Thursday, July 12, 2012

Nikmat sihat

Assalamualaikum.


sekadar hiasan



Semalam Allah tarik sikit nikmat sihat tu dari sy. Ya, sikit je. Alhamdulillah sy masih lagi boleh bernafas. Area pukul 2 pagi, baru sy tutup laptop. Golek-golek atas katil single bed yang tak berapa nak besar ni jap. Pusing kanan kiri. Mencari posisi tidur yang selesa. Biasalah, bila duduk depan laptop lama sangat kadang-kadang sakit belakang. 2 jam jugak la dapat tidur.. tapi....


Tiba-tiba terjaga. Jam kat handphone menunjukkan pukul 4 pagi. Rasa tak sedap badan. Menggigil-gigil kesejukan. Tapi badan panas. Hah! dah macam mana tu? Cuba jugak nak bangun tapi serious badan lemah gila. Kepala rasa berat je. Conclusion nya, larat tarik selimut je. Sempat lagi terfikir, 'aku ni ada main hujan ke? rasanya khamis last week je basah kuyup gi kelas TnD. Takkan hari ni baru ada effect kat badan. Pelik tu.' Sy fikir mungkin kejap je sakit ni so end up tidur dalam keadaan tak selesa.


Bila Subuh menjelma, sy cuba bangun. Ya Allah, betul-betul tak larat. Nak bangun ambil wuduk punya la susah. Padahal bukak pintu bilik dah nampak pintu bilik air. Rasanya setengah jam jugak la dari ambil wuduk sampai habis solat. Dah macam kura-kura je rasa. Pukul 8 bangun pulak untuk bersiap pergi kelas yang pukul 9 punya. 15 minit dok pejam celik pejam celik before betul-betul bangun. Sepanjang dalam kelas TnD yg 2 jam tu, memang tak boleh concentrate. Masih rasa sejuk walaupun badan sebenarnya panas. Kepala berdenyut-denyut. Arghh! tak tahan. Rasa macam ada urat nak keluar je dari kepala ni.


Di foodcourt:

'Eh, kau tak sihat ke hari ni?'

'aaa..ha'ah' - jawab dengan muka yg agak terkejut. Mana pulak dia ni tau aku tak sihat? -.-'


Selalunya pantang terserempak dengan kawan yg seorang tu mesti rasa nak mengusik. Tapi hari ni agak pasif. Jangan kata nak mengusik, nak senyum pun susah. Muka masam je. Mungkin tengok sy buat tak tahu je bila terserempak plus pilih makanan lembab semacam tu yg dia rasa pelik. Mintak maaf kawan, hari ni badan tak sihat. Lain kali sy usik awak lagi ye :)


Sampai rumah je terus baring atas katil. Ahhh...dah pening-pening lalat dah ni. Tersedar semula bila azan Zohor berkumandang. Hari ni azan Zohor kuat tau. Susah kot nak dengar azan kuat macam hari ni *senyum* Lepas Asar je sakit makin berkurang. Badan still panas. Just kepala tak berdenyut dah. Alhamdulillah :) Cuaca dekat Muadzam ni makin tak menentu. Sekejap sejuk macam nak beku. Sekejap panas terik macam kat padang pasir pun ada *mcm pernah pergi padang pasir je* Apa pun, pandai-pandai lah jaga diri bila sakit. Beringat sebelum kena. Bersyukur sebelum Allah tarik nikmat yg  Allah bagi percuma tu ye.



Nota Hin : ~ Hopefully awak sihat kat sana. ermm awak..esok sy ada quiz Jepun. wish me luck.
                 ~ Will be alone Rabu-Ahad. hmm








Surat Cinta Untuk Farahin

Post a Comment