Monday, October 3, 2011

Kebetulan atau takdir?

Selamat malam & selamat pagi.

Just a short and simple post for today Kebetulan atau takdir? dan jawapannya adalah........takdir. Cuma perkataan kebetulan tu dah terlalu biasa kita sebut dan guna. Padahal semua tu takdir yang Allah dah tentukan.Sebenarnya nak cerita sikit fasal beberapa kejadian yang membuatkan sy terfikir sejenak betapa kecilnya dunia ni dan betapa hebatnya kisah hidup kita yg Allah dah aturkan. Mungkin bagi sesetengah org akan cakap "alah! setakat terjumpa atau terserempak tu biasa la". Tapi bagi seorang yg bernama Farahin perkara-perkara kecil macam ni lah yg dia suka fikir dan bercerita :)

1. Tahun 1 sem 2. Linda + kak Ema
Masa tahun 1 sem 2 ni sy ada tarik subjek. Ramai kawan yang tarik subjek Micro tapi disebabkan clash dengan jadual sy, sy tarik subjek Psycho. Nak dipendekkan cerita, disebabkan sy tarik subjek ni jadi sy sekelas dengan senior. Ada seorang senior perempuan dalam kelas sy tu muka sebijik macam kawan sekeloh menengah sy dulu. Takpe lah, ingatkan pelanduk dua serupa. Sy pun buat tak tahu je. Ada satu hari tu sy wish birthday kawan sekolah menengah sy ni. Alang-alang dah tegur, sy beritahu yang sy ada nampak akak senior muka macam dia tapi rambut senior tu macam curly sikit. Then dia cakap senior sy tu kakak dia. haha mula-mula macam tak percaya sebabnya dah la laju je dia comment lepas tu apa pun dia tak tanya sy. At least tanya la, nama akak tu siapa. Huhu tapi memang kakak dia pun. Sebab dia tahu kakak dia study 1 universiti dengan sy, tu yang yakin je jawab. Tak sangka boleh 1 kelas dengan kakak kawan :)

2. Tulus + Tiena
Err dah tak ingat bila maybe baru-baru ni jugak kot. Tengah bosan-bosan so buka YouTube. Sy search lagu Rossa, Ku menunggu. Then sy dengar lagu Rossa, Ku menunggu yang di upload oleh thetulusify. Huhu ayat macam skema tak pasal. Bawah video tu dia ada sertakan alamat blog dia. Tak tahu nak buat apa dah so sy pun buka link blog dia, Lady Soko. Okay dia study kat beijing. Hmm macam kat tempat kawan sy je. Tengok pulak the latest post. Tengok-tengok gambar kat latest post. Lama sy tengok gambar pertama. Kenapa ada seorang tu muka macam kawan sekolah menengah sy dulu? pandang la berapa kali pun tetap sama. Tempat belajar sama, gambar pun sama. Then stalk la dia punya blog sampai lubang cacing. haha dan jawapannya dia memang kawan kepada kawan sy. Kat FB sy tag nama Tiena ni plus bagitau fasal kawan dia. The first person yang comment ialah....jeng jeng jeng..boyfriend Tiena. Dia cakap yang Tulus + Tiena adalah roomate. heeee nice to meet you darl :)

3. Fakhrul + J
Okay yang ni cerita yang berlaku tadi. Hot lagi ni. Tadi nak search fasal Haliza Misbun. Baru-baru ni Haliza Misbun ada jadi pengacara untuk 1 program RTM. Program tu ala-ala dokumentari yang dibuat kat luar negara. Disebabkan tak ingat tajuk program tu la sy bertungkus lumus search kat google. Banyak page yang sy dah buka. Akhirnya penantian sy berakhir dekat blog seseorang, Setemi Epigoni. *Haha dah promote dua blog orang dah ni* Bila sy tengok facebook badge dia, rasa-rasa macam pernah nampak la mamat ni. Macam biasa, lama sy perah otak nak fikir. Haish! tak ingat jugak. Last-last sy buka link facebook dia. Okay fine! patut lah macam pernah nampak. Rupa-rupanya dia kawan J. Kecil nya dunia. Pusing-pusing semua berkait dengan orang yang sy kenal. *blog si dia ni macam kelakar lah. sebab cara dia bercerita macam bersemangat. Tergolek-golek Penat sy gelak :)

Nota Hin : ~ huhu sy cuma follow Tulus kat blog but not Tiena, Fakhrul & J.
                ~ Segan nak follow Tiena dengan J. Kawan J tu lagi lah sy segan.
                ~ Cukup lah sy tengok dari JAUH.





Surat Cinta Untuk Farahin

Post a Comment