Saturday, October 8, 2011

Jumaat di Muadzam

Selamat pagi :) Post ni untuk siang tadi punya sebenarnya.




Pagi Jumaat yang sunyi. Kaki melangkah laju menuruni anak-anak tangga blok C untuk ke foodcourt Ilmiah. Tujuan utama adalah untuk membeli nasi bagi mengisi perut yang sudah berkeroncong. Sesudah sampai di depan foodcourt, kaki terhenti buat beberapa ketika. Otak ligat mencerna segala maklumat yang ada. Kedai yang mana satu saya nak pergi ni?



Dengan keputusan yang singkat kaki kembali melangkah laju ke kedai seorang pakcik yang teramat jarang saya kunjungi. Disebabkan anak lelaki pakcik tu yang menjaga kedai, saya dan roommate lebih gemar membeli dari kedai lain. Kalau boleh biar kedai tu jadi pilihan terakhir. Tekak terasa ingin mencuba masakan lain. Itu yang buat saya memberanikan diri pergi ke kedai yang terlalu asing. Kedai pakcik agak lengang. Cuma saya dan dua orang senior yang ada di depan kedai.


Disebabkan saya mengambil masa yang terlalu lama untuk memilih apa yang nak dibeli, dengan sekelip mata kedai sudah dipenuhi dengan penghuni Ilmiah yang lain. Ah, tak boleh jadi ni! saya melangkah masuk ke dalam kedai dan beratur untuk membayar nasi yang sudah dibungkus. Nak buat macam mana. Sendiri yang lambat. Si abang yang sedang sibuk membancuh air yang dipesan lalu menyuruh si kakak untuk menguruskan hal pembayaran.

Kakak : Nak kira yang mana satu ni?
Abang : Yang baju hitam tu dulu. *Sambil jari menunjuk ke arah barisan*

Dengan keadaan yang sesak, otak saya hanya hanya dapat menangkap perkataan 'hitam'. Okay, girl yang pertama dalam barisan pakai tudung hitam. Tapi si kakak tak berapa pasti apa yang di dengar lalu bertanya kembali.

Kakak : Nak kira yang mana satu ni?
Abang : Yang baju hitam. *Jari tepat menunjuk ke arah saya.*

Lah. Tak perasan pula yang saya pakai baju hitam. Paling BEST nya, semua mata memandang ke arah saya. Saya orang ke-3 dalam barisan jadi semua pelik kenapa kena kira saya punya dulu. Terima kasih lah dekat abang tu sebab perasan saya dah lama ada kat kedai tu. Dari takde orang sampai pack la saya cakap.

Okay stop sampai situ je. Sekarang masuk part 2. Part untuk petang.

Area pukul 3 petang, saya dan roommate keluar menuju ke Wisma Uniten untuk membayar topup elektrik yang dah tinggal dalam RM15. Selepas selesai urusan di Wisma kami menuju ke stesen Petronas untuk mengisi minyak kereta. Punya la lama menunggu. Entah ke mana pakcik depan kami tu pergi. Bila nak masuk kereta pun dia tak senyum. Dah la buat orang lama menunggu. Lepas tu pandang kami macam kami yang bersalah. Takde adab ke apa pakcik ni. Tau la dia orang tempatan. Tak yah la nak buat muka samseng sangat.


Destinasi seterusnya ialah Tunas Manja Muadzam. Ni lah life kami sebagai pelajar Uniten Muadzam. Kalau tak Abadi, kedai 2 ringgit. Tak pun Pantai Selamat atau Tunas Manja. Pusing dekat kedai yang sama je. Memang salute la sape-sape yang berjaya buka KFC atau McD kat Muadzam ni.



Nak tau budak perempuan macam kami ni shopping apa dekat Tunas Manja? jeng jeng jeng!






Ni yang agak luar biasa. Kami beli pencuci seat kereta. Disebabkan saya pernah kotorkan seat kereta roommate so lega sikit hati kalau dapat hilangkan segala kotoran yang ditinggalkan. huhu


Berbelah bahagi sebenarnya. Tak sure nak beli pencuci seat kereta atau sabun cuci kereta. Ikut plan nak cuci kereta lepas balik shopping. Tapi last-last yang ni yang kami beli. Sabun cuci kereta? haha kami mintak dekat kawan yang lain.



Disebabkan nak mintak sabun cuci kereta tu kat kawan, kena la bergerak pergi Desa Teratai pula. Kawan saya tu sewa rumah dekat luar. Nak jimat katanya.



Mengedik kejap dengan kasut kawan saya.


Haha susah untuk saya jumpa kawan perempuan yang sama saiz kasut dengan saya. Sebabnya? Saiz kasut saya besar! Tu yang sampai-sampai je terus try kasut dia ni.


Kami bersembang beberapa minit sebelum beransur pulang. Sepatutnya nak cuci kereta tapi langit dah semakin gelap. Jadi hajat tu ditangguhkan. Sampai je dekat Ilmiah, saya dan roommate ambil keputusan untuk terus makan kat foodcourt sebab malam dah malas nak turun.


Satu perkara saya nak bagitau sebelum saya stop menaip. Adik yang kerja dekat satu kedai kat foodcourt tu panggil saya kakak masa saya order makanan. Normal la sebab saya lagi tua. TAPI, dekat seorang senior tu boleh pula dia panggil senior tu adik. Kalau tengok gambar saya kat atas tu pun memang nampak tua dari umur kan. haha kesian betul


Bila keluar dengan kakak-kakak saya, ramai yang cakap saya kakak.
1. Sebab saya agak besar dari diorang. Diorang ni badan kecik dan kurus je so nampak macam budak-budak. Plus saya lagi tinggi dari kakak-kakak saya.
2. Sebab dress up saya. haha ramai yang cakap dress up saya macam orang tua. Plus taste saya pun macam orang tua. so what? badan saya. suka hati saya la nak dress up macam mana pun kan.


Last but not least. Inilah Jumaat saya di Muadzam!


Nota Hin : ~ Saya tak kisah apa orang nak cakap asalkan saya tau apa saya buat tak salah.
                 ~ I DON'T CARE
                 ~ Cukup lah saya dan dunia saya :)




Surat Cinta Untuk Farahin

Post a Comment