.

Atiqah: ..*sepi tanpa bicara*..

Farah: Ramadhan ni.. Ramadhan terakhir aku kat sini. InsyaAllah sem depan, sem terakhir.

Atiqah: Ah kau ni! belum tentu sem depan, sem last. Mana tau nanti kau jadi lecturer kat sini plak. Sambung semula Ramadhan kat sini. So tak pasti lagi Ramadhan ni yang terakhir. *senyuman hambar diberikan utk menutup perasaan terkejut*

Farah: ..*hanya mampu tersenyum*..






Hmm... bagaimana dengan kamu?

Pernah terlintas kat fikiran tak yang Ramadhan tahun ni adalah Ramadhan terakhir?

Jawapan sy, sy memang selalu terfikir tentang Ramadhan terakhir. Apa perlu sy buat? Kalau nak diikutkan memang amalan sekarang pun belum tentu cukup dan belum tentu diterima. Cuma mampu buat yang terbaik dan doa untuk yang terbaik. Kalau nak cakap pasal wishlist pun terlalu banyak yang belum tertunai. Mahu tak cukup kertas untuk tulis segala impian dan harapan yang belum tercapai. Impian di dunia dan impian di akhirat.

Oh ya! dah setahun since post pertama sy pada Ramadhan tahun lepas. Macam-macam perkara dah berlaku. Sedih mahupun gembira. Banyak sangat! Tersungkur disebabkan beberapa perkara yang tak patut dan kembali berdiri setelah berjaya mencari kekuatan dengan pertolongan orang sekeliling. Alhamdulillah Allah sentiasa ada. Jatuh bangun tu boleh mematangkan seseorang kan? *oh senyum lagi*

Bulan Ramadhan pun boleh mematangkan seseorang. Bagaimana? Bagaimana kita letak 'Ramadhan' tu dalam hidup kita, macam tu la yang akan terzahir dengan perlakuan setiap hari. Ada yang sedaya upaya kejar solat terawih tapi solat 5 waktu dilambat-lambatkan. Ada yang sedaya upaya nak khatam al-Quran tapi sepatah ayat pun tak cuba untuk fahamkan. Ada yang berniaga di bazaar tapi harga makanan yang diletak tak setimpal dengan apa yang diberi. Banyak perkara yang tak selari kan? Kalau diperhatikan dengan mata hati, insyaAllah banyak tauladan yang boleh diambil *semua ni nasihat untuk diri sendiri juga*

Tapi apa pun yang kita buat sebenarnya berkait dengan niat. Ingat! Niat tak menghalalkan cara. Niat nak bersedekah tapi akhirnya sedekah kan harta orang lain yang dicuri. Salah kan? Sepatutnya niat dan cara perlu selari. Niat untuk buat perkara baik dan laksanakan perkara baik tu dengan betul. InsyaAllah tenang dan mudah segalanya. Kalau ada kesulitan mungkin ada yang salah pada niat dan mungkin juga Allah nak uji kita. Bak kata orang... nak buat benda baik memang susah, nak buat benda jahat senang sangat.

Tau kenapa susah nak buat perkara baik? Kalau buat perkara baik semestinya ganjaran yang diterima dariNYA berlipat kali ganda. Kalau tak dapat kat dunia, insyaAllah akhirat masih ada. Sebab tu susah nak buat perkara baik. Tapi Allah tu Maha Pemurah kan =) Kalau kita ikhlas niat nak buat benda baik pun dah dapat pahala. Belum buat lagi tu! Dah buat benda baik, lagi banyak la yang Allah bagi.

InsyaAllah sama-sama lah kita buat perkara yang baik di bulan yang mulia ni. Biar sikit-sikit, asalkan selalu. Perkara baik yang dibuat secara istiqamah lebih baik kan? =)


Nota Hin: Awak dah nak balik? Semoga Allah permudahkan perjalanan awak. Aminn




Saturday, July 14, 2012

Jepun : Quiz 1 table Hiragana

Assalamualaikum.




Bahasa Jepun. Tulisan bahasa Jepun terbahagi kepada 3 jenis : Hiragana, Katakana, Kanji. Sekarang sy baru habis belajar Hiragana. Hehe nak tau lebih lanjut,sila google ye. I'm not the expert and the right person utk terangkan detail pasal bahasa Jepun ni.


