Tuesday, October 18, 2011

Mati itu PASTI.

Assalamualaikum.


Boleh Jadi Perkara Yang Kita Tidak Suka Itu Baik Untuk Kita,
Dan Boleh Jadi Perkara Yang Kita Suka Itu Tidak Baik Untuk Kita.





Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang"



Seperti biasa, malam adalah masa untuk sy online selain dari menyiapkan tutorial dan assignment yg tertangguh. Tapi sejak 2 3 hari ni sy lebih suka blogwalking dari membuka facebook. Banyak info dan cerita bloggers lain yg sy dapat jadi kan pengajaran untuk diri sendiri.


Dilahirkan sebagai seorang anak perempuan yg terlalu mudah tersentuh dengan percakapan dan perlakuan orang,  membuatkan sy lebih suka untuk menyendiri lebih-lebih lagi di malam hari. Tidak byk perkara yg sy lakukan. Cukup lah sekadar duduk termenung seorang diri di dalam kegelapan bilik. Memikirkan perkara-perkara yg sy dah lakukan sepanjang hari atau mengimbau perjalanan hidup yg menjadi kan siapa sy hari ini. Dan mungkin juga mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa.


Hati seorang Farahin terlalu ego dan sukar untuk meluahkan perkataan sayang walaupun kepada keluarga sendiri. Satu-satu nya jalan yg diambil adalah pendam dan mendiam kan diri. Sayang nya seorang Farahin kepada sesiapa pun hanya disimpan kemas di dalam hati. Hari-hari nya cukup sekadar memerhatikan tingkah manusia di sekitar ruang hidup.


Malam adalah masa yg paling sesuai untuk duduk bersendiri sambil meluahkan segala rasa kepada Maha Pencipta. Sunyi di malam hari sebegini membuatkan hati sangat terkesan apabila mendengar beberapa buah lagu sedih mahupun lagu nasyid. Lagu seperti UNIC-lafaz yg tersimpan, Devotees-ku damba redhaMu, Devotees-kekasih dan DeHearty-pasrah segalanya menjadi halwa telinga untuk setiap malam seorang Farahin. Suasana sunyi tiba-tiba mengamit rasa rindu terhadap ibu bapa tercinta. Lalu, handphone dicapai dan gambar-gambar mak dan abah ditelek satu persatu. Sesekali air jernih mengalir lesu di pipi dikesat. Tangan ditekup di muka menahan sebak dan esakan dari terlepas.



Tiba-tiba teringat akan blog kawan yg baru dikunjungi. Antara post yg terbaru berkait dgn kematian. Secara kebetulan juga ada dua blog yg menceritakan tentang ajal. Apabila duduk berseorangan, macam-macam perkara yg difikir. Terfikir juga bagaimana kalau sy pergi dulu dari mak dan abah. Apa yg akan jadi? Dan kalau mak dan abah dijemput dulu, apa pula yg akan terjadi pada sy? Makin difikir makin laju air jernih yg mengalir. Sejenak kisah-kisah lalu terimbas kembali.


1 #
Saya : Mak, kenapa banyak sangat kain batik mak simpan? Kain batik lepas/panjang pulak tu. Nak buat apa dengan kain batik lepas/panjang ni banyak-banyak? Kenapa mak tak jahit je? *byk soalan yg terlintas di fikiran disebabkan tak tahu mengenai kain batik lepas/panjang tu*
Mak : Laaa kain batik lepas/panjang tu untuk org mati. Kalau mak mati nanti senang, tak payah nak susah-susah cari kain batik panjang dah.
Saya : *terkedu dengan jawapan yg diberi*


Tak terfikir pun mak akan cakap macam tu. Sy mintak 1 kain batik lepas/panjang dari mak dan sy simpan buat simpanan sendiri. Ya! kadang-kadang perangai sy agak pelik. Biar sy selalu ingat mati. Sebab tu sy simpan 1 kain batik lepas/panjang mak. Tengok kain batik tu pun dah rasa sebak. Tertanya jugak bila sy akan menghadap Illahi. Tapi semua tu bukan urusan kita untuk tahu kan. Jadi perlu banyak bertaubat dan beramal sebelum di jemput.



