Saturday, October 8, 2011

Sekeping hati

CINTA~


Pernahkah korang berada dalam situasi yang mana cinta menjadi isu utamanya? Disaat dimana kau perlu menjawab soalan dimana kau hanya mempunyai 2 pilihan jawapan iaitu ya atau tidak. Disaat dimana tidak kira mana satu pilihan jawapan yang kau pilih, keduanya akan mengubah hidup kau dan sudah pasti akan meninggalkan satu kesan yang mendalam didalam hati yang mampu diingati sehingga ke hari tua. Ya, tak lain tak bukan, " Bolehkah awak jadi teman istimewa saya?".


Pelik bukan hidup ni? Kadang-kala ketika kita sedang terdesak mencari cinta, cinta tu hilang umpama kita telah ditakdirkan dilahirkan ke dunia tanpa mempunyai cinta hati kita. Sehingga membuatkan diri tertanya-tanya kemana perginya cinta didalam dunia ni.. Tetapi ketika hati sedang gembira dengan hidup yang sedia ada dan tidak lagi mengharapkan cinta di hati, saat itulah cinta merosakkan suasana. Kerana jawapan yang diberikan tetap memberi impak yang sama. Impak yang membuatkan kita jadi janggal. Walaupun dalam hati gembira kerana masih ada insan yang sanggup untuk berkongsikan cinta mereka, tetapi hati tetap mengeluh kerana beratnya ingin menjaga hati orang lain.

Sekiranya jawapannya tidak, sudah pasti keadaan akan jadi lebih janggal kerana sudah pasti si dia yang mengungkapkan pertanyaan tu adalah seseorang yang rapat dengan kita. Sudah pasti setiap kali berjumpa akan mengundang rasa malu, benci dan tidak kurang juga rasa bersalah. Kemudian akan membuatkan suasana sekeliling seolah-olah kekurangan udara hingga membuatkan dada sesak rasa seolah-olah ingin berlari dari situ.

Namun sekiranya jawapan yang diberi ya, keadaan akan berubah. Tapi adakah hati benar-benar cinta? Setahun ada 365 hari, setiap hari ada 24 jam, sejam ada 60 minit, seminit ada 60 saat. Mampukah setiap sel didalam tubuh memendam rasa setiap saat untuk 365 hari semata-mata menjaga hati si dia sedangkan hati sendiri menjerit-jerit dan meronta-ronta minta ingin dilepaskan? Atau bercinta hanya menanti saat untuk meminta perpisahan? Bukankah itu lebih kejam??? Termenung...
Dalam hal ini hati siapakah yang patut merasa pedih dan kecewa? Kuatkah hati kau untuk menolak cinta si dia? Lebih-lebih lagi sekiranya si dia adalah seseorang yang kita hormati dan seringkali menjadi teman berbicara...Kemudian bertanya kepada diri lagi..."Mengapakah berat sungguh dugaan Maha Kuasa ni? mengapa aku jadi pilihanNya? Kusut.....".


"Kau tak boleh ubah orang disekeliling kau. Tetapi kau boleh ubah diri kau. Apabila kau mengubah diri kau, nescaya orang lain akan turut berubah."-anonymous


Memendam rasa itu umpama barah yang makin disimpan makin memakan diri sendiri.


Taken from : http://www.akalemosi.com/2011/04/cinta-tak-diundang-terima-atau-tidak.html

Nota Hin : ~ Saya blogwalking dekat blog awak (J). Today's post dari awak, buat saya sedih. Sampai sekarang rasa bersalah. Tak tahu rasa bersalah untuk apa. Ya atau Tidak memberikan kesan yang besar untuk hidup kita kan? Macam tu la jugak susahnya saya nak buat keputusan. Saya harap semuanya akan pulih macam dulu. Kita tetap kawan sampai bila-bila.

Surat Cinta Untuk Farahin

Post a Comment