Okay, kalau nak diikutkan rasanya tak pernah terfikir nak belajar bahasa Jepun. Bila masuk Uniten, dalam buku program ada tulis yang bahasa Jepun ditawarkan under elective subject. Termasuk bahasa Mandarin dan bahasa Arab. Sekali lagi, bila dah baca buku program tu still tak rasa nak ambil bahasa Jepun. Mungkin sebab masa sekolah rendah dah belajar bahasa Arab. Then, tingkatan 1 sampai tingkatan 3 pun masuk kelas Arab. Tingkatan 4 sambung lagi Arab Tinggi. Hehe tapi 2 @ 3 bulan before SPM, sy drop semula Arab Tinggi *serious susah gila! atleast for me lah*  Tu yg terfikir nak ambil bahasa Arab je as elective subject.


Tapi niat di hati tak kesampaian. Bila nak buat study plan, elective subject yg ditawarkan di Uniten Muadzam ni just ada Japanese Language I dan II. Bagi IB student diorang kena ambil sampai Japanese Language II. Sy HR student so ambil Japanese Language I je. Masa awal sem baru ni betul-betul down. Ada certain problem yg tak dapat dielakkan. Time tu, dalam hati ni asyik cakap ''kalau diberi pilihan utk buang 1 subjek memang nak buang bahasa Jepun''. Tapi tu area bulan 5 hari tu la. Sekarang sedaya upaya mengikhlaskan diri utk ambil bahasa Jepun. Kadang-kadang nak dapatkan keikhlasan tu kena mula dari paksaan. InsyaAllah betulkan semula niat belajar tu ^_^


Quiz 1 table Hiragana

Oh, hampir terlupa tajuk post ni. Quiz Jepun! As usual sy ada kelas bahasa Jepun, Khamis pukul 4 petang. Tapi this week ada Quiz 1. Lepas tu terus proceed dengan pembelajaran. Untunglah dapat sensei yg tersangat busy. Setiap kali kelas, pukul 4.30 baru dia masuk. So kitorang satu kelas still ada 30 minit terakhir utk hafal table Hiragana. Bagi yg dah expert bahasa Jepun mesti cakap, ''laa table Hiragana je. Pejam mata pun boleh jawab''. Huhu tapi sy sebagai new learner ni akan cakap, ''ya Allah, punya la susah!''.


Table Hiragana


Tepat pukul 4.30 petang, sensei pun masuk kelas. Huish! rasa nervous gila. Then sensei arahkan utk duduk selang 1 meja for the quiz. Tak ingat plak berapa minit sensei suruh siapkan. Setengah dari table Hiragana yg bertulisan Jepun tu sensei biarkan kosong. So kena penuhkan je. Normal la kalau nervous nak jawab exam kan? haha tapi super duper nervous bila ada kawan yg siapkan exam dalam masa yg sangat singkat. You know what, org first yg siap dan hantar adalah kawan kat sebelah sy. Hah! gila tak tercabar. Rasanya tak sampai 5 minit dia dah siap. Memang sy gelabah habis la.


First, sy sangat stress bila kawan sebelah hantar awal gila. Second, sy stress sebab dalam banyak-banyak huruf Hiragana yg dikosongkan tu, sy lupa 1 huruf je. Tersangat la lupa. Sepatutnya sy pun boleh siap super duper awal tapi disebabkan 1 huruf tu, sy hantar lambat sikit. Err takde lah lambat sangat. Dalam 10-15 minit je dah siap. Tapi still tak tahu lagi sensei dapat terima ke tak tulisan sy tu. Nak tahu huruf bertuah mana yg sy lupa tu? haha sy lupa huruf 'mu'!


Bertungkus lumus untuk menolong ^-^

Kawan sebelah yg hantar awal tu sangat berjasa. Dia perasan yg sy stress utk ingat 1 huruf tu. Stress sangat sampai senyum sorang-sorang pandang petak kosong. Tak sangka pulak dia boleh nampak mana satu yg sy tak jawab. 1st, dia cuba panggil nama sy dengan suara yg perlahan. Sy perasan tapi takut sensei nampak so buat tak tahu je kat dia. 2nd, tiba-tiba je dia hulurkan pemadam dia. Sy dah buat muka pelik. Sy nampak ada tulisan Jepun yg dia tulis atas pemadam tu tapi tak clear. Sy degil tak nak dia tolong jadi pemadam tu hanya dipandang sepi. Haha. Bila sensei berjalan dekat area kitorang, dia cepat-cepat ambil pemadam dia semula. Takut kalau-kalau sensei perasan pulak.


