Thursday, October 27, 2011

Wish sekarang boleh?

Selamat pagi ^_^


Deepavali semalam kan? huhu agak sibuk kebelakangan ni [sibuk tengok tv je] wink~* wink~* so di kesempatan ni sy nak wish HAPPY DEEPAVALI kepada semua penganut agama Hindu. Terutama nya kepada kawan-kawan sy kat luar sana [heeee macam ramai kawan India je] =)


Jumaat yg lepas sy mula bercuti selama seminggu bersempena dengan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang (24.10.2011) & Hari Deepavali (26.10.2011). Sepatutnya dapat cuti utk hari Isnin dan Rabu je tapi bila dalam kelas, lecturer sibuk bincang pasal kelas ganti. Lecturer faham sendiri la yg hari Selasa tu confirm confirm takde student nak datang kelas. 


Haha takde kerja apa nak balik semata-mata utk kelas hari Selasa then hari Rabu terperuk dalam bilik. Kalau Uniten Bangi takpe lah. Ni tak, Uniten Muadzam [sila dtg Muadzam baru tau keadaannya macam mana ok] huhu sebenarnya takde la teruk mana belajar dekat Muadzam ni, cuma....cuma kat Muadzam tak ada KFC, McD, bowling, cinema semua tu [untunglah takde, kalau tak memang habislah duit PT aku >.< ]


Okay! sepatutnya dah dapat cuti sampai Rabu la kan? hehe tapi student-student zaman sekarang ni kalau boleh nak cuti memanjang [lagi-lagi student Uniten. Dalam kamus hidup kitorg hanya ada CUTI SEM 2 MINGGU] universiti lain cuti sem 3 4 bulan kan? Dah lah cuti sem 2 minggu je, cuti midsem memang dah dihapuskan [ahh! touching tiba-tiba] so ramai la student yg mintak kat lecturer utk ganti sekali kelas yg hari Khamis dgn Jumaat. Akhirnya dpt la cuti seminggu. Lagipun Uniten memang ada send email pasal diorg bagi cuti seminggu tu.



Tapi kan, ada la jugak kawan-kawan sy yg tak sempat beli tiket. Tak sempat sebab tiket dah habis, ramai yg dah beli awal. Disebabkan rumah sy dekat Gambang je, so sy lah yg paling COOL. ooooyeahhhh! 

#seminggu sebelum cuti
Kawan 1 : Kau balik bila Farahin?
Hin : Entah
Kawan 1 : Entah? Kelas kau sampai hari apa?
Hin : Entah la. Tak sure

#3 hari sebelum cuti
Kawan 2 : Alaaa tiket bas dah habis la. Mcm mana aku nak balik ni? hmmm tiket kau hari apa?
Hin : Aku tak beli pun tiket [muka takde perasaan]
Kawan 2 : Haa! kau tak beli tiket? dah nak cuti la wei

#sehari sebelum cuti
Kawan 3 : Esok kau balik pukul berapa?
Hin : Tak tahu la [serious tak tau nak balik pukul berapa]
Kawan 3 : Kau biar betul?
Hin : Rumah aku kat Gambang je [entah dia tau ke tak Gambang tu dekat mana]
Kawan 3 : ooo dekat ye? ayah kau ambik?
Hin : Takde masa ayah aku nak ambik
Kawan 3 : Hah? dah tu macam mana nak balik?
Hin : Naik bas ting tong [bas henti-henti] kot. Err kot la
Kawan 3 : Bas ting tong pukul berapa punya?
Hin : [apsal byk sgt soalan kau ni -.-' ] Entah la
Kawan 3 : Lah. Takkan tak tahu bila nak balik?
Hin : Dah lama tak balik so aku tak ingat

#malam sebelum cuti
Roommate : Wei, kau balik esok pukul berapa?
Hin : Bas aku ada pukul berapa ye? [elok sgt la, sape yg nak balik sebenarnya ni. Dah la roommate org JB]
Roommate : Kalau tak silap 12.30 ada kot. Balik petang sama waktu dgn bas aku je la. 
Hin : Petang ramai budak sekolah. Aku balik pagi, sekali dgn angah kot.
Roommate : oo ok.





Muadzam--->Gambang dalam sejam setengah je ^_^ [tapi sy balik sebulan sekali. haha] Akhirnya sy ambil keputusan utk naik bas pukul 8 pagi [mengantuk gila!] 



Sampai di Kuantan 10.15 pagi. Stay kat Megamall dgn Kak Fairooz around pukul 12 sampai 6 petang. Makan nasi ayam depan cinema, tengok gelagat org ramai yg sibuk membeli belah [terutama nya perempuan], pusing Megamall sampai nak tercabut kaki, terserempak dgn kawan lama, tengok wayang cerita 'The Thing' [target nak balik pukul 6 so ni je cerita yg ada utk masa tu], duduk depan Pizza Hut sambil melalak [dah sebulan tak jumpa kakak, jumpa-jumpa je dia sembang pasal cerita sedih so melalak la.Org yg lalu lalang pun pandang pelik tengok ada org menangis kat ruang legar tu]



Pukul 6 petang, Kak Balqies datang ambik sy dgn Kak Fairooz dekat Megamall. heee pukul 12.30 pagi kami berdua keluar utk hantar Kak Balqies naik bas pukul 1 dekat terminal. Pagi-pagi buta macam tu sangat lapar okay. So kami pergi Teluk Cempedak (TC) kejap untuk isi perut yg berbunyi ni. Ya Allah! punya la ramai orang. Confuse kejap. Diorang ni tak reti tidur ke apa? Tak tau ke jam dah menunjukkan pukul 2 .30 pagi? Kami berdua ni lain la. Kami ada tujuan [hehe dah alang-alang keluar, perut pulak lapar] 
Lepas subuh kami bertolak pulang ke teratak bonda [Gambang]. Haaa! lama tak lama sy kat Kuantan. Punya la sakit kaki dgn pinggang. 2 jam berdiri atas bas sambil menggalas beg yg macam batu, jalan kaki pergi Mega, beratur panjang utk cucuk duit [ramai gila cucuk duit sbb gaji baru keluar], beratur beli tiket wayang [ok ni tipu. haha takde org pun masa kami beli tiket tu], pusing Mega utk cari kerusi [nasib baik tau malu lagi, kalau tak memang nak duduk atas lantai je], beratur beli McD [hehe ni pun tipu. Kak Fairooz yg beratur]. Alhamdulillah masih ada kaki. Bersyukur Farahin ^_^




Erk! Lupa something la. Haha niat asal nak tunjuk beberapa gambar yg sy snap kat Mega hari tu. Tak pasal melalut ke lain pulak. Jap ye =)




Heeee cantik tak? Ni gambar dekat Megamall. Diorang dah ada space masing-masing utk buat benda ni [selamba je panggil benda ni -.- sorry tak tau nama dia apa]



Masa ni tak siap lagi diorang buat bunga guna beras tu. Kalau dah siap mesti lagi cantik.







Burung merak plus kat keliling dia beras yg dihancurkan. Ok dah tau corak dekat atas lantai yg guna beras ni nama dia Kolam [baru search.hehe]



Ni paling simple. Sebenarnya segan nak snap tp tengok ramai yg keluarkan enset so buat muka tak tau malu je la kan. Hehe the end~



Nota Hin : Haha lumrah la kan. Kalau dah nama Farahin tu memang suka cakap lari dari topik >_<

Surat Cinta Untuk Farahin

Post a Comment