Saturday, July 14, 2012

Jepun : Quiz 1 table Hiragana

Assalamualaikum.




Bahasa Jepun. Tulisan bahasa Jepun terbahagi kepada 3 jenis : Hiragana, Katakana, Kanji. Sekarang sy baru habis belajar Hiragana. Hehe nak tau lebih lanjut,sila google ye. I'm not the expert and the right person utk terangkan detail pasal bahasa Jepun ni.


Okay, kalau nak diikutkan rasanya tak pernah terfikir nak belajar bahasa Jepun. Bila masuk Uniten, dalam buku program ada tulis yang bahasa Jepun ditawarkan under elective subject. Termasuk bahasa Mandarin dan bahasa Arab. Sekali lagi, bila dah baca buku program tu still tak rasa nak ambil bahasa Jepun. Mungkin sebab masa sekolah rendah dah belajar bahasa Arab. Then, tingkatan 1 sampai tingkatan 3 pun masuk kelas Arab. Tingkatan 4 sambung lagi Arab Tinggi. Hehe tapi 2 @ 3 bulan before SPM, sy drop semula Arab Tinggi *serious susah gila! atleast for me lah*  Tu yg terfikir nak ambil bahasa Arab je as elective subject.


Tapi niat di hati tak kesampaian. Bila nak buat study plan, elective subject yg ditawarkan di Uniten Muadzam ni just ada Japanese Language I dan II. Bagi IB student diorang kena ambil sampai Japanese Language II. Sy HR student so ambil Japanese Language I je. Masa awal sem baru ni betul-betul down. Ada certain problem yg tak dapat dielakkan. Time tu, dalam hati ni asyik cakap ''kalau diberi pilihan utk buang 1 subjek memang nak buang bahasa Jepun''. Tapi tu area bulan 5 hari tu la. Sekarang sedaya upaya mengikhlaskan diri utk ambil bahasa Jepun. Kadang-kadang nak dapatkan keikhlasan tu kena mula dari paksaan. InsyaAllah betulkan semula niat belajar tu ^_^


Quiz 1 table Hiragana

Oh, hampir terlupa tajuk post ni. Quiz Jepun! As usual sy ada kelas bahasa Jepun, Khamis pukul 4 petang. Tapi this week ada Quiz 1. Lepas tu terus proceed dengan pembelajaran. Untunglah dapat sensei yg tersangat busy. Setiap kali kelas, pukul 4.30 baru dia masuk. So kitorang satu kelas still ada 30 minit terakhir utk hafal table Hiragana. Bagi yg dah expert bahasa Jepun mesti cakap, ''laa table Hiragana je. Pejam mata pun boleh jawab''. Huhu tapi sy sebagai new learner ni akan cakap, ''ya Allah, punya la susah!''.


Table Hiragana


Tepat pukul 4.30 petang, sensei pun masuk kelas. Huish! rasa nervous gila. Then sensei arahkan utk duduk selang 1 meja for the quiz. Tak ingat plak berapa minit sensei suruh siapkan. Setengah dari table Hiragana yg bertulisan Jepun tu sensei biarkan kosong. So kena penuhkan je. Normal la kalau nervous nak jawab exam kan? haha tapi super duper nervous bila ada kawan yg siapkan exam dalam masa yg sangat singkat. You know what, org first yg siap dan hantar adalah kawan kat sebelah sy. Hah! gila tak tercabar. Rasanya tak sampai 5 minit dia dah siap. Memang sy gelabah habis la.


First, sy sangat stress bila kawan sebelah hantar awal gila. Second, sy stress sebab dalam banyak-banyak huruf Hiragana yg dikosongkan tu, sy lupa 1 huruf je. Tersangat la lupa. Sepatutnya sy pun boleh siap super duper awal tapi disebabkan 1 huruf tu, sy hantar lambat sikit. Err takde lah lambat sangat. Dalam 10-15 minit je dah siap. Tapi still tak tahu lagi sensei dapat terima ke tak tulisan sy tu. Nak tahu huruf bertuah mana yg sy lupa tu? haha sy lupa huruf 'mu'!


Bertungkus lumus untuk menolong ^-^

Kawan sebelah yg hantar awal tu sangat berjasa. Dia perasan yg sy stress utk ingat 1 huruf tu. Stress sangat sampai senyum sorang-sorang pandang petak kosong. Tak sangka pulak dia boleh nampak mana satu yg sy tak jawab. 1st, dia cuba panggil nama sy dengan suara yg perlahan. Sy perasan tapi takut sensei nampak so buat tak tahu je kat dia. 2nd, tiba-tiba je dia hulurkan pemadam dia. Sy dah buat muka pelik. Sy nampak ada tulisan Jepun yg dia tulis atas pemadam tu tapi tak clear. Sy degil tak nak dia tolong jadi pemadam tu hanya dipandang sepi. Haha. Bila sensei berjalan dekat area kitorang, dia cepat-cepat ambil pemadam dia semula. Takut kalau-kalau sensei perasan pulak.


2 kali dia cuba nak tolong tapi sy tak layan. Kesian dia si gadis yang comel tu. Eh! dia belum give up tau utk tolong sy yg stress ni..haha. Plan A tak jadi, plan B pun tak jadi. So, dia buat plan C. Dia cuba lagi panggil sy. Arghh kali ni sy yang dah give up. Apsal la dia ni bersungguh-sungguh nak tolong. So sy pandang la dia. Tapi pandang sipi sipi je. Time pandang dia tu, dia senyum sambil tunjuk meja dia. Tulisan 'mu' yg ditulis agak kabur dipandangan tapi still boleh nampak sebab besar. haha last-last end up terima pertolongan kawan sebelah. Heee satu huruf je okay. Lepas tulis terus hantar kat sensei. Tapi bila teringat semula macam kelakar. Kawan kat depan punya la tiru kawan sebelah dia. Tapi ada 'budak' tu punya la susah utk terima pertolongan kawan sebelah. ehem ehem =P sy terima pertolongan awak sebab awak kawan sy tau. haha




Nota Hin : ~ Nak pergi trip Sushi King tapi tak jadi.
                 ~ Nak pergi program Sg Buloh tapi tak jadi.
                 ~ Nak pergi Taman Keramat tapi tak jadi.
                 ~ Akhirnya duduk dalam bilik sorang2. Kat Muadzam pulak tu. huuu
                 ~ Dah 14 July? hmm dah dua bulan kan


Surat Cinta Untuk Farahin

Post a Comment