2 kali dia cuba nak tolong tapi sy tak layan. Kesian dia si gadis yang comel tu. Eh! dia belum give up tau utk tolong sy yg stress ni..haha. Plan A tak jadi, plan B pun tak jadi. So, dia buat plan C. Dia cuba lagi panggil sy. Arghh kali ni sy yang dah give up. Apsal la dia ni bersungguh-sungguh nak tolong. So sy pandang la dia. Tapi pandang sipi sipi je. Time pandang dia tu, dia senyum sambil tunjuk meja dia. Tulisan 'mu' yg ditulis agak kabur dipandangan tapi still boleh nampak sebab besar. haha last-last end up terima pertolongan kawan sebelah. Heee satu huruf je okay. Lepas tulis terus hantar kat sensei. Tapi bila teringat semula macam kelakar. Kawan kat depan punya la tiru kawan sebelah dia. Tapi ada 'budak' tu punya la susah utk terima pertolongan kawan sebelah. ehem ehem =P sy terima pertolongan awak sebab awak kawan sy tau. haha




Nota Hin : ~ Nak pergi trip Sushi King tapi tak jadi.
                 ~ Nak pergi program Sg Buloh tapi tak jadi.
                 ~ Nak pergi Taman Keramat tapi tak jadi.
                 ~ Akhirnya duduk dalam bilik sorang2. Kat Muadzam pulak tu. huuu
                 ~ Dah 14 July? hmm dah dua bulan kan


Friday, July 13, 2012

Jepun : Bahasa Jepun VS Bahasa Melayu

Assalamualaikum.




''Awak, sy nak dengar awak cakap bahasa Jepun boleh?''

''Ish, takyah la. Buat apa nak dengar sy cakap bahasa Jepun?''

''Saje suka-suka''

''Tak payah la ye..''

''Kenapa tak nak??''

''Alaa..buat apa nak cakap bahasa Jepun? kita kan org Malaysia jadi cakap bahasa Melayu la''

''Nak dengar sikit je..ye awak ye''

''Hmm..jap''

''Okay''

''......................''

''Hello, awak..awak buat apa tu? Kenapa lama sangat?''

''Eh, jap jap''

''........*bunyi kertas*.......''

''Awak buat apa tu? Kenapa ada bunyi kertas?''

''Sy tengah cari ayat dalam buku''

''Laaa -.- cakap je apa-apa pun. Haha ada ke gi cari dalam buku''

''Ok dah! huh..sy cakap ye. .........%^&%*&^.........''

''Hahahahahahahahaha''

''Tengok tu! Gelak plak. Ni yang taknak cakap bahasa Jepun ni''

''Hahaha. Sorry sorry. Sy bukan gelakkan awak la. Sy rasa mcm kelakar sbb sy tak faham langsung''

''Dah nama pun bahasa Jepun''

''Haha yela''



Nota Hin : ~ Ni lah post bila tak reti nak tidur. 
                 ~ Cintailah bahasa kebangsaan anda :)
                 ~ Quiz Jepun siang tadi? Alhamdulillah boleh jawab :)



Thursday, July 12, 2012

Nikmat sihat

Assalamualaikum.


sekadar hiasan



Semalam Allah tarik sikit nikmat sihat tu dari sy. Ya, sikit je. Alhamdulillah sy masih lagi boleh bernafas. Area pukul 2 pagi, baru sy tutup laptop. Golek-golek atas katil single bed yang tak berapa nak besar ni jap. Pusing kanan kiri. Mencari posisi tidur yang selesa. Biasalah, bila duduk depan laptop lama sangat kadang-kadang sakit belakang. 2 jam jugak la dapat tidur.. tapi....


Tiba-tiba terjaga. Jam kat handphone menunjukkan pukul 4 pagi. Rasa tak sedap badan. Menggigil-gigil kesejukan. Tapi badan panas. Hah! dah macam mana tu? Cuba jugak nak bangun tapi serious badan lemah gila. Kepala rasa berat je. Conclusion nya, larat tarik selimut je. Sempat lagi terfikir, 'aku ni ada main hujan ke? rasanya khamis last week je basah kuyup gi kelas TnD. Takkan hari ni baru ada effect kat badan. Pelik tu.' Sy fikir mungkin kejap je sakit ni so end up tidur dalam keadaan tak selesa.


Bila Subuh menjelma, sy cuba bangun. Ya Allah, betul-betul tak larat. Nak bangun ambil wuduk punya la susah. Padahal bukak pintu bilik dah nampak pintu bilik air. Rasanya setengah jam jugak la dari ambil wuduk sampai habis solat. Dah macam kura-kura je rasa. Pukul 8 bangun pulak untuk bersiap pergi kelas yang pukul 9 punya. 15 minit dok pejam celik pejam celik before betul-betul bangun. Sepanjang dalam kelas TnD yg 2 jam tu, memang tak boleh concentrate. Masih rasa sejuk walaupun badan sebenarnya panas. Kepala berdenyut-denyut. Arghh! tak tahan. Rasa macam ada urat nak keluar je dari kepala ni.


