Wednesday, October 12, 2011

Kamu, kamu tahu tak?

Selamat pagi.

PENDAM. PENDAM. PENDAM.


Kenapa? kenapa kamu yang deactivate tapi saya yang rasa bersalah? Rasa bersalah kalau-kalau kamu terasa dengan saya? Padahal saya yang paling susah untuk buat keputusan mungkin. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. YA atau TIDAK, dua-dua jawapan bagi kesan besar dekat saya.


Betul! kamu pun terkesan dengan jawapan tu. Tapi pernah tak kamu fikir apa kamu akan buat kalau kamu ada dekat tempat saya? Pernah tak? Thanks kalau kamu pernah letak diri kamu dekat tempat saya.


Kamu, kamu tahu tak? Kamu tahu tak yang saya rasa bersalah. TERLAMPAU.


Cukup lah kamu buat saya rasa bersalah sebab kamu dah lama tak tegur, jadi saya rasa kamu terasa sangat-sangat dengan saya. Saya rasa bersalah.


Cukup lah kamu buat saya rasa bersalah bila saya baru online tiba-tiba nampak kamu offline, mungkin kamu tak selesa bila saya pun online. Saya rasa bersalah.


Cukup lah kamu buat saya rasa bersalah bila saya nampak kamu offline tapi ada aktiviti dekat wall kamu, mungkin untuk ke sekian kali kamu tak selesa dengan kehadiran saya. Saya rasa bersalah.


Cukup lah kamu buat saya rasa bersalah bila kamu hide kan kawan-kawan dari menge-post dekat wall kamu, padahal kamu tahu kan saya tak pernah post apa-apa dan saya takkan post. Saya rasa bersalah.


Cukup lah kamu buat saya rasa bersalah sebab baca entry terbaru dekat blog kamu yang sedih tu, mungkin sedih bagi saya. Saya rasa bersalah.


Cukup lah kamu buat saya rasa bersalah bila dua-dua buat aktiviti yang sama. Bila seorang hide post, seorang lagi pun buat. Saya rasa bersalah.


Cukup lah kamu buat saya rasa bersalah bila dua-dua buat aktiviti yang sama. Bila seorang deactivate, seorang lagi pun deactivate. Saya rasa bersalah.


Cukup lah tu. Cukup lah dengan semua ni. Cukup lah kamu dan kamu buat saya macam ni, buat saya berada di tengah-tengah persimpangan. Baik dan buruk, kesan dan risiko semua balik kepada saya.


Kalau cakap YA, saya bersalah. Kalau cakap TIDAK, saya tetap bersalah. Akhirnya, semua yang jahat jatuh pada saya jugak. Jadi....kamu tak perlu risau


Tak perlu lah kamu deactivate, hide post mahupun offline. Sebab nya.. saya tak akan tegur kamu pun. Dan sebenarnya kamu tahu hakikat tu jadi kenapa perlu buat semua tu.



Cukup lah kamu buat saya rasa bersalah selama ni.



Sekali saya cakap kamu kawan saya, sampai akhir hayat pun kamu tetap kawan saya. Itu yang kamu perlu tahu! Mungkin semuanya takkan sama seperti dulu tapi saya harap paling kurang pun saya perlu tahu keadaan kamu dekat sana. Saya tak mintak kamu tegur, cukup lah saya tahu kamu ada.



Saya tak kuat. Bila saya berada di tengah-tengah persimpangan, saya cuma terfikir untuk ambil risiko yang boleh buat kamu tak terasa. SEBAIK MUNGKIN TAK NAK BAGI KAMU TERASA. Akhirnya takde apa pun yang membuatkan saya fikir, tindakan saya betul. Semua saya rasa salah! Semua perkara buat saya sedih! Semua saya PENDAM.


# penat menangis. semoga saya ceria esok, lusa, tulat, sampai hujung nyawa yang Allah dah pinjam kan ni.

Surat Cinta Untuk Farahin

Post a Comment