Thursday, October 18, 2012

Engagement Nik & Raffy

Assalamualaikum.


16.9.2012 (Ahad). Dah sebulan since ex-roommate/ex-classmate bertunang. Hari ni baru berkesempatan nak post something about the engagement.


Buat Nik Fairuz Puteri,

Tahniah for the engagement! Sy betul-betul terkejut. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam kita masuk SMART, jadi classmate n roommate. Awak tau..sy menangis bila dapat berita awak nak bertunang. Rindu awak. Rindu kenangan time sekolah dulu tu. Tak sangka kawan katil sebelah sy kat hostel dah bertunang. Bertunang di umur 21 tahun. Next year awak dah nak kahwin :') Sy tumpang gembira untuk awak. Semoga dipermudahkan segala urusan awak. Aminn..


Hmm..banyak benda sy nak cerita sebenarnya. Tapi makin banyak sy bercerita, makin banyak sy mengarut nanti. So, lets the picture talk.



Sy paling suka gambar ni! Classmates 5sj. El, Me, Nik, Azza, Zati.



Me, Zati, Nik, El. Kebetulan pakai sama tema dgn org yg nak bertunang. PINK!



Kawan-kawan yg lain. Sanggup turun Kuantan from KL walaupun ada kelas.



^_^



Najmah, Ety, Dila, Nik, Azza, El, Zati, Me.



Banyak sangat camera kat depan. Tak tau nak pandang mana :O


Act, banyak lagi gambar tapi semua kat camera kawan-kawan. Ikutkan hati  memang nak cerita A-Z tapi in short, sy n Azza datang paling awal dan kami balik paling lambat. Siap print google map lagi sebab tak tau rumah kat mana. Padahal Kuantan je pun. Btw, happy sangat sebab dapat jumpa kawan-kawan lama. Hopefully boleh jumpa lagi lain kali :)


Nota Hin : 13sep. Awak msg sbb nak tau sy delete no. awk ke?
                 Sy memang tak delete apa-apa pun pasal awak. hmm..






Tuesday, October 2, 2012

Final sem : Super senior!

Assalamualaikum.


Roundabout Uniten Muadzam 



Alhamdulillah semalam berakhir sudah cuti sem selama 2 minggu. This week dah start sem baru. Ya! Sem terakhir before intern. Terasa senior sangat. Hehe bukan selalu dapat rasa jadi senior. Terasa senior : Terasa sangatlah tua ^_^ This sem insyaAllah ambil 4 subjek je. Compensation, Osha, IR n Applied. Awal-awal degree dulu asyik ambil banyak subjek tu yg last-last tinggal 4. Result? *benda yg lepas usah dikenang. huuu *


Sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah nak habis degree. Dah 3 tahun lebih belajar kat Muadzam tercinta ni. Start dari foundation 2009 sampai lah habis degree 2013 nanti. Ikutkan angan-angan Mat Jenin time kecik memang la teringin nak study overseas, tak pun U local macam UKM, UM or UTP. Hah! malas sangat belajar, kan dah dapat kat Muadzam je *tak keluar Pahang pun. haish * 

Bila dah nak dekat habis belajar ni, teringat semula kenangan time foundi dulu tu. Masuk Uniten Muadzam ni pun boleh dikategorikan dalam keadaan 'paksa rela'. Although Gambang-Muadzam dalam 2 jam je, tapi rasa sedih sangat nak belajar jauh dari rumah *-.- jauh ke? * Time orientasi memang tak suka gila lah dengan senior-senior yg jadi fasi. Setakat kena marah dgn tengking tu benda biasa lah kot. Tapi dapat plak denda-denda yg mengarut & memalukan. Jangan harap la junior nak suka.


Cakap pasal junior, semalam bila pergi mana-mana pun mesti terserempak dgn junior. Merata-rata ada junior. Senang sangat nak beza kan junior n senior. Cara dress up pun dah lain. Pakai kasut tutup warna hitam siap dgn stokin lagi *nampak sangat baru lepas minggu orientasi.*/ baju biasa-biasa je *tak pandai melawa lagi*/ tali id formal *hee guna tali id uniten*/ balik weekend bawak beg sebesar-besar nya / pergi mana-mana mesti pakai id *gi kelas malam, bandar, pasar, makan kat highway* kalau boleh 24 jam nak pakai id / pergi kelas malam pakai formal *kemeja, baju kurung*. hehe banyak ragam kot.


Sesekali tengok junior ni tersenyum jugak sendiri. Dalam hati, 'Good luck lah adik-adik semua study 3-4 tahun kat Uniten Muadzam ni. Semoga boleh bertahan!' Kalau terlampau 'bandar' sangat maybe lambat kot boleh sesuaikan diri dgn Muadzam ni. Silap hari bulan tak sampai 1 sem dah keluar. Hmm ramai org cakap life as a student tu lah yg paling best. Time jadi student la nak dapat ramai kawan, nak join segala aktiviti kat U, nak kenal dunia luar & dalam masa yg sama mula kenal diri sendiri. Tak kisah lah belajar kat mana pun, asalkan pandai bawak diri pun dah kira okay.


Doa / kata-kata semangat untuk diri sendiri :
-Good luck untuk sem terakhir ni Farahin. Chaiyok!
-Hargai setiap detik dalam sem ni.
-Jangan tangguh kerja! heee
-Senyum Farahin!



Nota Hin : Sy harap awak sihat kat sana. Belajar elok-elok. Jangan stress-stress buat plan. Good luck!