Di foodcourt:

'Eh, kau tak sihat ke hari ni?'

'aaa..ha'ah' - jawab dengan muka yg agak terkejut. Mana pulak dia ni tau aku tak sihat? -.-'


Selalunya pantang terserempak dengan kawan yg seorang tu mesti rasa nak mengusik. Tapi hari ni agak pasif. Jangan kata nak mengusik, nak senyum pun susah. Muka masam je. Mungkin tengok sy buat tak tahu je bila terserempak plus pilih makanan lembab semacam tu yg dia rasa pelik. Mintak maaf kawan, hari ni badan tak sihat. Lain kali sy usik awak lagi ye :)


Sampai rumah je terus baring atas katil. Ahhh...dah pening-pening lalat dah ni. Tersedar semula bila azan Zohor berkumandang. Hari ni azan Zohor kuat tau. Susah kot nak dengar azan kuat macam hari ni *senyum* Lepas Asar je sakit makin berkurang. Badan still panas. Just kepala tak berdenyut dah. Alhamdulillah :) Cuaca dekat Muadzam ni makin tak menentu. Sekejap sejuk macam nak beku. Sekejap panas terik macam kat padang pasir pun ada *mcm pernah pergi padang pasir je* Apa pun, pandai-pandai lah jaga diri bila sakit. Beringat sebelum kena. Bersyukur sebelum Allah tarik nikmat yg  Allah bagi percuma tu ye.



Nota Hin : ~ Hopefully awak sihat kat sana. ermm awak..esok sy ada quiz Jepun. wish me luck.
                 ~ Will be alone Rabu-Ahad. hmm








Monday, June 18, 2012

Semangat yang hilang

Assalamualaikum.




Semangat yang hilang. Ke mana menghilang?


***senyap*** Yang ada cuma bunyi kipas yang ligat berpusing. Yang pasti hari ni semangat hilang bukan sebab clash or whatsoever.


Selalu sangat saya post di FB dan Twitter tentang kata-kata semangat. Semuanya lebih tertuju kepada diri sendiri. Tak semestinya bila saya update semua tu bermaksud saya kuat. TIDAK! Ya jawapannya tidak. Bila rasa down, bersepah-sepah kata-kata motivasi or even kata-kata hikmah dekat wall FB. Semuanya semata-mata nak bangkitkan kembali semangat yang hilang entah ke mana. Sedangkan iman pun ada turun naiknya. Inikan pulak semangat. So, normal lah kan?


Hari ni sekali lagi rasa down. Dari pagi sampai pukul 12mlm semuanya okay walaupun sebenarnya agak stress mencari journal. Sempat jugak bergelak ketawa dengan roommate. Tapi... area pukul 12mlm je tiba-tiba rasa lain macam. Rasa berdebar-debar. Jari sibuk menaip di ruangan chat FB. Bila sedang cuba untuk membalas pertanyaan sahabat, mata dah mula berair. Topik perbincangan pun berkait dengan research paper. Memang tak la. Tak sampai berapa saat berjurai-jurai air mata. Kebetulan roommate belum tidur, yang saya ni menangis dah macam org tak ingat dunia. Tapi maybe roommate tak perasan sebab punya la tahan mulut ni taknak bagi ada bunyi macam menangis.


Sebenarnya risau nak berdepan dengan supervisor untuk research paper siang nanti. Dapat supervisor yang tak menjadi pilihan org ramai memang agak susah. Stress tu lebih sikit. Takut kalau dia tanya soalan tapi tak tahu nak jawab apa. Dah la last week bila dia tanya nak distribute questionnaire kat mana, saya senyap je. Bukan apa, kawan-kawan yang lain overall ada geng nak buat research paper. Tiba-tiba bila part saya, semua benda nak kena buat sorang-sorang. Takde geng =(


Btw, kalau nak cakap pasal sorang-sorang ni... I'M THE ONLY GIRL IN TnD CLASS! gila apa! bak kata Sir Sharif, ''seumur hidup saya, ni first time saya mengajar kelas yang ada sorang je student perempuan. Kalau dekat Uniten Bangi mungkin dah selalu berlaku sebab kat sana course Engineering. Tapi... pelik bila benda ni jadi dekat Uniten Muadzam.''


Hmm mula-mula saya sendiri susah nak percaya bila Sir cakap saya sorang je student perempuan. Tapi sekarang dah nak masuk minggu ke 4 so dah boleh adapt dengan environment pembelajaran yang sememangnya janggal dan menakutkan tu. Untuk fakta yang lebih jelas, ada 2 section untuk kelas TnD tapi disebabkan banyak jadual yang clash so kelas yang saya masuk ni cuma ada 12 orang. Sepatutnya capacity kelas 40 org tapi tu la. Tak tahu macam mana boleh jadi 12 org je. Nisbah untuk kelas saya, 1 perempuan : 11 lelaki. Oh, seram pun ada bila belajar dalam kelas tu!