2 #
Saya : Mak dgn abah pergi mana? Org call tak dapat pun.
Kakak : Kakak on the way pergi hospital ni. Tengah follow ambulance. Abah sakit. Mak ada dgn abah.
Saya : Abah sakit? sakit apa? org nak ikut jugak
Kakak: Hari ni tak payah la. Esok kakak ambik hang kat hostel.
Saya : ok ok.

Hari tu sy tak senang duduk. Asyik-asyik menangis. Takut-takut perkara buruk terjadi. Esok nya lepas habis meeting biro asrama, kakak datang jemput sy. Abah dah keluar dari ICU dan ditempatkan di wad biasa. Sampai je kat hospital, semua adik beradik dah berkumpul. Abah kurus sangat! Alhamdulillah lepas beberapa minggu abah dah boleh balik rumah. Sama-sama lah kita beringat. Sihat sebelum sakit. Kesihatan perlu dijaga dengan sebaiknya.



Tinggal sebentar kisah di atas dan balik kepada cerita di blog yg dikunjungi tadi. Entry mengisahkan bahawa si dia rindu dgn arwah mak. Apabila selesai membaca baru tau kisah sebenar si dia. Si dia menyambung pelajaran di Bali dan terpaksa meninggalkan keluarga di Kota Bharu demi cita-cita yg ingin digapai. Di satu ketika selepas 5 bulan pulang ke Bali, si dia mendapat panggilan dari kakak di tanah air. Berita mengenai kematian mak disampaikan dengan tangisan yg bertalu-talu. Mujur tiket masih ada, mujur harga tiket kapal terbang tak terlalu mahal dan mujur juga perjalanan tidak mengambil masa yg lama. Di akhir entry, si dia meletak kan satu gambar bersama keluarga di airport dan itulah kali terakhir si dia memandang wajah ibu tercinta iaitu 5 bulan yg lalu. Sebak sy membacanya. Tak dapat sy bayangkan kalau perkara sebegitu terjadi pada diri sendiri. Mungkin sy tak boleh terima kenyataan.



Sy terfikir sejenak tentang aturan hidup sy yg Allah sudah aturkan. Dilahirkan di Pahang, bersekolah rendah dekat dgn rumah, meneruskan pelajaran selama 5 tahun di hostel di kuantan dan kini belajar di Uniten Muadzam. Ya! hanya sy di dalam family yg tak pernah keluar dari kawasan Pahang. Agak cemburu dgn adik-beradik yg meneruskan pelajaran di negeri-negeri lain sekitar Malaysia. Seketika tersedar sy dari lamunan yang entah ke mana. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang, Farahin! Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah. Bersyukur dgn aturan  hidup yg telah ditentukan.


'Mungkin dgn perangai dan sifat pemendam perasaan seperti kau, lebih baik belajar berdekatan dgn keluarga. Apa kau nak buat kalau belajar kat negara org macam kisah kat atas tu? belajar jauh-jauh pulak tu. Meraung kau sorang-sorang! Buatnya tiket takde, atau perjalanan terlalu jauh, tak sempat nak tengok jenazah buat terakhir kali nya..mungkin hidup kau akan jadi tak tentu hala lepas tu' *hati berbicara sendiri*

'Mungkin jugak aku yg akan pergi dulu. Kalau itu yg dah tertulis, aku redha. Sesungguhnya aku lahir dengan Islam, semoga mati juga dengan Islam dan Iman. Ampunkan segala dosaku Ya Allah. Kau lah Maha Pengampun dosa-dosa hambaMu. Andai ditakdirkan aku pergi dulu, Kau kasihani lah mak dan abah. Jagalah mereka, ringan kan lah beban mereka Ya Allah. Amin Ya Rabb '





Mak Abah tersayang! <3<3


Nota Hin : Sesungguhnya Allah saja yg tahu apa yg terbuku di hati.
                Saya sekadar berkongsi sedikit cerita.
                Usah biar kehilangan menggantikan lafaz yg tersimpan, Farahin!
                Sayang mak dgn abah!









Surat Cinta Untuk Farahin

Post a Comment