Eh dah pukul 3.50 pagi =.=' time to sleep Farahin. Hmm hopefully boleh recover semangat ni.


Maas salamah. Wailal liqa' :)


Nota Hin: Awak happy kan kat sana? Tolong doakan saya happy jugak ye =)




Tuesday, May 29, 2012

Final Year Student

Assalamualaikum.



Ahad, 27 Mei 2012 *happy birthday kak fairooz*

Dengan hati yang berat dan air mata yang ditahan *tunggu masa je nak mengalir*, kaki mengatur langkah pulang ke kampus tercinta ditemani kakak dan abah. Sedih! Mak ada hal so tak boleh nak hantar balik U. Hmm ramai kawan-kawan yang masih bercuti *sambung cuti sendiri*. Biasa lah, first week macam ni still minggu add and drop dan selalunya lecturer just bagi course outline in first class. Tapi still ada lecturer yang terus mengajar masa first class *U lain sy tak tahu*.

Tak expect pun akan tinggal sorang kat rumah. Housemates yang 3 org tu semua plan balik next week. Diorang ponteng kelas nampaknya. Kebetulan ada kawan yang senasib, dia pun kena tinggal sorang. Hehe..so dah 2 malam dia tumpang tidur sekali. Oh! btw, sy pulang ke kampus tercinta tanpa tau result sem lepas *takut nak check*. Dah sampai kat U, baru check.


Isnin, 28 Mei 2012.

Bermulalah sem baru sebagai FINAL YEAR STUDENT. Sedar tak sedar, dah 3 tahun belajar di Uniten Muadzam. Perasaan bercampur baur. Takut, sedih, gembira semua ada. Rasanya untuk HR student, HR Research + Applied HR adalah subjek yang paling menakutkan. SM pun susah -.- Kalau course lain ada yang kena buat event semua tu. So same goes to HR student. Nak kena present sorang-sorang depan lecturer. Kalau tak silap around 3-5 lecturers kot *memang ketar lutut la*. Sy harap sy boleh buat yang terbaik untuk final year ni.


Ya Allah permudahkanlah segala urusanku.


Nota Hin : Sy harap sy kuat :'( Doakan sy..





Friday, May 4, 2012

Bittaufiq wannajah fil imtihan =)

Jadual final exam. Tak faham? hehe tak perlu cuba utk memahami


Assalamualaikum.


Lama rasanya tak update blog. Mungkin terkejar-kejar nak siapkan assignment semua tu. Alhamdulillah assignment, presentation, quiz semua dah selesai *walaupun result macam hampeh -.- Ok fine... nak kena bertempur untuk FINAL exam pulak.


Sepatutnya 4 May start final tapi sy start lambat sikit. Paper sy start 9 May. Oh ramai jugak kawan yang jealous sebab sy start lambat tapi habis awal. Serious sy cakap, kamu semua lagi untung lah! Sy sangat menderita #..# Start 9 May, habis 13 May. Dah la takde gap...first day exam kena jawab 2 paper pulak tu. Memang menangis tak berlagu la.


Ok. Nama pun student so dah jadi tanggungjawab untuk belajar + jawab exam la kan. Hopefully sy dapat jawab dengan cemerlang. Yeah! good luck untuk kawan-kawan jugak ^_^ Tak sampai setahun pun lagi nak habis belajar. Sila buat yang terbaik Farahin!


Btw, buat sementara waktu ni sy deactivate fb. Ya! Dah berapa hari tak bukak laptop. Online lagi la tak. Tengok cerita dekat laptop roommate je. Sebab? Final exam? hmm tak jugak.. Banyak benda yang mengganggu fikiran sekarang ni..


Biarlah diri ini mencari ketenangan buat sementara waktu..
Andai masih ada jodoh antara kita..
Pasti kita akan bersatu jua..

*hahaha kalau roommate terbaca pecah perut kena gelak ni.
*ok fine. atas tu saje buang tebiat. jangan ambil kisah.

BITTAUFIQ WANNAJAH Farahin =)



Nota Hin : Awak tak ingat sy langsung? Ok fine lah -.-




Sunday, April 1, 2012

Program Penghijauan Sekolah Lestari SK Merchong Jaya, Pekan Pahang.

Assalamualaikum..

That girl is Shitah ^^


Alhamdulillah kerjasama antara PRS Uniten dan SK Merchong Jaya *dahulunya dikenali sebagai SK Bebar* dalam Program Penghijauan Sekolah Lestari telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Khamis, 29 Mac 2012 baru-baru ni. Hehe program yang best tapi memenatkan. Serious penat!


Just a simple tentative :

7pagi - 9pagi           : Berkumpul dan bertolak ke SK Merchong Jaya menaiki bas.
9pagi - 10pagi         : Sarapan, briefing, pembahagian tugas dan kumpulan.
10pagi - 1tghhari     : Menyiapkan tugasan mengikut kumpulan.
1tghhari - 2ptg         : Makan, majlis penutup.
2petang                  : Bertolak balik ke Uniten Muadzam.


Actually dalam bas lagi dah bagi kumpulan dan sy dapat group 1. Group 1 : Sally, Hin, Shitah, Opie, Sasa, Mima. FYI, kitorang yg dalam group 1 ni semua ahli PRS yg lama. Group lain campur dengan student yg bukan ahli PRS. Rasanya group 1 paling best sebab semua ahli yg lama & Sir Hafiz *penasihat PRS* pun join group kitorang. Tugasan group 1 : Barang kitar semula. Kalau tak silap ada 4 group dan setiap group lain tugasan. Tugasan group lain : cat sampan, bancuh simen utk buat apa tah *hehe tak ingat* dan cat batu bata. Dengar macam simple kn? tapi bila buat kerja tengah-tengah panas terik memang benda simple pun jadi susah.


Barang kitar semula? Ok utk tugasan group 1, kitorang kena buat something yg boleh digunakan dari barang kitar semula. Hasilnya kitorang buat Pokok Harapan =) Kitorang just perlukan botol-botol air mineral utk buat batang pokok, batu utk isi dalam botol, ranting-ranting kayu, benang/tali, kertas warna, solitip, gunting. Ok malas nak cerita banyak-banyak. Scroll down je la sampai habis k =)



Sasa, Opie, Mima, Shitah


Sasa, Opie, Mima, Shitah


Tudung rosak =(


Tudung rosak lagi =(


Love <3


Heeee =D


Eka Shah tengah tekun menulis harapan =)


Sally n Shitah



Adik-adik berebut nak tulis.







Adik-adik sedia ye, akak nak ambil gambar ni >.<



Sebelum : Baru tinggal kejap dah kena serbu



Selepas : Tak sampai berapa saat dah jadi macam ni. Harapan ku musnah =(



Ok rasanya sampai sini je. Cikgu-cikgu ensem dan cantik, tolong la jaga pokok kami tu elok-elok ye. Semoga ukhwah yg terbina ni takkan putus sampai bila-bila. Adik- adik SK Merchong Jaya sila belajar rajin-rajin!





Nota Hin : Sorry awak, kalau sy terlalu memaksa ='(






Wednesday, March 21, 2012

Pelangi petang.

Bismillahirrahmanirrahim.


Pelangi petang di Muadzam.

''......Kadang-kadang..
Allah sembunyikan matahari.. 
Allah turunkan hujan dan kilat... 
kita tertanya tanya..
ke mana perginya matahari.. 
rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi......''
 
Beberapa hari di Muadzam kini ditemani cuaca panas terik walaupun langit selalu mendung bagai mahu mencurahkan hujan. Tiap hari langkah masih diatur walau peluh membasahi diri. Jendela bilik dibuka seluas mungkin bagi membenarkan angin masuk. Sejam mungkin, langit semakin gelap. Angin kuat menempiaskan percik-percik hujan ke dalam bilik.

Dia yang pegun di hadapan laptop kini bangun untuk menutup jendela. Kaku! Subhanallah cantiknya ciptaan Allah. Tiada cacat cela nya. Hati kecil berbisik. Ke mana menghilang semangat diri? Langit yang gelap pun mampu menjadi cerah. Bahkan muncul pelangi indah. Kenapa makin hari makin berat nafas yg dihembus. Makin kosong rasanya jiwa ini. Bersangka baiklah dengan Allah wahai diri. Allah beri ujian tanda Allah sayang. Mungkin ada salah silap yang sendiri tak pasti.


Teringat nasihat dari sahabat baik. Apa pun kerja kita mesti mulakan dengan niat. Kalau baik niat kita di awalnya, insyaAllah hasilnya pun baik. Jaga niat dan usaha kita. Hasilnya serah pada Allah. Kalau di tengah-tengah kerja kita ada rasa down dan serabut mungkin ada yang tak kena dengan niat kita. Dan kena selalu ingat, Allah sentiasa letak kita dalam situasi atau keadaan yang paling baik. Tinggal kita untuk menilainya macam mana.


Ya! Cukuplah berkata-kata memujuk. Jangan teggelam dalam usaha menghidup. Gerakkan langkah. Baiki kelemahan. Ya Allah berikan aku kekuatan.. Dengan rahmatMu aku memohon. Tunjukkan aku jalan kebenaran. Pinjamkan aku sedikit dari kekuatanMu moga aku mampu harungi hari-hari ku dengan baik. Tunjukkan aku jalan terbaik. Bantulah aku untuk jadi hambaMu yang sentiasa bersyukur. Aminn..



Thursday, March 15, 2012

Sweet 21 : 13 March 1991 _ 13 March 2012 =')



Assalamualaikum =)


Syukur Alhamdulillah, saya masih diberikan kesempatan untuk hidup atas bumi Allah ni. Tak terhitung nikmatNya oleh diri saya yang serba kekurangan ni. Terima Kasih Allah untuk segala nikmat yang Kau berikan. Syukur sangat *oh nak menangis rasa =')


Buat mak abah dan keluarga tercinta =')

Terima kasih sebab melahirkan org dan susah payah mendidik, jaga, sayang org selama ni. Terima kasih semua sebab sanggup layan perangai org yang kadang kadang pelik ni. hehe. Terima kasih mak, kak timah, abg topet, kak balqies, kak ct, hid sebab wish birthday. Comel je! before pukul 12 mesej dengan mak tapi mak tak wish pun. Boleh plak mak lupa. Awal awal pagi baru wish ^^


Buat kawan-kawan tersayang =')

Terima kasih untuk semua ucapan dan doa di FB, Twitter, phone. Terima kasih Ain Chin sebab call & nyanyi lagu birthday *oh rindunya kat awak. Terima kasih roommate untuk video birthday tu *menangis aku tengok. Buat Azza & Ain Chuk : sedih sangat kamu berdua tak wish.


Buat kesayangan saya <3

Terima kasih awak sebab call saya for 2 hours 20 minutes *sorry sebab mahal. Terima kasih sebab at the end of my birthday pun awak call for 2 hours *walaupun skype tapi saya happy. hehe siap ada background music lagu Kiri. Terima kasih sebab 2 kali nyanyikan lagu birthday sambil main piano *ruginya tak boleh record. Terima kasih luangkan masa untuk saya. Terima kasih sebab tahan dengan perangai saya. Agak sedih bila awak lambat wish. 12.39am baru awak call. Sedih sebab awak tak buat video tu *busy nya awak. Thanks for the call n thanks sebab sayang saya.


Buat diri sendiri <3

Terima kasih sebab belanja diri sendiri *oh makan aiskrim 2 kali. Semoga diberikan kesihatan yang baik, hidup yang diberkatiNya, dipermudahkan segala urusan, berjaya dunia akhirat, dapat result yang cemerlang, dikurniakan jodoh yang soleh..dapat membimbing dan membahagiakan dunia akhirat..yang memahami dan terima baik buruk diri ini. Jangan sedih sedih ye. Untuk dapat yang soleh kena berusaha jadi solehah.


S E L A M A T H A R I L A H I R F A R A H I N.


Sunday, March 11, 2012

Indahnya jika cinta itu milik kita selamanya =)



Saya happy hari ni <3

Thanks sebab tegur saya. Thanks sebab call saya.
Ni kali ke 3 awak call saya. Ni yang paling lama awak call.
Berbeza kan? Berbeza masa first time n the third time. Kita lain sangat.
Thanks sebab accept my request. Walaupun dah tak surprise tapi saya happy.
Kelakar bila awak gelabah pasal tarikh tu. Takde niat nak kenakan awak.

Tapi dalam happy2 tu saya sedih ='(

Walaupun saya tau hakikat yang both of us can't meet for 3 years maybe.
Tapi bila kita cakap pasal tu saya sedih. Still tak boleh jumpa walaupun awak cuti.
3 years. Lama kan? sanggup ke tunggu lama macam tu. Macam macam boleh jadi ='(
Saya sedih sebab saya request benda tu kat awak. Macam paksa pun ada.
Betul betul taktahu yang awak memang ada niat nak buat surprise dekat saya.
Saya just takut awak lupa birthday saya. Takut awak tak buat apa apa.
Sebab saya mengharap sangat awak ingat birthday saya.
Sedih kan bila dapat tahu saya ada exam on my birthday.
Tak boleh nak spend time sama sama ='(

Saya nervous!

Takut nak jawab exam on my birthday.
Nervous sangat bila ingat apa yang saya request dekat awak.
Nervous bila fikir apa yang akan saya dengar n tengok for the request.
Apa yang awak akan cakap dekat saya? Apa yang awak akan buat? oh nervousss.

Saya kesian..='(

Saya kesian dekat awak.
Kesian awak sebab kena call saya. Lama pulak tu.
Kesian sebab awak tak tahu nak buat apa masa saya menangis.
Sorry sebab request macam macam except for birthday present.
As for me, apa yang saya request tu dah lebih dari cukup. Kan?
Saya tak suka terhutang budi dengan orang dengan mintak macam macam.
Sebab tu saya tak mintak hadiah. Ni pun dah menyusahkan awak.
Kesian awak. Time birthday awak saya tak buat apa apa pun.
Memang saya niat nak buat something untuk birthday awak.
Tapi keadaan masa tu tak mengizinkan.
Awak pun tahu kan sebab apa.

Terima kasih =')

Terima kasih sebab layan perangai saya yang tak matang ni.
Terima kasih sebab sanggup layan saya yang banyak cakap ni.
Terima kasih sebab nyanyi lagu birthday in advance. Kan best kalau boleh record =P
Terima kasih untuk segalanya.

sayang awak <3



Tuesday, February 28, 2012

Saya SUKA pergi library sebab .......

Assalamualaikum.

Dah lama tak jenguk blog ni. Sibuk dengan urusan dunia mungkin. Biasa lah, makin meningkat umur makin banyak perkara nak kena fikir. Belum cakap pasal hati perasaan lagi. Confirm-confirm sampai bila pun tak habis.

Hmm currently sy ada di library Uniten. Stress mencari journal yg tak muncul-muncul. Tiba-tiba rasa macam nak update blog. Perlu ke letak tajuk 'saya SUKA pergi library sebab ....' ? dan perlu ke ada sebab untuk pergi library? Dah nama pun student. Memang dah jadi lumrah dan kewajipan untuk menjejakkan kaki di library. TAPI.. itu bukan lumrah dan kewajipan untuk sy. haha sebab nya, sy memang tak suka pergi library. Suasana library senyap sangat. Baru sebelah kaki masuk pintu library dah rasa mengantuk. *over sangat lah kan*.

Saya SUKA pergi library sebab ... ? hmm rasanya kena tukar jadi 'saya PERLU/KENA pergi library sebab'

1. Sebab ada group assignment so senang sikit nak jumpa dengan group members yg lain.
2. Sebab ada buku yg sy kena pinjam as one of my task in assignment.
3. Sebab kena cari journal =.=' *ni lah yg sy tengah buat sekarang*
4. Sebab nak print/photostate assignment yg belambak. Photostate kat library murah sikit.
5. Sebab nak habiskan waktu yg ada. haha ni bukan alasan sy. Sometime bila ada gap antara kelas pagi dan petang, student akan jejak kan kaki ke library. At least ada tempat nak lepak-lepak.
6. Sebab nak jumpa gf/bf. Okay ni pun bukan alasan sy. Ramai couple yg suka dating dalam library dengan alasan nak bincang pasal tutorial, assignment dan macam-macam lagi. *Buat sakit mata je tengok korang dating* hehe jeles!




Alasan yg sy tengah guna sekarang ialah alasan no 3. YA! sy pergi librari sebab nak cari journal. Kenapa tak cari  kat rumah je? hmm bagi sy macam senang sikit nak concentrate cari journal kat library berbanding kat rumah. Kalau kat rumah banyak sangat halangan dan rintangan. Kang tak pasal-pasal stuck kat FACEBOOK, TWITTER, SKYPE n bla bla bla..


Agak stress sekarang ni. Untuk subjek ODC, draft assignment sy dah diterima. Alhamdulillah. Punya lah susah nak cari 5 journal tu. 5 journal? haha mungkin ada kat luar sana yg akan cakap 'setakat 5 journal pun susah nak cari ke?' Bagi sy memang susah okay! Draft journal ODC dah boleh letak tepi. Tak payah nak fikir.


Tapi sekarang ni rasa macam nak pecah kepala mencari journal untuk subjek BE. Kali ni 10 journal pulak. Tajuk yg sy dapat = The impact/influence of employee avoidant thinking style on job performance. Oh sedih nya ='( sy dah download around 60+ journal but macam takde je tajuk yg berkait dengan tajuk yg sy dapat tu. Tak tahu lah apa akan jadi esok.


Okay lah. Rasanya ni je yg sy nak story kan. Got to go. Nak balik rumah dan sambung STRESS kan diri mencari journal plus siapkan report untuk submit esok pagi. Lagipun langit macam gelap semacam je. Takut stuck kat library pulak.


Nota Hin: Sy harap kerja sy dan kawan-kawan sy dipermudahkan. Aminnn.
                Sy sayang awak! jangan lah merajuk lama-lama ='(